LABEL BUKU SEKOLAH

Esok dah masuk minggu ke tiga persekolahan. Jenuh tau hari-hari asyik memilih buku yang nak dibawa kakak ke sekolah. Nak disuruh kakak yang buat sendiri, jadual pun tak berapa nak reti nak tengok lagi.

Sekarang ni tidak lagi. Kakak sendiri dah pilih buku-buku sekolah dia masukkan dalam beg. Sebabnya cheq dah labelkan buku yang nak dibawak ikut hari. Idea ni pun cheq ciplak dari facebook. Alaaaa...yang lekat pakai stiker berwarna-warni tu. 


Lebihan stiker dah ada cuma tak cukup warna ja.
Beli tambah warna biru tu.

Kat jadual waktu pun dilekatkan stiker supaya mudah
dilihat. Jadual waktu ni cheq saja buat bagi meriah sikit.

Inilah hasilnya. Kalau diperhatikan dalam sehari 5, 6
buku jugak kakak bawak ke sekolah. 

Sejak cheq guna sistem ni, memang bab memilih buku kakak sendiri yang buat. Pada awalnya cheq akan periksa jugak buku yang dipilihnya, takut silap bawak. Dalam 2 minggu ternyata tiada kesilapan, ternyata sistem ni memang berjaya. Cheq bagi ★★★★★ pada empunya diri yang mencipta sistem ni.

## kesian tengok budak-budak sekarang bawak beg berat ke sekolah. Lepas ni kut-kut la ada idea plak nak mengurangkan berat buku ..heheheh


19 comments:

  1. senang kan mama bila ada label gituu :D

    ReplyDelete
  2. pernah baca di blog kak Aziemah..mmg bila label mcm ni lebih senang dan efisyen

    ReplyDelete
  3. bagus juga idea mama buat macam tu kan..memudahkan anak2 mengingat/memilih buku yang perlu dibawa ikut jadual..

    ReplyDelete
  4. bagus jugak ada cadangan idea yg bernas ni kan mama..

    ReplyDelete
  5. menarik jugak kalau ada loker kat sekolah kan? :)

    ReplyDelete
  6. Anak-anak saya taknak pulak bila buat label sticker macam tu...
    mungkin sebab colourful agaknya.. huhu

    ReplyDelete
  7. wah...dah aplikasikan label tu...bagus2

    ReplyDelete
  8. Baguslah idea tu... jangan kata untuk anak2... untuk orang tua yg kerjanya perlu nak ikut jadual pun kena guna atau pun sistem pemfailan yg berkesan...

    ReplyDelete
  9. Cikgu pun buat kaedah yg sama... Hihi

    ReplyDelete
  10. insyaallah pasni budak2 bawak tablet je le school..hihi.. masa time saya dlu kan, tak byk.sangat buku.. zaman hujung2 90an gitu.. untung rmh depan sklh, lintas jln ja smpai pntu sklh..

    ReplyDelete
  11. Sangat best bila tengok ada sticker macam ni. Haha :D knp lah tak dak sapa bg idea mcm ni waktu sy skola dulu. Lani dah nak degree baru tau. Alahai~ :3

    ReplyDelete
  12. hehe, first time dengar pasal label buku ni. dulu kami selalu tinggalkan buku bawah meja je. kes malas nak bawa buku berat- berat.

    ReplyDelete
  13. Wah bagusnya mama dah praktikkan untuk kakak, tapi monitor gaklah mama takut tercicir kan :)

    ReplyDelete
  14. % bintang untuk sistem ni :) xde alasan lagi lupa bawa buku..hehehe

    ReplyDelete
  15. perghhhh trbaik mama.... boleh guna nanti hihhi

    ReplyDelete
  16. Tak berkesempatan lagi nak letak label macam tu...huhu

    ReplyDelete
  17. Sangat sistematik kaedahnya ^-^

    ReplyDelete
  18. Baru tau sistem gini. Memang mudah. Hehe

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.