Nasi Kak Wok Termasyur Di Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau cheq keluar makan dengan cik husband tak kira la time brekpes atau lunch, mesti dia akan bawak cheq datang makan nasi kak wok. Tak reti jemu cik husband cheq sorang ni. Pada mulanya cheq pun heran apa istimewanya nasi kak wok ni. Kedai makan dia sentiasa
penuh orang. Kalau beratur pesan makanan sampai kat luar kedai.

Ringkas ja menunya. Nasi putih, kuah kari edition kak wok punya dan ayam goreng berempah yang dicincang halus. Ditambah dengan sambal belacan untuk lebih umphhh. Hanya dengan menu begini boleh menambat perut orang ramai. Harga makanan pun berpatutan, ikut harga mampu milik...hehehe.



Banyak gerai-gerai dan kedai makan yang menggunakan nasi kak wok sebagai menarik pelanggan sampaikan cheq tak tahu mana yang sebetul-betul original nasi kak wok ni. Pengasas nasi kak wok ni pun dah takdak, jadi dia tinggalkan menu ni jadi turun-temurun di Kelantan. So kalau turun ke Kota Bharu, bolehla cuba cari nasi kak wok ni.


12 comments:

  1. fuh..nampak cam simple tapi pasti ada keistimewaannya kan

    ReplyDelete
  2. Yg ni wajib cari kalo kelik klate. Beli kt gerai yg ank yatim berniaga. Sedap sgt la. Sebungkus x cukup...hahaha tamak..

    ReplyDelete
  3. kat area mana nasi kak wok ni maybe kari tu yg penyedap nya ye dak,...

    ReplyDelete
  4. mama ayu kalau balik kelantan memang tak pernah miss nak makan nasi kak wok tauu....

    ReplyDelete
  5. memeng sedap pn klu balik kota bahru memg xmiss makan ni trutama utk bakpes...xtahulak nama dia nasi kak wok.. biasa panggil nasi berlauk jer... hehehehe

    ReplyDelete
  6. alooooo laparrnyaa~ baru teringat hari ni makan lunch je. sobb. soobb. T_T

    ReplyDelete
  7. huwaaa kalau cakap kat tuan macho ni, mesti dia kata... "lauk kari dengan ayam goreng pun sampai nak ke kelate??" ... susah betul nak ajak jalan2 cari makan.... wakakkakaa

    sha pulak jenis suka try walaupun makanan tu nampak simple...

    ReplyDelete
  8. nasik kak wok, first time denga ni, hehe

    ReplyDelete
  9. kari+ayam goreng+sambal belacan = cukup buat nasi bertambah. ^^

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.