Liebster Award Tagged By Cikgu Faiz

Demam the Liebster Award tak abis lagi. Kali ni cheq ditag oleh Cikgu Faiz. Meh kita tengok apa soalannya dan apa plak jawapan saya.


Sila jawab soalan ni dalam masa 30 minit.

1. Kenapa korang suka berblog ?
    Untuk mengisi masa lapang. Selain itu mengasah skill menulis dan membaca kisah-
    kisah blogger lain.

2. Macam mana korang boleh terjebak dalam dunia blog ?
    Daripada membaca blog blogger lain terutamanya blog ben ashaari dan namee roslan. 
    Dari situ mulanya minat nak menulis.

3. Tempat menarik yang korang pernah sampai ?
    Kampungku tercinta. Memang menarik sangat dengan sawah terbentang.

4. Apa haiwan kesayangan korang ?
    Nyamuk. Tiap-tiap malam saya bagi ubat untuk diaorang.

5. Bila stress apa yang korang selalu buat ?
    Punggah kain baju dalam almari. Pastu lipat dan susun balik. Selalunya sekali dalam 
    sebulan pn susah nak stress.

6. Korang pakai handphone jenama apa ? Apa yang menarik tentang handphone tu ?
    Jenama samsung Note II. Istimewanya handphone ni sbb warna pink kegemaran saya 
    dan hadiah sempena besday saya.

7. Suka masak apa ?
    Masak makanan yang cik husband dan anak-anak suka makan.

8. Kenangan pahit yang korang alami ?
    Kehilangan satu-satunya adik lelaki.

9. Suka selfie ? Kenapa ?
    Time saya rasa saya cantik, saya suka selfie. Kalau rasa comot, lalu sebelah cermin pn 
    dh tak pandang.

10. Filem yang paling best korang pernah tonton ? Kenapa ?
       Banyak tapi paling best Lord Of The Ring. Sebabnya tinggal saya sorang ja setia 
       menunggu dalam cinema tu. Cite tu lama sampai 3 jam, kawan-kawan lain tak 
       sanggup nak tunggu. So, saya pn eksyen cerita kesudahan filem tu kat diaorang. 
       (macam tak kena ja jawapan ni )

11. Apa yang korang suka tentang blog cikgu Faiz ?
      Of course la warna pink untuk background tu yang menarik minat saya untuk terus 
     membaca blog cikgu. Secara jujurnya, saya belum khatam lagi menelek blog cikgu ni. 
     Pasni insyaallah saya akan sentiasa mengikuti blog cikgu. Pastu baru leh komen. 

Dah selesai pn anak murid ni jawab soalan dari cikgunya. Kalau ada tersalah kata atau ayat yang boleh menguris perasaan cikgu, mohon ampun dipinta.

10 comments:

  1. terima kasih :)
    CF berpuas hati dengan jawapan tersebut. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...kira lulus dengan cemerlang la ni.

      Delete
  2. Replies
    1. Kihkihkih...nasib bek tak dikira markah. Kalau tak mesti fail.

      Delete
  3. Replies
    1. Iye, kadang-kadang soalannya lebih susah dari exam. ;-)

      Delete
  4. hihi, punggah baju dalam almari tu yang bikin stress balik, penat woo!!! ... hihi

    baca blog kisah orang? hihi... menarik bunyiknya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang suka susun baju ikut warna. Biasala anak2 kalau amik baju, tarik ja...dh tu berselerak..tak suka tgk.

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.