السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Antara banyak tugas yang cheq buat, jadi pencatit minit la yang paling cheq stress. Nak pulak mesyuarat melibatkan orang-orang besaq ni, lagi la kalut di buatnya. Nak kena bukak luas-luas telinga ni, kena alert dan pandai ambik point ja.
![]() |
| Bukan calang-calang orang dapat duk kat sini. |
Bab nak ambik point-point yang penting tu belum stress lagi. Yang paling stress nak taip balik apa yang cheq tulis. Disebabkan trengkas cheq tu memang seringkas-ringkasnya, jadi cheq sendiri pun tak paham apa yang cheq tulis.
Macam mesyuarat kelmarin (Jumaat), nama cheq naik jadi pencatit minit. (hanya insan bertuah ja yang terpilih ni). Mulanya memang ada seorang penolong catit minit ni. Sampai ke minit-minit terakhir pun dia tak sampai lagi. Urusetia call pun tak dapat. It's okay for me.
![]() |
| Tulisan buruk, tuan punya pun tak reti baca. |
Tapi yang membuatkan cheq bertambah stress, adalah disebabkan mesyuarat tu adalah dari peringkat negeri, hanya dibuat di daerah cheq saja. Sepatutnya depa dah bawa pakej sekali dengan pencatit minit. Bila dah bos cheq ajukan masalah ni, barulah sebulat suara setuju pencatit minit adalah dari peringkat negeri punya dan dikuatkuasakan pada mesyuarat akan depan. Kiranya cheq ni ,mangsa keadaan dan terpaksa redha serta pasrah.
Sebenarnya coretan ni dibuat setelah cheq stress duk menaip minit mesyuarat yang entah bila nak habis ni. Rupanya boleh release tension jugak bila membaca dan mengupdate blog. Hehehe...
~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~
TUGAS YANG PALING STRESS
