Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

TIADA CUTI TAMBAHAN AIDILFITRI



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


kementerian_pendidikan_transformed_0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafi memberikan cuti sekolah tambahan sempena sambutan Aidilfitri seperti yang tersebar di media sosial.

Jurucakap kementerian berkata, jumlah cuti yang disebarkan itu sebenarnya sudah ditetapkan dalam takwim persekolahan sejak awal tahun ini dan kementerian tidak membuat sebarang perubahan.

“Berita yang tersebar di media sosial menyatakan kementerian menambah cuti sekolah sempena Aidilfitri adalah tidak benar, sebaliknya ianya adalah bilangan cuti yang sama seperti ditetapkan dalam takwim persekolah sejak awal tahun.

“Tarikh permulaan dan tamat cuti sekolah itu berbeza mengikut kumpulan,” katanya ketika dihubungi BH.

Sebelum ini, tersebar berita di media sosial mendakwa kementerian mengeluarkan surat siaran menyatakan cuti sekolah sempena Aidilfitri diberikan tambahan tiga hari.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menjelaskan perkara sama di laman Facebook miliknya dan menafikan berita yang tersebar itu.-BH.

Info – Cuti sekolah sempena Aidilfitri

* 3 hingga 9 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

* 4 hingga 10 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Cuti Lagi

Cuti umum pada 11 - 12 November 2014 sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang ke - 45.

Tahun-tahun sebelum ni cheq akan bertugas mengawal istana Balai Besar dimana diadakan acara pengurniaan darjat-darjat oleh yang mulia Sultan ni.
Time tu bolehla tengok kerabat-kerabat diraja berfesyen, bermekap.
Lepas upacara tu, Sultan akan berangkat ke Padang Merdeka untuk menyaksikan perbarisan daripada unit berpakaian uniform dari sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan.
Majlis akan disudahi dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.
Tapi tahun ni cheq tak terlibat, bagi orang-orang muda plak buat kerja. 
Sempat jugak semalam pusing-pusing kat bandar, memang meriah dan cantik dengan lampu-lampu dan hiasan.



DAULAT TUANKU !!!