Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

BENTO SEPARUH JALAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Bila anak-anak dah masuk sekolah, cheq  sebagai seorang mama dah berazam nak siapkan bekal makanan setiap hari untuk anak-anak.

Tiap-tiap hari memikir juadah untuk esok harinya. Petangnya kelam kabut singgah kedai beli bahan masak.



Minggu pertama dan minggu kedua persekolahan berjalan lancar. Adik suka bawak bento walaupun cheq tak berapa nak reti nak pelbagaikan juadah. Masuk minggu ketiga, adik dah takmau bawak. Katanya kawan-kawan dia tak bawak bekal. Pujuk jugak bawak tapi tengahari balik tengok bento tak terusik pun.




Kakak pula dari awal-awal lagi memang dah takmau bawak. Malu dah besar kut.  Mama depa ni siap sekodeng resepi-resepi bento untuk depa lagi. Nampaknya azam mama depa ni sekerat jalan ja la.

TIADA CUTI TAMBAHAN AIDILFITRI



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


kementerian_pendidikan_transformed_0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafi memberikan cuti sekolah tambahan sempena sambutan Aidilfitri seperti yang tersebar di media sosial.

Jurucakap kementerian berkata, jumlah cuti yang disebarkan itu sebenarnya sudah ditetapkan dalam takwim persekolahan sejak awal tahun ini dan kementerian tidak membuat sebarang perubahan.

“Berita yang tersebar di media sosial menyatakan kementerian menambah cuti sekolah sempena Aidilfitri adalah tidak benar, sebaliknya ianya adalah bilangan cuti yang sama seperti ditetapkan dalam takwim persekolah sejak awal tahun.

“Tarikh permulaan dan tamat cuti sekolah itu berbeza mengikut kumpulan,” katanya ketika dihubungi BH.

Sebelum ini, tersebar berita di media sosial mendakwa kementerian mengeluarkan surat siaran menyatakan cuti sekolah sempena Aidilfitri diberikan tambahan tiga hari.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menjelaskan perkara sama di laman Facebook miliknya dan menafikan berita yang tersebar itu.-BH.

Info – Cuti sekolah sempena Aidilfitri

* 3 hingga 9 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

* 4 hingga 10 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

RATUSAN BIJI GULI PUNCA HISTERIA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta UMNO Pengkalan Chepa, malam tadi mengadakan solat hajat bagi ‘membersihkan’ kawasan itu daripada gangguan yang melanda sejak kelmarin.
Guli dipercayai punca pelajar diserang histeria
Guli dipercayai punca pelajar diserang histeria
Sehingga semalam, lebih 30 pelajar dan guru diserang histeria menyebabkan sesi persekolahan semalam tamat lebih awal bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk.
Kejadian jam 10 pagi kelmarin dikatakan bermula apabila tiga pelajar yang berada dalam bilik kokurikulum melihat ratusan biji guli bertaburan, seolah-olah dibaling.
Pelajar terbabit mengutip dan menyimpannya dalam almari sebelum kejadian sama berulang.
Tidak lama kemudian, ketiga-tiga pelajar berkenaan diserang histeria sebelum berjangkit kepada 17 rakan lain.
Kejadian berkenaan berlarutan sehingga waktu petang apabila 18 lagi diserang histeria termasuk guru.
Semalam, lapan lagi pelajar diserang termasuk beberapa mangsa berulang.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kemumin, Azmi Abdullah, berkata pihaknya mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi membersihkan kawasan itu daripada gangguan.
“Seorang guru agama yang menyertai solat hajat malam tadi mengambil keputusan membuang guli yang dikatakan menjadi punca histeria itu ke laut di Pantai Cahaya Bulan (PCB),” katanya.
Sebelum ini, SMK Pengkalan Chepa 2 menjadi tumpuan sejak 11 April lalu apabila lebih 50 pelajar dan guru sekolah itu diserang histeria.


Sumber: BH Onlines
.....................................................................................

Semakin menjadi-jadi plak kejadian histeria di sekolah. Kedua-dua buah sekolah ni berada berdekatan dengan tempat kerja cheq. Adakah ini hanya kebetulan atau disebabkan El Nino yang sedang melanda. Semoga kejadian ini dapat diselesaikan dengan cepat supaya adik-adik dan anak- anak ini dapat belakang dengan aman dan tenang.

Cabaran 30 Hari | Hari #30 : Perkara yang dibanggakan dalam tahun ini



Bangga apabila mencapai suatu kejayaan.
Bangga apabila mendapat kepuasan di atas usaha kita.
Bangga apabila usaha kita dapat pujian dari orang lain.

Banyak perkara yang boleh kita banggakan. Cabaran untuk hari ini adalah perkara yang membanggakan diri cheq. First sekali, cheq bangga apabila saja baru melangkah masuk ke dunia blog ni, dah terima banyak award dari rakan-rakan blogger. Award apa tu???...Liebster award la

Selain tu cheq juga bangga sebab dapat menyelesaikan cabaran ni dah 30 hari walaupun kadang-kadang tak larat nak perah otak.

Bangga dengan si kakak dinah kat sekolah sebab menunjukkan prestasi yang sangat bagus dalam pelajaran.

Bangga dengan si adik diyanah yang dah pandai berkawan dan dah tak malu nak bertanya. Sebelum ni memang payah nak bercakap, mulut tu macam ada emas.

Bangga dengan si baby damia yang dah mula pandai cakap. Pandai cakap loghat klate lagi...

Bangga semuanya la !!!!

##cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Terasa Aman Sekali

Baru harini telefon cheq senyap dari segala mesej dan call. Selama 2 minggu ni asyik duk tot tet, tot tet bunyi mesej masuk. Ini semua gara-gara Big Day semalam, apa lagi pilihanraya Kecil kat Tumpat nun. Dah nama pun bertugas sebagai urusetia, so macam-macam group la masuk kat whatsap tu. Nak berjimba-jimba dengan group sekolah pun tak sempat.

Tidur malam pun terganggu, selalunya memang off internet waktu nak tidur. Tapi waktu-waktu kritikal memang takleh nak off, takut ada berita terkini yang perlu di ambil tindakan. Gambar pulak memang terlampau banyak, dah beribu-ribu sampai jadi slow la telefon cheq ni. Nak padam tadi pun jenuh memilih, yang mana leh jadi kenangan tu cheq simpan.

Memang senang nak berhubung dengan adanya whatsap ni sebab mudah dan menjimatkan. Hanya mengggunakan line internet ja. Pastinya semua telefon sekarang mesti ada aplikasi whatsap ni.

Alhamdulillah, selepas tengah malam tadi selesai la tugas cheq. Mujur la takdak kejadian buruk yang berlaku. Memang orang Kelantan ni juruh-juruh. Cheq pun terus keluar satu-persatu group yang ada. Takmau ada gangguan lagi pada waktu malam. Baru la dapat tidur dengan aman malam tadi.




Liebster Award Tagged by Kee Dee Kawaiigurl

Assalamualaikum... tiba masa untuk jawab soalan-soalan yang telah lama ditag oleh Kee Dee Kawaiigurl. Lama betul cheq perap soalan Kee ni, kalau ayam daging yang diperap ni memang dah cukup rasa dah. Sedap kalau dibakar ni. Hehehe...ni dah melalut jauh dah.



Ini soalan dari Kee :-

1. Apa nama haiwan peliharaan pertama korang ?
    Dulu masa kecik-kecik kat kampung ada bela kucing, tak ingat dah nama yang pertama. 
    Selalunya bagi nama ikut warna badan kucing tu. Kalau bulu warna putih panggil putih,  
    kalau bulu bertompok-tompok panggil tompok.

2. Benda apa yang korang paling nak dalam hidup ?
    Nak hidup bahagia bersama family tanpa ada gangguan dan hasad dengki dari pihak 
    luar.

3. Pengalaman manis time korang sekolah ?
    Bila diumumkan jadi second best student masa amik result SPM

4. Apa benda yang korang tak boleh berpisah ?
    Anak-anak. Pergi kerja 8 jam pun dah rindu giler dengan diaorang. 

5. Korang pernah tak nangis tengok citer kartun...?? Nyatakan sebab korang...
    Tak pernah lagi. Ada ka cite kartun yang sedih.

6. Siapa pelakon/penyanyi yang korang minati...?? Kenapa...?
    Penyanyi mestilah Dato Ct Nurhaliza. Pelakon Remy Ishak.

7. Kenapa korang nak berblog ?
    Suka membaca dan tambah kenalan.

8. Makanan apa yang korang suka makan ?
    Makanan yang dimasak oleh emak saya.

9. Kat sekolah, subjek apa yang korang paling BLUR...
    Perdagangan. Walaupun subjek tu macam senang tapi tak masuk dengan jiwa sebab tu 
    asyik blur masa cikgu ngajar.
    
10. Hobi korang apa ?
       Membaca blog.
       
11. Apa genre movie yang korang suka tengok ? Pasal apa?
       Romantik sebabnya dalam hati saya ada taman bunga...hehehe

Halamak...!!! Tengah best duk jawab soalan, dah abis plak soalannya. Macam tak cukup ja 11 soalan ni. Pasni kena tetapkan 21 soalan yang perlu ditanya...hahaha. Jenuh tu... Sori adik Kee, akak lambat jawab soalan adik ni. Kalau ada salah tercoret, mohon maaf yer...jgn serik tag akak lagi nanti


Cabaran 30 Hari | Hari #23 : Pekerjaan Yang Diingini Selain Daripada Pekerjaan Sekarang

Cabaran untuk hari ke 23, bab pekerjaan. Alhamdulillah, sekarang ni cheq memang dah bekerja tetap dan berpencen. Sejak habis SPM, cheq dah mula bekerja. Sementara nak tunggu result SPM, cheq kerja kilang. Tapi time tu orang-orang kita ja, takdak lagi geng-geng bangla, nepal ni. Sebulan kerja dapat RM400 memang happy giler.... Tak pernah pegang duit sendiri sebanyak tu. Kerja sekarang ni pun dah masuk 10 tahun. Dah 3 kali ditukarkan tempat kerja.

Kalau ditanya pekerjaan yang diingini pada masa sekarang ni memang cheq nak jadi SURIRUMAH sepenuh masa. Nak lihat anak-anak membesar depan mata, taknak terlepas pun satu saat tumbesaran dan perkembangan diaorang. Hadir ke majlis-majlis sekolah, sekarang ni selalunya tak sempat nak hadir sebab sibuk bertugas. Hantar dan ambil anak-anak sendiri kat sekolah. Kesiannnn...kadang-kadang si kakak tu melangut tunggu kat sekolah sebab cheq terlambat ambil dia kerana tugas yang tak boleh dielakkan. 

Walaupun tak bergaji, penat dengan kerja rumah yang tak pernah habis tapi biar hati happy dapat tengok anak-anak sentiasa. Tingg....tukarkan la aku jadi surirumah. 


##cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Liebster Award Tagged By Fadzlina Hamali

Malam ni cheq gigih nak menjawab soalan sempena Liebster Award ni. Kali ni ditag oleh blogger Fadzlina Hamali. Sebenarnya dah lama kena tag tapi soalan ni terperuk kat bilik kebal dulu. Rasanya dah ada yang bocorkan soalan ni...hihihi. Apala agaknya soalan tu. Susah ke senang.



Soalannya berbunyi begini :-

1. Kalau anda jenis yang suka membaca, anda akan baca berkaitan dengan apa ?
    Apa-apa saja yang boleh dibaca dan difahami. Selalunya kisah-kisah benar yang boleh 
    dijadikan pengajaran.

2. Waktu sekolah anda pegang jawatan apa ? Best  tak ?
    Jadi pengerusi kelab seni. Bestnya ada excess sendiri nk masuk dalam bilik seni, so 
    kalau ponteng kelas mmg lari sembunyi dalam bilik tu la.

3. Apa yang anda akan buat kalau crush depan mata ?
    Saya telefon polis, bomba dan saya pastikan saya berada jauh dari kawasan tu. Takut 
    darah...

4. Waktu sukan sekolah, jadi apa ? Maskot ke ? Pompom girl ke ?
    Jadi atlet wakil pasukan rumah. 

5. Kalau ada masalah, pendam or luah ?
    Kalau nak cepat tenang jiwa, setel masalah better saya luahkan.

6. Siapa pelakon yang buat anda cair ?
    Shah Rukh Khan kot... bab romantik memang menjadi.

7. Blog @ Vlog, which one better ?
    Of course blog sebab saya tak tahu vlog tu apa.

8. Pernah jatuh cinta ? Sakit tak ?
    Pernah tapi tak sakit, best terasa macam diawang-awangan. Kalau jatuh motor mmg 
    sakit..hihihi.

9. Antara kawan dan sahabat, mana ok ?
    Huhuhu....ada beza ka. Tak tahu la. Suami kot ( lari dari soalan )

10. Kata-kata semangat yang sering anda gunakan setiap kali anda down ?
      ● pantang berundur ssebelum berjuang
      ● never give up
      ● chaiyok, chaiyok

Dah siap perah otak pun. Jawab pn macam tak kena ja dengan soalan. Yang penting vik sahut cabaran ni dengan menjawab soalan-soalan diatas. 


Kesian Anak-anak Mama

Dah hari Jumaat pun harini. Hari Ahad ni sekolah dah bukak. Kakak dah merungut, cuti sekolah ni tak pergi jalan mana-mana pun. Pagi ke taska sampai ke petang. Balik rumah muncung, siap-siap bagitau esok tak mau pergi taska dah. Sebabnya kawan-kawan dia ramai dah balik kampung. Mama ngan abah asyik kerja ja. Cuti sekolah pun sama ja macam hari sekolah. Pagi-pagi dah bangun, bersiap pergi taska.

Hmmmm....kesian anak-anak mama ni. Nak buat camna. Time cuti sekolah la, cuti mama ngan abah kena beku. Pagi-pagi mama hantar kakak, adik dan baby ke taska. Sebelah petangnya abah yang ambil. Dalam seminggu ni, time dalam kereta tu la kami nak bersembang pun. Malamnya,  mama balik dah letih. Kadang-kadang masak, kekadang beli luar ja. Pastu masuk tidoq.

Takpa, anak-anak mama ni kuat. Lepas habis kerja mama ngan abah, kita pergi bercuti. Rata-rata kakak nak pergi bercuti nanti. Nak pergi petik strawberry la, nak naik kuda la, nak naik bot la...demand betul kakak ni. Tak kisahlah mana pun, asalkan kita satu family pergi holiday bersama-sama.



Cabaran 30 Hari | Hari #18 : Siri Tv Kegemaran


Assalamualaikum. Cabaran harini pasal siri tv kegemaran. Tv kat rumah cheq ni kalau ada orang memang akan terpasang sentiasa, tutup pn waktu tidur malam. Bukannya tengok sangat pun, saja nak memeriahkan rumah ja. 

Masa zaman sekolah dulu cheq selalu tengok cite The Nanny. Mengisahkan seorang andartu yang menjual barangan kosmetik di rumah orang kaya. Orang kaya tu dah tersilap dan mengambilnya menjadi pengasuh untuk anak-anaknya. Dari situlah bermulanya kelucuan, apabila dia yang memang takdak basic mengasuh memulakan tugas. Kena pulak dengan orang gaji yang batu api dan maknya yang kepoh tu. Mmg best la... tgk berulang-ulang pun tak jemu.



Sekarang ni cheq tengah gila tengok gambar Running Man. Artis Korea yang hensem-hensem dan cantik lawa. Tiap-tiap ada games yang diaorang akan bertanding. Lawak betul. Memang takleh control gelak kalau tengok gambar ni. Anak-anak pun naik heran "pesal la mama aku gelak macam orang gila"... Katanya dadah 200 episod tapi cheq baru nak mula tengok. Tu pun dah tengah-tengah , taktau episod bape dah..


Pesanan : jangan asyik sangat menonton tv. Jadikanlah masa itu berkualiti dengan anak-anak dan family. 

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran 30 Hari | Hari #16 : Siapa, Bagaimana Saya 10 tahun lagi

Assalamualaikum semua..
Dalam tak sedar dah separuh bulan sahut cabaran ni. Mudah-mudahan cheq berjaya habiskan sampai 30 hari. Harini cabarannya siapa, bagaimana cheq 10 tahun lagi.

Hmmmm....10 tahun lagi, cheq dah masuk 4 series. Tapi itu semua rahsia Allah, ntah panjang umur ke idak. Kalau masih bernyawa, cheq tetap cheq jugak, takkan nk tukar jadi Siti Nurhaliza kut. Yang berbeza mungkin usia dan bentuk badan. Cheq tetap berkhidmat dalam pasukan seperti sekarang dan mungkin sudah berpindah keluar dari negeri Kelantan ni.

Tak dapat nak bayangkan la, anak-anak pun belum habis sekolah lagi. Tapi yang pastinya cheq dah memiliki rumah sendiri di kg. Ada rezeki nak ke Mekah samada buat umrah atau haji. Mungkin time tu dah ada anak lelaki.

Otak tengah freeze, tak dapat nk pikir dah. Cukup ka kut apa yang dah ditulis. Apa-apa pn masa depan adalah rahsia Allah. Tiada sapa pun yang dapat mengagak apa yang akan berlaku di masa hadapan. Cuma letakkan harapan untuk mencapainya.



Liebster Award Tagged by Rrsya Eyrdina

Assalamualaikum...
Time untuk jawab soalan-soalan yang telah lama tertangguh.
Terima kasih pada adik Rrsya Eyrdina sudi tag mama balik. Kita tag dia, dia tag kita balik..hehehe


Soalannya :

1. Siapa nama EX BF/GF yang pertama ?
    Hafiz.
     
2. Dimanakah tempat yang anda nak pergi ?
     Mekah.

3. Selebriti yang diminati ?
     Baru minat geng-geng running man.

4. Cikgu yang paling hensem/cantik di sekolah anda dulu/sekarang ?
     Dah lama tinggalkan sekolah tp cikgu Zuraida yang paling cantik. Dia pandai bergaya.

5. Benda yang anda nak sangat tapi masih belum dapat ?
    Anak lelaki

6. Antara kawan dengan BF/GF mana yang korang pilih dan sebab ?
    Boyfriend sbb boyfriend mama sekarang adalah cik husband mama. Sebabnya kami dah 
    bertahun-tahun hidup sekali dan tahu yang mana baik dan buruk utk family kami.

7. Makanan yang paling anda tidak suka ?
     Makanan yang haram.

8. Orang yang paling anda sayangi ?
     Anak-anak.

9. Binatang yang paling anda minati ?
     Arnab

10. Lagu yang anda rasa annoying ?
       Justin Bieber - Baby

11.  Kata-kata perangsang/semangat untuk saya tentang bolg ini ?
        Semoga adik teruskan menulis dan semoga success. Jadi diri sendiri.


Done..sorila dik, jawapan akan ringkas sangat. Pening jugak nak pikir jawapannya. Cheq pun dah takdak soalan nak tanya dan oleh itu takdak sebab nk tag sapa-sapa.

Cabaran 30 Hari | Hari #15 : Surat kepada seseorang

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Cabaran harini, surat kepada seseorang. Cheq memang selalu tulis surat tapi berkaitan dengan kerja ja. Surat rasmi personal last sekali lepas hari raya aritu, tulis kepada cikgu kakak kat sekolah. Sebabnya balik raya kat kg melebihi had cuti.

Time kecik-kecik dulu kalau kena marah ngan emak ayah, cheq akan merajuk dan tulis surat kat emak ayah. Luahkan perasaan pastu tulis la minta maaf. Selalunya surat tu chea akan letak kat almari solek emak ataupn buh dalam poket seluar ayah. Lucu plak bila dikenangkan...hehehe

Satu lagi, setiap kali sebelum bersalin cheq akan tulis surat buat cik husband. Bukannya tulis kat kertas tapi dalam henpon dan simpan dalam folder. Kalau jadi apa-apa kat cheq semasa bersalin, dia akan baca.

Untuk cabaran harini, cheq takkan coretkan surat untuk sesiapa pn sbbnya surat adalah rahsia hati dan terlalu peribadi buat cheq. Nanti dikatakan mengada-ngada dan nak tagih simpati plak. Laman sosial bukanlah tempat untuk cheq luahkan perasaan.


#Cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Segmen : Kenal Ke Kita?? by MiN

Assalamualaikum. ....
Harini ja dah 3 segmen cheq join...

Nak join, sila KLIK SINI

10 Fakta Tentang Diri Saya

1. Anak yang keempat hasil perkongsian hidup antara Yusuf dan Ronah.

2. Dilahirkan di rumah bernombor 43, Kg Alor Gunung, Mukim Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Sekarang ni rumah tu pn dah tak wujud.

3. Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Alor Gunung dan diajar oleh arwah Cikgu Ramlah. 

4. Daripada start sekolah sampai la tingkatan 5, tiap-tiap pagi ayah akan hantar ke sekolah.

5. Pertama sekali masuk asrama semasa melanjutkan pelajaran di UiTM. Seminggu lepas tu cheq demam sebab rindukan mak ayah.

6. Berkahwin pada usia 24 tahun dan sekarang mempunyai 3 orang anak perempuan yang comel.

7. Bekerja di pejabat kerajaan bermula 8 pagi hingga 5 petang. Kadang-kadang on duty 24 hours

8. Berkahwin dengan jejaka dari Johor. Utara bertemu selatan..

9. Suka melancong dan berjalan-jalan. Berkongsi minat ni dengan cik husband.

10. Suka sangat dengan warna pink dan warna-warna yang lembut...

Selamat Bersegmen

LOL SILAP HARI

Semalam cheq suruh si kakak kemaskan buku sekolah yang nak dibawa ke sekolah harini...
Ok...siap kata si kakak...

Pagi ni cheq bangun, check beg dia...
Tgk buku yang dibawa lain dari jadual waktu dia...
Dh cheq membebel sorang-sorang...
Punggah balik buku-buku tu, masukkan buku yang betul...

Dh siap, cheq pn dah puas hati...
Beg pn dah angkat kt luar...
Tingggg..  baru ingat harini hari Isnin...
Betul la kakak kemaskan buku dia...
Cheq yang silap tgk jadual hari Ahad...
Dh nyanyuk mama ni...
Nasib bek kakak tak bangun lagi..
Kalau tak, free ja kena berletiaq dengan mama...


SURIRUMAH DAN IRON







Mengosok baju, kerja yang paling malas cheq nk buat selain daripada lipat baju...
Tapi dh menjadi tugas seorang surirumah (walaupn bukan sepenuh masa) tetap jugak kena buat...
Dulu, sekali seminggu ja cheq akan amik kontrak seterika baju ni...
Seterika baju kerja cik husband  dan baju kerja cheq sendiri untuk seminggu sekali gus...
Tapi sekarang ni, sejak si kakak dh masuk sekolah rendah, selang 2 hari kena seterika baju dia...
Maklum la baju sekolah 2 pasang ja, hari-hari balik basuh...
Nak suruh si kakak seterika baju sendiri, kang dicopnya seterika kat tangan ka, kat badan ka...jadi satu hal plak...
Takpa...dh tugas seorang mama buat semua tu...
Nanti dah besar kakak kena buat sendiri la...

Selalunya cheq seterika baju ni, siang-siang lagi ataupn waktu malam...
Supaya paginya tak kalut sangat...
Kalau time sekolah dulu, cheq upah adik perempuan cheq seterika baju sekolah...
Kat sekolah pn, peda (hati-hati) duduk supaya baju tak kedut...
Malas nk seterika, kalau nk upah adik hari-hari maunya bangkrap cheq ni...
Pasni, cheq akan turunkan kepakaran seterika baju ni kat kakak..
Boleh la kakak ambil alih tugas mama seterika baju...




Siap baju keja cik husband untuk seminggu dan baju sekolah kakak untuk 2 hari..
Cheq...uniform pakai ulang hari-hari untuk masuk meeting ja..