SATAY LIMAU PURUT

 Assalamualaikum semua.....

Gara-gara tertengok dalam Majalah 3, terus kecur liur. 

Balik dari bercuti tempoh hari dah ajak tapi disebabkan sibuk asyik tertangguh ja.

Hari Isnin lepas, balik kerja suami kata tak payah masak, nak beli kat luar ja.

Suka la hati cheq ni tak payah masak...hehehe

Boleh sambung tengok cerita Korea.

Tak lama lepas tu, suami ajak pi makan kat Satay Limau Purut ni, tak jadi dia nak keluar beli makan malam kat luar.

Jadinya lepas Maghrib bertolak gerak ke Lemal, Pasir Mas.

Jauh jugak nak ke kedai tu, dalam 40 minit.

Kedainya berhadapan dengan JPN Lemal, Pasir Mas.


Sampai situ orang dah ramai.

Dapat tempat duduk, suami terus order 20 cucuk satay daging dan 30 cucuk satay ayam.

Satay ikan takdak, hanya ada hari Sabtu ja.

Sementara nak tunggu order sampai, kita akan dihidangkan dengan otak-otak original daripada Johor. 


Habis 2 bekas otak-otak baru satay sampai.

Memang ada rasa aroma limau purut tu, daging pun lembut ja.

Sesuai dengan kuahnya yang rasa pedas dan tak berapa manis tu.


Harga pun berpatutan. Satay ayam 90 sen dan satay daging RM1.

Untuk sapa-sapa yang tak makan satay tu, di sebelah kedai satay ni ada restoren dan juga kedai char keteow. 

Untuk kanak-kanak plak, ada gerai-gerai menjual meatball cheese, french frise, chicken wings cheese dan macam-macam lagi.

Satay Limau Purut ni jugak ada cawangan di Kota Bharu iaitu di Dataran Kenaf, hadapan Masjid Kubang Kerian.

So, kalau rasa Lemal jauh boleh singgah di Kubang Kerian.

Nak kena pergi hari Sabtu plak, nak try satay ikan talapia plak.


2 comments:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.