Showing posts with label Surirumah. Show all posts
Showing posts with label Surirumah. Show all posts

Cabaran 30 Hari | Hari #23 : Pekerjaan Yang Diingini Selain Daripada Pekerjaan Sekarang

Cabaran untuk hari ke 23, bab pekerjaan. Alhamdulillah, sekarang ni cheq memang dah bekerja tetap dan berpencen. Sejak habis SPM, cheq dah mula bekerja. Sementara nak tunggu result SPM, cheq kerja kilang. Tapi time tu orang-orang kita ja, takdak lagi geng-geng bangla, nepal ni. Sebulan kerja dapat RM400 memang happy giler.... Tak pernah pegang duit sendiri sebanyak tu. Kerja sekarang ni pun dah masuk 10 tahun. Dah 3 kali ditukarkan tempat kerja.

Kalau ditanya pekerjaan yang diingini pada masa sekarang ni memang cheq nak jadi SURIRUMAH sepenuh masa. Nak lihat anak-anak membesar depan mata, taknak terlepas pun satu saat tumbesaran dan perkembangan diaorang. Hadir ke majlis-majlis sekolah, sekarang ni selalunya tak sempat nak hadir sebab sibuk bertugas. Hantar dan ambil anak-anak sendiri kat sekolah. Kesiannnn...kadang-kadang si kakak tu melangut tunggu kat sekolah sebab cheq terlambat ambil dia kerana tugas yang tak boleh dielakkan. 

Walaupun tak bergaji, penat dengan kerja rumah yang tak pernah habis tapi biar hati happy dapat tengok anak-anak sentiasa. Tingg....tukarkan la aku jadi surirumah. 


##cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari