Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Cabaran 30 Hari | Hari #22 : Destinasi Percutian Idaman

Susahnya bagi orang yang kerja macam cheq ni nak bercuti. Nak plak dapat bos yang tak sporting. Minta cuti seminggu, dipotongnya tinggal 4 hari. Camna gayanya nak pergi bercuti. 

Walaupun kebarangkalian nak dapat cuti lama tu agak sukar, tapi cheq tetap berangan nak bawak anak-anak cheq pergi bercuti. Tempat idaman cheq tentulah kat pulau. Ada pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Biarkan ombak pantai menghempas kaki, bina istana pasir sama-sama, jalan di pantai sambil berpegangan tangan. Malamnya berbaberque di pantai.....fuhhhhhhh,  bestnya berangan. 

Pulau Langkawi  - dipisahkan dengan laut ja dengan kampung emak dan ayah. Last sekali pergi tahun 2002. Punya la lama ..

Pulau Pangkor - Baru sekali jejak kaki ke situ. Pergi dengan trip family. Kumpul duit sendiri tau nk ikut pergi ni.

Pulau Maldives - Kalau dapat pergi holiday kt sini memang marvellos la. 

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari


Cabaran 30 Hari | Hari #21 : Tempat Yang Ingin Pergi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Baru ada masa nak update blog ni. Sibuk mengalahkan CEO. Tanpa buang masa cheq teruskan cabaran untuk harini. Memang nak buat seringkas-ringkasnya sebab mata ni dah makin mengecil.


Tempat yang cheq teringin sangat nak jejak kaki di sana. Mekah. Rasanya setiap muslim mesti ada terdetik di hati nak pergi sana. Cheq ni pun tak pasti la bila tahun nak sampai sana tunaikan haji. Lambat lagi nak tunggu giliran. Insyaallah ada rezeki lebih, pergi umrah dulu. 


Tempat yang cheq tak pernah pergi. Kalau oversea tu, ofkos tak pernah kan??? Kira yang dalam Malaysia dah ler. Sabah dan Sarawak ja lagi cheq tak pernah sampai. Satu semenanjung dah pusing, sampai abis kematu punggung duk dalam keta. Teringin nak naik flight merentas laut china selatan... (ye ke laut china selatan, pakai hentam ja tu).  Insyaallah dah ada dalam kalendar perancangan holiday family cheq tahun depan. Kumpul duit banyak-banyak dulu.

That's all. K-bye

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Kesian Anak-anak Mama

Dah hari Jumaat pun harini. Hari Ahad ni sekolah dah bukak. Kakak dah merungut, cuti sekolah ni tak pergi jalan mana-mana pun. Pagi ke taska sampai ke petang. Balik rumah muncung, siap-siap bagitau esok tak mau pergi taska dah. Sebabnya kawan-kawan dia ramai dah balik kampung. Mama ngan abah asyik kerja ja. Cuti sekolah pun sama ja macam hari sekolah. Pagi-pagi dah bangun, bersiap pergi taska.

Hmmmm....kesian anak-anak mama ni. Nak buat camna. Time cuti sekolah la, cuti mama ngan abah kena beku. Pagi-pagi mama hantar kakak, adik dan baby ke taska. Sebelah petangnya abah yang ambil. Dalam seminggu ni, time dalam kereta tu la kami nak bersembang pun. Malamnya,  mama balik dah letih. Kadang-kadang masak, kekadang beli luar ja. Pastu masuk tidoq.

Takpa, anak-anak mama ni kuat. Lepas habis kerja mama ngan abah, kita pergi bercuti. Rata-rata kakak nak pergi bercuti nanti. Nak pergi petik strawberry la, nak naik kuda la, nak naik bot la...demand betul kakak ni. Tak kisahlah mana pun, asalkan kita satu family pergi holiday bersama-sama.