Cabaran 30 Hari | Hari #26 : Gajet Kepunyaan Saya

Harini hari yang ke 26, yeeehaaaa tak lama dah nak habis cabaran ni. Kisah pasal gajet harini. Inilah gajet-gajet cheq. Kebanyakannya dibeli sendiri yer...


Susah payah cheq kumpulkan benda alah ni semata-mata nak ambik gambar ja. Selalunya cheq online guna telefon atau tab ja. Laptop tu buat pekasam kat rumah. Mana taknya, baru cheq pegang ja anak-anak dah sibuk nak tengok kartun la, frozen la...dah berebut dengan diaorang. Online guna telefon ni mudah, sambil nak tidurkan anak pun boleh online, cuma kena jengilkan biji mata je skit. 

Telefon samsung putih tu cheq standby kut-kut telefon yang satu lagi kiok takdak bateri, tapi selalunya jadi alarm untuk bangun pagi. Kamera tu dah lama cheq beli dan dah lama tak guna. Charger pun dah lupa simpan kat mana.

Dah semua gajet dikumpul kat sini, dengan apa plak diambilnya gambar ni...hehehe, pinjam tab si kakak plak ambil gambar ni. 

##cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

15 comments:

  1. wahhh banyak betul ni, complete semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok orang guna, kita pun teringin jugak. Kumpul la duit beli satu, satu...

      Delete
  2. Wah. Bnyak koleksi gajet ye :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, cukuplah setakat ni jer...taknak tambah apa-apa dah.

      Delete
  3. Replies
    1. Yang pink tu penting sangat tapi selalu jugak terlupa, tertinggal kat rumah...hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. Sampaikan tak terguna pun ada... (riaknya ayat cheq ni)

      Delete
  5. heee fon cokia nokia mesti kene ade.. ayu pon stnby kot2 samsung kehabisan be3.. tapi skg mcm da xberfungsi bile ade powerbnk.. mcm mama lah,jadikan alarm je.. kadang2 be3 nokia tu abis pon tak perasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... kdg-kdg yang cokia ni pun berguna jugak. Kesian kat dia dipinggirkan....

      Delete
  6. Wah byknye...monopod pun ada...sng nk selfie ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkihkih...jarang guna la Sue. Malu la nk panjangkan tangan pegang benda alah ni.

      Delete
  7. Sis pun klau x de gadjet2 rasa dunia x berseri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jadi macam keperluan wajib plak kan...

      Delete
  8. Sekarang semua ni mcm dah kena ada. Paling cikai pon mesti fon yg boleh bukak fb. Hehe

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.