Showing posts with label challenge. Show all posts
Showing posts with label challenge. Show all posts

Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 9

Day 9 : 10 Things You Want To Do

Sebenarnya macam-macam nak buat cuma masa ja macam tak cukup. Tapi kekadang ada sikap M juga, menyebabkan kerja tu tertangguh dan makin menimbun-ninbum.


1. Kerja Ofis
Dah lama cuti, masuk ofis harini tengok banyaknya fail atas meja. Kena settlekan dulu sebelum dia beranak-pinak.


2. Tulis Diary
Wajib untuk kerja macam cheq ni. Tertangguh dah lama. Nasib baik ada backup dalam kalendar phone.



3. Shopping
Barang dapur dah habis, nak pergi beli barang dapur.


4. Masak
Nak masak makanan kegemaran cik husband dan anak-anak.


5. Beli Kek Aiskrim
Teringin nak makan lama dah. Nak kena pergi beli...hehehe, bukannya buat sendiri


6. Bercuti
Bercuti balik kampung, jumpa emak dan ayah. Rindu sangat dah kat depa.


7. Ke Playground
Sejak beranak 3 ni, jarang cheq bawak anak-anak ke playground. Tak mampu nak kawal. Kena tunggu abah diaorang jugak


8. Aktiviti Lasak
Kalau boleh nak buat semua aktiviti lasak macam mendaki gunung, absailing, flying fox, berakit... dah lama tak buat benda-benda gitu.


9. Menjahit
Nak habiskan jahit kain batik gara-gara mesin jahit rosak..hehehe


10. Tidur
Paling best kalau boleh buat nyenyak. Kalau ada anak-anak kompom takleh lena punya.

Tinggal sehari ja lagi...

Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 8

Day 8 : 10 Dream Places You Want To Visit.


Haiii...bertemu kembali kita di rancangan cabaran di bulan Oktober. Cabarannya adalah tempat-tempat yang diidam-idamkan untuk dilawati. Sebenarnya dalam Malaysia pun tak semua tempat cheq pergi. Keutamaan cuti-cuti dalam Malaysia. Masalah besar dalam nak bercuti adalah kewangan dan kelulusan cuti. Macam kami suami isteri, bukannya senang-senang boleh keluar daerah, kena dapat kelulusan dulu walaupun nak bergerak sehari 2. Meh la tengok tempat-tempat yang cheq nak sangat pergi, kut-kut ada yang sama boleh la buat rombongan.


1. Pulau Langkawi
Last sekali pergi tahun 2002 kut, dah lama sangat dah. Padahal kalau balik kampung tu, seberang laut ja nak redah pergi pun. Mesti dah banyak perubahan. Insyaallah, tahun depan mungkin terlaksana sebab dah ada dalam perancangan keluarga besar cheq.


2. Legoland
Setiap kali balik kampung cik husband, si kakak akan minta nak pergi sini. Cuti dah la singkat, tak sempat nak pergi. Nak plak sekarang ni, KFC bagi kupon diskaun untuk legoland, lagi la beria-ia dia nak pergi.


3. Kidzania
Terletak di pusat membeli-belah The Curve. Sesuai sangat dengan anak-anak. Tempat pembelajaran sesuatu pekerjaan dan diaorang boleh merasa sendiri buat-buat kerja kat situ.


4. Genting Highland
Setiap kali lalu highway Karak akan nampak lampu berkedip-kedip kat atas bukit. Itulah Genting Highland. Dulu dah sampai kaki bukit dah, nyaris-nyaris sikit lagi nak naik, kena panggil balik bertugas.


5. Sabah dan Sarawak
Semua negeri dalam semenanjung Malaysia cheq dah jejak. Sabah dan Sarawak ja belum lagi. Teringin nak naik kapal terbang ke sana.


6. Jalan TAR
Kegilaan apakah ini..??? Tempat gini pun nak pergi. Best giler kalau shopping kat sini, nak pulak dekat musim raya. Terkenang zaman muda-muda dulu buat gila berjalan dari hujungke hujung.


7. Mekah
Setiap umat Islam mesti impikan nak pergi ke rumah Allah ni. Insyaallah semoga suatu hari nanti kita semua dapat rezeki untuk ke sana.


8. Disneyland
Semuanya untuk anak-anak. Mesti diaorang happy bila dapat berjumpa dengan watak-watak kartun kat sana.


9. Pulau Jeju, Korea
Gara-gara tengok Running Man la ni. Tapi memang superb cantik tempat ni. Nak pulak tiba musim bunga, boleh tengok bunga yang berwarna-warni macam hamparan karpet. Rasa macam nak berguling-guling ja kat situ.


10. Pulau Maldives
Pulau dengan air laut yang jernih, pasir pantai yang putih...wahhh, bestnya kalau dapat snorkeling melihat hidupan dalam laut.

Kesemuanya angan-angan, tapi tak mustahil suatu hari nanti dapat jejak kaki ke situ. Cuma, tengah mengumpul duit untuk ke tempat-tempat dalam Malaysia dulu. Nak tunjuk kat anak-anak betapa Malaysia pun ada tempat-tenpat yang menarik dan best setanding dengan negara luar. Cintailah Malaysia.


Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 7

Day 7 : 10 Things To Do When You Are Bored

Hampir-hampir terlepas cabaran harini sebab leka berblogwalking. Itu pun tak sempat nak jengah semua blog. Selalunya cheq akan mengalami kebosanan kalau berada di rumah tanpa ada anak-anak. Rasa sunyi, kosong dan mula la timbul boring. Check it out tengok apa yang selalu cheq buat time boring..


1. Main Telepon
Ini selalunya kalau boring time meeting. Habis semua games yang ada dalam phone dimainnya. Lastnya, dengar telepon bunyi habis bateri.


2. Mengadap Laptop
Time takdak anak-anak la nak boleh mengadap laptop pun. Kalau tak berebut dengan diaorang.


3. Tengok Tv.
Sekarang ni asyik duk ulang tengok gambar Running Man. Tak pernah jemu.


4. Makan
Bila dah boring, mula la selongkar dapur. Kadang-kadang jajan untuk anak pun cheq bedal makan..


5. Memasak.
Bila dah boring, takdak benda nak makan, mula la nak memasak. Masak meggi pun jadi la.


6. Kemas Rumah
Boring mengadap benda yang sama setiap hari, mula la nak mengubah susun atur dalam rumah.


7. Keluar Jalan-jalan
Bila dah duk dalam rumah lama sangat, jadi boring. Anak-anak plak mula buat perangai. Maklum la rumah tingkat 4. Sekali turun ke bawah terus keluar jalan-jalan.


8. Tidur
Kadang-kadang bila dah terlampau boring. Nak buat apa-apa pun takdak mood, bantal la jawabnya. 

9-10
Ulang balik apa yang diatas sampai hilang boring...hehehehe

Sekian, terima kasih ♥♥♥♥♥


Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 6

Day 6 : 10 Things That You Want To Buy

Sebenarnya ada banyak wishlist yang cheq nak beli. Barang yang dah ada pun, masih lagi ada dalam wishlist tu...nampak tak betapa tamaknya cheq ni. Benda-benda yang cheq nak beli ni, maybe di mata orang lain nampak macam merapu ja, membazirkan duit ja. Dah nama pun keinginan, boleh dapat beli atau tak itu belakang kira... Kalau boleh dengan duit sendiri, dah kira macam reward untuk diri sendiri setelah penat bekerja mencari duit. Ok, sila tengok satu-persatu  yerrr...


1. Set Bilik Untuk Anak Perempuan
Bercita-cita nak decorate bilik anak-anak perempuan cheq lebih kurang gini la. Siap dengan meja study sekali. Katil nak yang 2 tingkat, sorang atas dan sorang lagi kat bawah.


2. Mesin Jahit
Sekarang ni ada mesin jahit mini jer, boleh la setakat nak jahit kain batik...hehehe. Skill menjahit masih ada lagi, rugi rasanya kalau tak guna. Boleh la jahit baju anak-anak dara cheq ni.


3. Dapur
Nak tukar dapur gini yang siap lengkap dengan oven. Kut bertambah semangat nak memasak untuk family.


4. Set Periuk Belanga Vintage
Dah ada dapur baru, nak jugak periuk belanga yang baru jenama Vintage ni. Tengah duk.mengumpul, sekarang ni baru ada periuk dia jer..


5. Pemanas Air
Kesian anak-anak cheq pagi-pagi nak kena mandi air sejuk. Kadang-kadang kalau dah terlampau sejuk, cheq panaskan air dalam periuk campurkan dengan air kolah. Takla menjerit masa mandi air sejuk.


6. Kipas Angin
Yang ni nak letak dalam opis. Sebabnya iar-cond kat opis tu diaorang dah standarlized onn masa opis hour ja. Kalau buat kerja lebih masa, maunya peluh menitik-nitik.


7. Barang Kemas
Dah lama barang kemas cheq ni tak bertambah. Geram tengok design-design yang terbaru. Emas ni pun boleh buat pelaburan jugak bila kita sesak-sesak nanti.


8. Set Playdoh
Boleh katakan tiap-tiap hari anak-anak cheq minta belikan ni. Insyaallah tak.lama lagi dapatlah. Birthday adik pun tak lama lagi. Boleh la buat hadiah untuk dia nanti.


9. Treadmill
Nak berjogging kat luar takdak masa. Lemak pun dah berlebih-lebih dah ni. Boleh la lari-lari dalam rumah sambil tengok tv.


10. Powerbank
Kerap sangat dah telepon cheq ni duk mintak nyawa kalau duk kat luar. Kalau dalam opis senang ja, charger sentiasa ada. Masalahnya bila ada kerja kat luar. Dah ada power bank tapi duk berebut dengan cik husband kita plak.

Selesai cabaran untuk harini. Boleh jugak tengok cabaran-cabaran cheq yang lepas di sini..
|
|
\|/

Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 5

Day 5 : 10 Favourite Song

Dah sampai separuh jalan dah. Harini cabarannya, senaraikan lagu-lagu kegemaran cheq. Ikutkan tiap-tiap hari berkerja cheq akan dengar radio dalam kereta on the way ke tempat kerja. Kali ni cheq senaraikan secara pukal ja. Lagu-lagu ni pun cheq minat gitu-gitu jer, takdak fanatik sangat. Tapi boleh la ikut menyanyi sekali kalau dengar kat radio. Jom tengok..



1. Once - Dealova
Lagu tema percintaan kami suami isteri.

2. Aizat - Pergi
Bila dengar lagu ni memang akan mengali air mata. Terkenangkan arwah adik.

3. Hazama - Ku Relakan Jiwa

4. Hafiz -Matahari

5. Siti Nurhaliza - Jaga Dia Untukku

6. Jinbara - Farhana
Lagu anak-anak cheq.

7. Kaka Azraff - Terpulanglah

8. Bruno Mars - When I Was Your Men

9. Magic - Rude

10. Katy Perry -Unconditional

Udah selesei task ke 5. Esok jumpa di cabaran seterusnya.