Anak Mama Kuat

Harini seharian bertapa di wad kecemasan. Dari semalam kakak dinah sakit perut dan muntah-muntah. Malam tadi pun tidur-tidur ayam ja sambil pantau si kakak ni. Abahnya pulak kerja shift malam.

Paginya, cik husband bawak kakak ke klinik. Doktor plak kata kakak ni suspect kena denggi dan kena admit wad. Naik la ambulan kakak dengan abahnya tu ke hospital. Di hospital kena tahan di kecemasan dulu. Pemeriksaan rapi dibuat dan mengesahkan kakak bebas denggi. Legaaaaa.... Masalah lain plak timbul. Sistem penghadaman dan pelawasan kakak memang KO. Sebab tu perut dia memulas-mulas. Ambil lagi darah, tambah air, repeat checkup lagi.. akhirnya boleh balik rumah.



Cheq dah siap ambil EL lagi, terus sambung raya la jawabnya. Dari pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang menunggu. Walaupun lama gitu , cheq puas hati sebab doktor check keseluruhannya. Mudah-mudahan serasi la ubat ni dengan kakak. Cik husband dah janji dengan kakak, kalau sihat nak bawak beli buku baca. Terus boleh jer kakak bangun berjalan dan tanya macam-macam,  yang mana seharian ni langsung tak dengar dia cakap pun...asyik dengar dia merengek ja. Macam tu lar anak mama, mesti kuat macam mama!!

10 comments:

  1. Alhamdulillah. Kalau anak sakit mak2 yg plg susah hati kan..

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh,,, Mamanya pun take care ye

    ReplyDelete
  3. get well soon kakak.
    risau kalau anak2 kecik sakit.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua. Alhamdulillah, kakak dah beransur sihat.

    ReplyDelete
  5. bagaiaman keadaan si kakak sekarang

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.