Hari Kopi Sedunia.

Dengar radio Era tadi, baru tahu harini diistiharkan sebagai hari kopi sedunia. Pasni mesti ada hari teh sedunia, hari milo sedunia....ok dah, stop melalut tu.

Sebenarnya cheq memang pengemar tegar kopi ni. Nak plak kopi yang pekat, kawww lebihhh, memang ada umppp la. Tapi sejak cheq tekad nak susukan baby cheq ni dengan susu ibu, so cheq slowkan minum kopi ni. Hanya sekali-sekala ja minum, tu pun campur dengan milo. Memang lemak berkrim la.

Kopi yang cheq selalu minum adalah kopi cap gantang buatan anak jati Kedah. Agaknya memang jual sebelah utara ja kut, sebabnya 5 tahun duk negeri sembilan memang cheq tak jumpa kopi ni. Kat Kelantan ni pun dah masuk 3 tahun lebih pun masih tak jumpa jugak.


Jadi untuk mengelakkan bekalan kopi cheq habis, setiap kali cheq balik kampung cheq akan beli 3, 4 paket untuk bawak balik Kelantan. Emak ayah pun kalau datang sini pun akan bawak bekal kopi ni. Katanya kopi kat sini tak sedap. Kat rumah ni pun cheq sorang ja yang minum, kadang-kadang sampai keras masuk angin kopi tu. Abah mentua cheq pun takleh minum kopi yang cheq bancuh, pekat sangat katanya sampai takleh tidur. Cheq ni minum la satu teko pun, tidur tetap lena...hahahahha

SELAMAT MENYAMBUT HARI KOPI SEDUNIA 



8 comments:

  1. Hahah, kita suka makan minum kopi radix je, tak pernah minum kopi ni. huuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni kureng sikit kopi jenis 3 in 1 ni. Glamer la kopi ni kat aloq setaq.

      Delete
  2. Sue x minum kopi dan minuman bercaffein. Dia rasa pening kepala smp nk pengsan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa yang tak boleh memang akan pening kalau minum. Saya dari kecik minum kopi, kiranya tekak dan perut dh sebati dengan kopi ni.

      Delete
  3. alahaiiii
    sedapnye kopi mama
    ayu ni slh sorang pengemar kopi
    tapi sejk prgnnt ni kene puasa kopi pulak..
    aishhh dpt bau pon jadilaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut baby gelap yerr...hahaha. Saya masa peknen anak no 2, hari-hari minum kopi tapi keluar baby putih serlah. Sampaikan nurse tanya masa peknen saya minum susu apa..

      Delete
  4. dengar pernah... rasa... pernah kot... entah... cheq guna kapal api yang kasaq tu... tuan macho cheq kemain suka... kawww !

    ReplyDelete
  5. Amboi kak pekat habis kopi kak buat sampai tak sampai hati nak minum. Hehe. Sy suka mkn biskut cicah ayaq kopi. Best.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.