السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Baung adalah nama kampung dalam kawasan Kota Bharu ni. Dalam Kelantan ni, kampung Baung terkenal dengan keenakan sataynya.
Mungkin satay ni dinamakan sempena kampung ni iaitu "Satay Baung". Dengar kata perniagaan satay ni adalah perniagaan turun-temurun.
![]() |
| Ni lah gerai sataynya. |
![]() |
| Ada satay ayam dan satay daging. Satay pelik- pelik takdak kat sini. |
![]() |
| Harganya boleh tahan. Berbaloi dengan rasanya |
Kami sekeluarga pun suka dengan keenakan satay Baung ni. Kalau malas nak masak malam-malam, kerapkali kami jamah satay ni. Anak-anak cheq makan satay tanpa kuah pun boleh habis bercucuk-cucuk.
Di sekitar Kampung Baung tu, banyak gerai yang jual satay ni. Jadi takdak masalah nak risau habis tak sempat nak beli. Pada musim perayaan, boleh jugak buat tempahan untuk satay ni.
Kalau datang Kota Bharu ni bolehlah datang rasa satay Baung ni. Mungkin boleh lawan dengan satay Kajang kan.
SATAY BAUNG


