Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

Beraya di Perantauan Lagi

Kalau ikutkan cuti 4 hari ni, sempat sangat nak balik kampung. Tapi disebabkan kesihatan kakak baru nak pulih, so cancelkan dulu. Cik husband pun nak amik exam hari Selasa ni, takut kelam-kabut plak. Sob, sob, sob...mama yang beria-ria sangat nak balik kampung ni. 


Tambah sedih bila emak telepon tanya balik tak. Nak masak ketupat lebih katanya kalau kami sekeluarga balik. Sebab emak tahu yang cheq ni memang hantu ketupat palas. Emak mentua pun ada tanya jugak. Ajak beraya di KL, dekat la sikit berbanding nak balik Kota Tinggi nun. Nampaknya dua-dua tempat pun kami tak balik bagi sama adil.

Alaaaaa...macam la tak biasa raya kat sini. Cuma tak dak plan lagi nak masak juadah apa pagi raya ni. Tekak dan selera tak sama. Sorang tekak johor, sorang lagi tekak kedah... kita tengok sapa yang kena!!!

Hari Kopi Sedunia.

Dengar radio Era tadi, baru tahu harini diistiharkan sebagai hari kopi sedunia. Pasni mesti ada hari teh sedunia, hari milo sedunia....ok dah, stop melalut tu.

Sebenarnya cheq memang pengemar tegar kopi ni. Nak plak kopi yang pekat, kawww lebihhh, memang ada umppp la. Tapi sejak cheq tekad nak susukan baby cheq ni dengan susu ibu, so cheq slowkan minum kopi ni. Hanya sekali-sekala ja minum, tu pun campur dengan milo. Memang lemak berkrim la.

Kopi yang cheq selalu minum adalah kopi cap gantang buatan anak jati Kedah. Agaknya memang jual sebelah utara ja kut, sebabnya 5 tahun duk negeri sembilan memang cheq tak jumpa kopi ni. Kat Kelantan ni pun dah masuk 3 tahun lebih pun masih tak jumpa jugak.


Jadi untuk mengelakkan bekalan kopi cheq habis, setiap kali cheq balik kampung cheq akan beli 3, 4 paket untuk bawak balik Kelantan. Emak ayah pun kalau datang sini pun akan bawak bekal kopi ni. Katanya kopi kat sini tak sedap. Kat rumah ni pun cheq sorang ja yang minum, kadang-kadang sampai keras masuk angin kopi tu. Abah mentua cheq pun takleh minum kopi yang cheq bancuh, pekat sangat katanya sampai takleh tidur. Cheq ni minum la satu teko pun, tidur tetap lena...hahahahha

SELAMAT MENYAMBUT HARI KOPI SEDUNIA 



Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger !

Assalamualaikum. ..
Pepagi ni cheq dah skodeng blog, jumpa segmen terbaru anjuran cheq punya favourite blogger brader Ben Ashaari
Apalagi, mesti la kena join...
Jom la join ramai-ramai..

Nak join [ KLIK SINI ]

Pastu kena jawab soalan-soalan yang ringkas ni.

1. Latar belakang
Seorang perempuan, isteri dan mama kepada 3 orang puteri. Dilahirkan di Alor Star, Kedah...merantau ke Noghori Sembilan dan sekarang cari makan di Klate. Nampak macam pemalu, tapi takla malu sangat. Cuma malu nk mulakan dulu ja, bila dah mula borak, payah nk berhenti. Bekerja sebagai penguatkuasa undang-undang.

2. Kelebihan blog
Tiada yang istimewa tentang blog saya ni.  Saya seorang yang biasa dan apa yang saya coretkan dalam blog ini adalah mengenai kehidupan saya sekeluarga.

3. Impian jadi blogger
Menceburi bidang blog adalah untuk menambahkan kenalan. Supaya dapat menambah ilmu dengan pembacaan yang bermanfaat.

Selesai sudah. Cepat-cepat la join sbb tarikh tutup pada 11  September 2014 jam 8 malam.
Good Luck pada semua..

Segmen : Kenal Ke Kita?? by MiN

Assalamualaikum. ....
Harini ja dah 3 segmen cheq join...

Nak join, sila KLIK SINI

10 Fakta Tentang Diri Saya

1. Anak yang keempat hasil perkongsian hidup antara Yusuf dan Ronah.

2. Dilahirkan di rumah bernombor 43, Kg Alor Gunung, Mukim Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Sekarang ni rumah tu pn dah tak wujud.

3. Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Alor Gunung dan diajar oleh arwah Cikgu Ramlah. 

4. Daripada start sekolah sampai la tingkatan 5, tiap-tiap pagi ayah akan hantar ke sekolah.

5. Pertama sekali masuk asrama semasa melanjutkan pelajaran di UiTM. Seminggu lepas tu cheq demam sebab rindukan mak ayah.

6. Berkahwin pada usia 24 tahun dan sekarang mempunyai 3 orang anak perempuan yang comel.

7. Bekerja di pejabat kerajaan bermula 8 pagi hingga 5 petang. Kadang-kadang on duty 24 hours

8. Berkahwin dengan jejaka dari Johor. Utara bertemu selatan..

9. Suka melancong dan berjalan-jalan. Berkongsi minat ni dengan cik husband.

10. Suka sangat dengan warna pink dan warna-warna yang lembut...

Selamat Bersegmen

Cabaran 30 Hari | Hari #1 - 5 Fakta Tentang Mama3Farhanah

Cabaran 30 hari dalam bulan September.
Maknanya sehari satu entry..
Tapi cheq dah terlajak ni, tak kira nak join jugak...

1st sekali masukkan gambar terbaru..
Ni la gambar terbaru cheq, diambil berselfie pada malam merdeka...
Tengah bosan tunggu order makan malam tak sampai-sampai lagi..

5 FAKTA TENTANG DIRI MAMA3FARHANAH

#1. Dilahirkan di Alor Setar, Kedah...merantau cari makan di Negeri Sembilan dan sekarang sambung kerja di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.

#2. Bernikah pada usia 24 tahun dengan jejaka Johor. Mendapat anak pertama pada usia 25 tahun dan sekarang mempunyai 3 orang anak perempuan yang comel-comel.

#3. Pada mata kasar orang lain,  nampak sombong tapi bila dah kenal saya seorang yang peramah.

#4. Pantang boring atau stress, mesti nak menghabiskan duit dengan pergi bershopping. Kiranya suka bershopping. Selalunya shopping barang anak-anak.

#5. Cepat sentap a.k.a mudah merajuk...

Ok, dah selesai cabaran #1, pasni sambung cabaran #2 plak...makin lama makin susah cabarannya..

PIALA KPN 2014

Excited bila nama cheq terpilih untuk wakil kontinjen Kelantan dalam pertandingan congkak...
Bukan alang-alang orang leh main congkak ni...
Lagi pn ni 1st time, kontinjen hantar group congkak...
Sehari sebelum perlawanan, sibuk la mencari baju kurung untuk team kitaorang...
Nak pakai baju yang serupa..
Berjam-jam pilih baju, maklumla group kitaorang ni lain-lain saiz badan...
Last minute buat kerja, memang biasala tu...








Hari pertandingan, nama cheq dulu yang dipanggilnya..
Debar dada bukan main lagi...
1st pusingan lawan dengan KUALA LUMPUR alhamdulillah menang...
Lega skit...

Nak masuk pusingan kedua, jumpa juara bertahan iaitu KEDAH...
Takut dah dengar, sbb sebelum tu ada sembang-sembang dengan diaorang...
Kalau ikut strategi diorang, pihak lawan akan kalah dengan tinggal dua biji guli ja dalam rumah...
Mak aiiii...betoi-betoi otai diorang ni..
Lawan dengan diaorang mmg cheq kalah, tapi takla sampai tinggal 2 biji guli tu..
Ada la juga dalam 20 biji lebih...hihihi

Pusingan ke tiga jumpa dengan kontinjen BUKIT AMAN...
Tengok ahli group diorang semuanya veteren, kompom terror giler ni..
Takde la terror mana pn sbb cheq leh menang sbb mmg bersaing sampai set ketiga...

Selepas dihitung markah kesemuanya, kontinjen KELANTAN untuk pertandingan congkak dapat nombor 5..
Kira ok la tu, bagi kitaorang yang 1st time main..
Pastu training pn kadang-kadang jer...
Jurulatih dah offer cheq untuk tournament yang akan datang...
Hehehe...kena pikir dulu la dan kena atur strategi dari sekarang..







WAJIB DATANG SINI BILA ADA DI KELANTAN

Tempat shopping yang happening diKelantan...
Apa lagi, dah tentu la Wakaf Che Yeh...
Nak beli apa, semuanya ada di sini...
Dibuka ada sebelah malam...
Lagi ke tengah malam, lagi la happening...

This is Wakaf Che Yeh...yawww

Kalau musim cuti, memang sesak tempat ni...
Para peniaga pulak, kalau dapat customer org dari luar, mmg diaorang akan letakkan harga tinggi..
Kalau saudara-mara cheq datang sini, memang kat sini tempat selalu cheq bawak...
Cik husband cheq ni pandai kecek klate, so takle kena tekan dengan harga tinggi...
Malam Sabtu aritu, cheq bawak family kakak cheq ke sini...
Sebabnya nk cari pelikat pants...macam la kt Kedah takdak jual. Hihihi...


Bertolak lepas maghrib, lebih kurang 30 minit dari rumah cheq kalau jalan tak sesak....
Orang tak ramai lagi time tu, so nak jalan pilih orang pn senang...
Yang penting anak-anak tu jangan hilang dari mata...
Jauh skit ja, dengar la sora cheq duk menjerit panggil diaorang...

Dah jumpa pn pelikat pantsnya. Dapat harga murah sbb malam tu memang orang tak ramai. Lagi pn cik suami kita kecek klate pekat tawar harga...

Cheq jadi model tak berbayar untuk kain sutera ni...cantik tapi tak mampu nak beli  kalau beli pn bila nk pakai. Pegi kerja pakai unipom.

Beli buah-buahan yang segar..murah giler



Pas penat jalan-jalan, kita minum dulu...masing-masing duk pikir nk beli apa lagi pasni...

Ok lah, barang yang dicari pn dah dapat...
Orang pun dah makin ramai, cuaca pn dh panas...
Sebelum anak-anak buat perangai, jom balik...
Nanti ada sedara-mara yang datang, cheq bawak lagi ke sini...
Kalau nak harap datang sendiri, memang takla....