Cabaran 30 Hari | Hari #3 : Apa yang menguatkan Mama3Farhanah

LIFE MUST GO ON...
Itu adalah falsafahnya..
Walau seteruk mana kita diduga, jatuh terlepuk terguling-guling..
Tiba-tiba kita bangun melangkah maju..
Sebabnya kita ada penguat semangat dan pendorong untuk kita teruskan hidup..

APA YANG MENGUATKAN SAYA



Mereka inilah yang menguatkan saya dalam semua perkara. ANAK-ANAK KESAYANGAN DAN CIK HUSBAND. Sekarang ni setelah bergelar mama, anak-anak yang diberi keutamaan. Walaupn demam atau sakit tetap akan kuat bila berhadapan dengan anak. Hadapi masalah macam dah tak ada penyelesaian, balik rumah tengok muka anak-anak....tingggg, yerus nampak jalan penyelesaian.Cik husband plak dengan kata dorongan dan kadang-kadang apaksaan darinya membuatkan diri ini lebih kuat hadapi kehidupan ini.



MAK DAN AYAH...depa ni macam ubat kuat. Kalau demam atau sakit, pergi tidoq berbantalkan riba depa, mesti terus hilang sakit tu. Terus jadi kuat. Macam peha depa tu ada ubat plak...



ALLAH S.W.T...Dia tidak akan bagi dugaan jika kita tidak kuat. Dengan dugaanNya kita jadi kuat dan tahu kekuatan kita. Mengadulah masalah dengan bersujud padaNya.

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

6 comments:

  1. Parents memang sumber kekuatan paling mujarab :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...tak dapat bayangkan hidup tanpa mereka...;-(

      Delete
  2. Betul jika sudah berkeluarga mestilah suami, anak2, ibu dan ayah menjadi sumber inspirasi kan mama. Terima kasih singgah d blog Jm so Jm buat kunjungan balas :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq JM sudi kunjung balas sini...keluarga harta paling bernilai.

      Delete
  3. Tahniah kak sbb dah punya sebuah keluarga yg bahagia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih. ..mudah-mudahan kami kekal bahagia hingga ke akhirnya

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.