Biarlah Jadi Kenangan

Banyak kenangan cheq kat padang kawad ni. Setahun dalam pusat latihan, boleh katakan 10 bulan akan jejak kaki di padang ni. Kalau dulu lari 5 pusingan sambil junjung senjata pun tak rasa apa lagi, leh relaks ja. Sekarang ni maunya semput.



Pagi-pagi pukul 6.30 pagi dah turun latihan. Yang peliknya sepanjang cheq duk situ, memang hujan tak akan turun sewaktu ada latihan. Walaupun sebelum tu hujan ribut petir, masuk jam 6.30 ja mesti hujan dah berhenti. Agaknya padang ni ada hantu tolak hujan kut.

Kenangan tak boleh lupa, kena pumping sorang-sorang sambil pakai baju kurung. Gara-gara curi-curi makan. Nasib baik malam, geng-geng pompuan ja yang nampak. Kena double kawad (lari sambil bawak m-16 masa kawan-kawan lain rehat) dah jadi biasa. Dalam sebulan tu mesti kena denda punya, kalau tak macam tak lengkap hidup.

Kena tangkap dengan tatatertib masa balik dari sekolah, sebabnya butang baju tersilap ja. Tu pun sorang-sorang lari tengah padang. Pastu pergi makan,  terketar-ketar tangan pegang sudu dan garpu. Dah biasa kena maki hamun siap kena sepak terajang dengan jurulatih. Bak kata orang, dah jadi makanan kalau masuk padang kawad.

Air mata, peluh, darah dah sebati dengan padang ni. Pada hari tamat perbarisan memang cheq menangis menangis sedih nak tinggalkan kawan-kawan dan cikgu-cikhu. Pada masa yang sama, takut nak menghadapi dunia sebenar kat luar.

Rindu tu memang la rindu tapi kalau suruh masuk semula latihan tu memang la cheq takmau. Tak sanggup nak hadapi perit muka terbakar hari-hari. Jerawat pun membiak dengan senangnya kat muka. Biarlah ia menjadi kenangan dan sejarah.

13 comments:

  1. Wah...though nye mama...kenangan mahal ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa muda-muda dulu Sue... skrg ni nak kejar anak pun dh tercungap-cungap..

      Delete
  2. uyooo ni lah mama dulu ye...
    cube nk bayangkan
    betapa hebatnye mama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu badan kecik molek ja, hari-hari berlari..

      Delete
    2. Ala skrg pon kecik lagi kan??
      Bleh berlari lagi
      Hehehehe

      Delete
    3. Dah berkali-kali ganda dari dulu. Naik tangga sampai tingkat 2 pun dah semput sekarang ni.

      Delete
  3. hai dear ... done follow & join giveaway.. hihi.. thanks..
    http://iambintanghati.blogspot.com/2014/10/blogger-area-mega-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. Pergh kak. Dasyat pengalaman ni. Tak semua orang boleh buat

    ReplyDelete
  5. mama ni keje apa eh..biasa kalau perlu buat latihan camni badan beruniform je..kalau sis jm rasanya x sanggup huhu

    ReplyDelete
  6. pengalaman kite tak seperit akk kot. Kite Komander kesatria dekat uitm je, hihi tp itu pun dan perit. Muka sampai skrg burn. Dah mcm pakai topeng, haha

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.