Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 8

Day 8 : 10 Dream Places You Want To Visit.


Haiii...bertemu kembali kita di rancangan cabaran di bulan Oktober. Cabarannya adalah tempat-tempat yang diidam-idamkan untuk dilawati. Sebenarnya dalam Malaysia pun tak semua tempat cheq pergi. Keutamaan cuti-cuti dalam Malaysia. Masalah besar dalam nak bercuti adalah kewangan dan kelulusan cuti. Macam kami suami isteri, bukannya senang-senang boleh keluar daerah, kena dapat kelulusan dulu walaupun nak bergerak sehari 2. Meh la tengok tempat-tempat yang cheq nak sangat pergi, kut-kut ada yang sama boleh la buat rombongan.


1. Pulau Langkawi
Last sekali pergi tahun 2002 kut, dah lama sangat dah. Padahal kalau balik kampung tu, seberang laut ja nak redah pergi pun. Mesti dah banyak perubahan. Insyaallah, tahun depan mungkin terlaksana sebab dah ada dalam perancangan keluarga besar cheq.


2. Legoland
Setiap kali balik kampung cik husband, si kakak akan minta nak pergi sini. Cuti dah la singkat, tak sempat nak pergi. Nak plak sekarang ni, KFC bagi kupon diskaun untuk legoland, lagi la beria-ia dia nak pergi.


3. Kidzania
Terletak di pusat membeli-belah The Curve. Sesuai sangat dengan anak-anak. Tempat pembelajaran sesuatu pekerjaan dan diaorang boleh merasa sendiri buat-buat kerja kat situ.


4. Genting Highland
Setiap kali lalu highway Karak akan nampak lampu berkedip-kedip kat atas bukit. Itulah Genting Highland. Dulu dah sampai kaki bukit dah, nyaris-nyaris sikit lagi nak naik, kena panggil balik bertugas.


5. Sabah dan Sarawak
Semua negeri dalam semenanjung Malaysia cheq dah jejak. Sabah dan Sarawak ja belum lagi. Teringin nak naik kapal terbang ke sana.


6. Jalan TAR
Kegilaan apakah ini..??? Tempat gini pun nak pergi. Best giler kalau shopping kat sini, nak pulak dekat musim raya. Terkenang zaman muda-muda dulu buat gila berjalan dari hujungke hujung.


7. Mekah
Setiap umat Islam mesti impikan nak pergi ke rumah Allah ni. Insyaallah semoga suatu hari nanti kita semua dapat rezeki untuk ke sana.


8. Disneyland
Semuanya untuk anak-anak. Mesti diaorang happy bila dapat berjumpa dengan watak-watak kartun kat sana.


9. Pulau Jeju, Korea
Gara-gara tengok Running Man la ni. Tapi memang superb cantik tempat ni. Nak pulak tiba musim bunga, boleh tengok bunga yang berwarna-warni macam hamparan karpet. Rasa macam nak berguling-guling ja kat situ.


10. Pulau Maldives
Pulau dengan air laut yang jernih, pasir pantai yang putih...wahhh, bestnya kalau dapat snorkeling melihat hidupan dalam laut.

Kesemuanya angan-angan, tapi tak mustahil suatu hari nanti dapat jejak kaki ke situ. Cuma, tengah mengumpul duit untuk ke tempat-tempat dalam Malaysia dulu. Nak tunjuk kat anak-anak betapa Malaysia pun ada tempat-tenpat yang menarik dan best setanding dengan negara luar. Cintailah Malaysia.


11 comments:

  1. Jalan2 la ke Sabah pula ya..banyak tempat menarik di sini tau..x rugi datang Sabah..apapun, moga impian mama tercapai ya..

    ReplyDelete
  2. semoga tercapai semua cita-cita.....

    ReplyDelete
  3. Sebelum terlupa semoga berjaya menghbiskan cabaran 10 hari

    ReplyDelete
  4. semua tempat tu samalah dengan impian saya!
    kecuali hak yang korea lah
    apapun moga impian tercapai ye

    ReplyDelete
  5. Kidzania tu wpun sekangkang kera dgn umah, x pernah masuk pun. Dah pergi jln2 area tu tp hubby x bg lg ank2 dia utk masuk main.

    ReplyDelete
  6. semoga dapat pegi ke destinasi impian tu ya..

    ReplyDelete
  7. No 1 dah penah sampai. No 7 teringin sangat :)

    ReplyDelete
  8. satu hari pun saya nak g Mekah juga ^^,

    Maldives tu lawa kan kak..

    ReplyDelete
  9. Insyaallah kalau ade rezeki mama...
    Tak salah berangan2..
    Boleh dijadikan cita2 ye dak

    ReplyDelete
  10. teringinn nakk p legooland jugaakk. XD

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.