KELUARGA TERLIBAT BANJIR DI KEDAH

Hai semua....

Dua tiga hari ni, kalau tengok berita kat televisyen tu asyik bagitau banjir kat sebelah utara. Keluarga dan sanak-saudara cheq memang ramai yang terlibat dalam musibah banjir ni.

Kampung ayah cheq yang tak pernah naik air pun kali ni dinaiki air. Janganlah bertambah naik airnya, kesian mak ayah cheq nak kena pindah. Dah la rumah bawah ja.

Tapi kalau tengok gambar dalam wasap family tu bukan main seronok depa main ayaq bah. Naik jeles pulak cheq. Dah jadi macam pesta. Budak-budak la yang paling seronok. Mak ayah penat duk pindah barang naik ke tempat tinggi.

Nasib baik kebanyakan rumah adik-beradik cheq ni rumah 2 tingkat. Jadi boleh pindah duk kat rumah atas.




Ni rumah tok cheq. Paksu cheq awal-awal lagi dah bawak tok cheq pindah keluar. Kalau lambat, tok cheq tu tak larat nak jalan dalam air. Kereta dah takleh masuk sampai depan rumah.



Ni rumah kakak sulung cheq. Masa ni air baru nak naik. Nasib baik ada rumah atas. Bolehlah selamatkan harta benda.



Masih lagi rumah kakak cheq. Ni keadaan air petang tadi. Takdak tanda-tanda air nak surut lagi. Kakak dan abang ipar cheq ni selagi boleh berjalan dalam air tu, depa tak akan pindah.



Ni pulak kat kampung ayah cheq. Air dah melimpah di bahagian tepi rumah. Air yang melimpah tu adalah air bendang. Bendang pun dah jadi laut.

Semoga cepatlah surut air ni. Banjir ni bukan setakat boleh merosakkan harta benda, boleh jugak meragut nyawa. Duk berjalan dalam air, kita tak tahu apa benda yang ada dalam air tu. Mungkin ular berbisa, wayar elektrik, lubang... Mintak simpang semua ni.

#terbayang-bayang lagi cheq terperangkap 8 hari kat rumah tanpa elektrik dan bekalan makanan/air dicatu masa banjir di Kelantan tahun 2014. Betapa seksanya time tu






KEJADIAN MENAKUTKAN DALAM LIF

Hai semua..
Selamat berhujung minggu. Harini hujung minggu kat negeri Kelantan tapi cheq baru ja habis kerja pukul 5 pagi tadi. Rasanya hari minggu cheq ni satgi habis atas tilam ja kut. Sekarang ni (jam 8.45 pagi) baru rasa ngantuk.

Nak cite pasal kisah cheq balik kerja tadi. Rumah cheq di tingkat 2, tentulah kena naik lif sebab malas nak naik tangga kan.

Bila pintu lif terbuka, nampak satu makhluk ni duk keras kat hujung lif sebelah kanan. Takde gerak-gerak pun. Cheq dah serba salah nak masuk lif ke tidak. Pintu lif tertutup dan cheq tekan buka sekali lagi. Makhluk tu tetap terpaku kat situ jugak. Hishhhh, nak naik tangga time tu, rasanya lagi seram kut. Sunyi dan gelap.

Ehsan : google


Cheq cekalkan hati, langkah masuk ke penjuru lif sebelah kiri. Tutup saja pintu lif tu, makhluk tu terus menuju ke arah kaki cheq, maunya cheq tak melompat. Cheq lompat ke kanan, dia pun ke kanan, cheq lompat ke kiri, dia pun ke kiri jugakkkk....main banyak makhluk ni. Dah macam menari tap (tarian yang kasut berbunyi tu) dalam lif tu. Nasib baik rumah cheq tingkat 2 ja, tu pun berpeluh sakan jugak melompat. Tak pasai-pasai kena bodoh lipas tu dengan cheq.

Ehsan : google


Sebenarnya cheq bukan takut dengan lipas tu tapi dah nak naik merayap ke kaki tu yang tahan gelinya. Hang lipas nak memusing dalam lif tu 49 kali sampai muntah pun cheq tak kisah tapi jangan gatai-gatai nak merayap kat kaki cheq ni. Huiiishhhh, geli nyahhh.


LOVE HUNTER - LIRIK LAGU SAMBUTLAH KASIH



Hai semua...

Sejak cheq tertengok Hazama menyanyi lagu ni masa dia menyamar jadi gelandangan haritu, terus cheq suka. Padahal sebelum ada juga dengar husband cheq nyanyi, tapi tak tertangkap kat jiwa pun, heheheh...

Kumpulah ni namanya Love Hunter daripada Singapura. Dan lagu ni pulak kalau tak silap tahun 1991. Zaman-zaman rock kapak. Kat situ ja yang cheq tahu pun.


Ni liriknya


Tak pernah ku menduga
Gelora jiwa sesali dada
Aku jatuh dan aku merindu tanpa kepastian
Bagaimanakah nantinya
Aku dapat merasakan
Rasa cinta di hatiku
Hanyalah untukmu kekasihku

Mendung dalam sinar matamu
Kenangan duka masa lalu
Kepasrahan...

( korus )
Tak ku hiraukan panas mentari lagi
Demi cinta kurela menanti
Takkan goyang walau badai kan melanda
Seribu tahun kutetap setia
Lupakanlah dukamu yang silam
Hulur tanganmu sambut kasihku
Mari bersama kita melangkah
Membina cinta abadi 
-  tamat -
Jom layan muzik video pulak