Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

PENIPUAN TANAH


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


SCAM ALERT : Elakkan dari menjadi mangsa!

Pihak polis mengingatkan masyarakat supaya berhati-hati ketika berurusan dalam bidang hartanah. Kes penipuan tanah pada kebiasaannya didalangi oleh orang perseorang ataupun sindiket. Saspek kes tipu tanah ini akan memperdaya wang mangsa dengan cara menjual atau membeli tanah atau dokumen tanah yang tidak wujud dan bukan miliknya.

📌  Saspek biasanya akan datang ke rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri kononnya wakil dari syarikat besar yang mahu menyewakan tanah untuk projek pembinaan.

📌  Bagi menyakinkan lagi mangsa, saspek kemudian akan memberitahu tempoh sewaan dan bagaimana bayaran lumayan akan dibuat terhadap mangsa.

📌  Untuk mengelakkan cukai, saspek akan meminta mangsa mengeluarkan semua wang simpanan di dalam bank dan serahkan kepada saspek sebelum saspek akan membayar  bersama wang sewaan tanah.

📌  Setelah beberapa hari, wang tersebut masih lagi tidak dimasukkan ke dalam bank dan saspek gagal dihubungi.




🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

KERETA KENA SONDOL DARI BELAKANG. APA NAK BUAT?


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kejadian kereta kena sondol dari belakang, memang cheq dah pernah beberapa kali dah alaminya. Kes yang paling teruk bila kereta cheq kena sondol dengan bas yang dipandu oleh orang tak siuman.

Selalunya kemalangan sondol belakang ni berlaku di jalan yang sesak ataupun kat trafik light. Kalau pemandu yang sondol belakang tu sedar kesalahannya, tak jadi masalah untuk kita selesaikan kes ni. Kalau pemandu yang duk keras kata kita yang salah, tu yang payah nak kita nak settlekan. Jadi, di sini cheq nak bagitau perkara yang penting sekiranya kes  macamni berlaku ke atas diri anda.

Sekadar gambar hiasan

✔ Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.
✔ Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.
✔ Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar dari kereta anda.
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
✔ Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.
✔ Apabila pemandu kenderaan yang langgar kereta anda tadi keluar dari kenderaannya, sapalah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.
✔ Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu, masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.
Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalulintas dan menganggu pengguna jalan raya yang lain.
✔ Kalau boleh minta tengok daripada pemandu kereta yang langgar anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.
✔ Jika dia tidak mengaku salah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Hanya bagitaunya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan dari belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.
✔ Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi diingatkan, tak perlu meminta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda. Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.
✔ Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.
✔ Jika dia berkeras tidak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.
✔ Terus pergi buat repot polis di balai polis berhampiran.
✔ Dengan repot polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.
✔ Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurance tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd party claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boles mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah.


🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

SEJARAH PENUBUHAN POLIS WANITA



 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Pasukan pertama anggota polis wanita telah rasmi ditubuhkan pada bulan Ogos 1955. Semasa era penentangan komunis, salah satu cara mematahkan perjuangan kumpulan itu adalah dengan menyekat bekalan makanan sampai ke tangan pengganas-pengganas tersebut. Operasi sekatan-sekatan jalan dan pintu keluar masuk di perkampungan baru giat dijalankan ketika itu untuk memastikan makanan tidak diseludup. Dalam operasi tersebut, khidmat isteri-isteri polis dan Polis Khas Wanita mula digunakan dan berperanan memeriksa wanita yang disyaki menjadi tali barut pengganas.

Selain itu juga, mereka menjalankan tugas mengawal lokap serta tugas eskot pesalah-pesalah wanita dan kanak-kanak. Walaupun tidak melakukan tugas kepolisan biasa, namun peranan dan tugas mereka menunjukkan bahawa cawangan polis wanita perlu diwujudkan.

Pada tahun 1956 seramai tujuh pelatih wanita pertama dalam sejarah Polis Diraja Malaysia telah menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Latihan ini dibawah pengawasan ASP B.D.R Wentworth iaitu seorang pegawai Inggeris yang dipinjamkan ke Tanah Melayu ketika itu, untuk menyelia dan melatih polis wanita. Kecemerlangan institut latihan tersebut berterusan apabila berjaya melahirkan pelatih Konstabel Wanita pertama seramai 54 orang.

Sehingga kini pegawai dan anggota polis wanita tidak sahaja membuat tugas mengawal pesalah-pesalah wanita dan kanak-kanak malah diberi kepercayaan dan mampu menjalankan tugas yang lebih mencabar dan berisiko tinggi setanding dengan keupayaan lelaki.

🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹