Segmen : Kenal Ke Kita?? by MiN

Assalamualaikum. ....
Harini ja dah 3 segmen cheq join...

Nak join, sila KLIK SINI

10 Fakta Tentang Diri Saya

1. Anak yang keempat hasil perkongsian hidup antara Yusuf dan Ronah.

2. Dilahirkan di rumah bernombor 43, Kg Alor Gunung, Mukim Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Sekarang ni rumah tu pn dah tak wujud.

3. Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Alor Gunung dan diajar oleh arwah Cikgu Ramlah. 

4. Daripada start sekolah sampai la tingkatan 5, tiap-tiap pagi ayah akan hantar ke sekolah.

5. Pertama sekali masuk asrama semasa melanjutkan pelajaran di UiTM. Seminggu lepas tu cheq demam sebab rindukan mak ayah.

6. Berkahwin pada usia 24 tahun dan sekarang mempunyai 3 orang anak perempuan yang comel.

7. Bekerja di pejabat kerajaan bermula 8 pagi hingga 5 petang. Kadang-kadang on duty 24 hours

8. Berkahwin dengan jejaka dari Johor. Utara bertemu selatan..

9. Suka melancong dan berjalan-jalan. Berkongsi minat ni dengan cik husband.

10. Suka sangat dengan warna pink dan warna-warna yang lembut...

Selamat Bersegmen

8 comments:

  1. Fakta no 6 dan 9 sama cuma sue 2 lelaki 1 girl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....saya kena tambah lagi la gitu. Anak lelaki belum ada.

      Delete
  2. aha..dengan ini sis JM dpt mengenali mama 3farhanah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu baru skit sis JM, banyak lagi faktanya tapi dh minta 10 je kannnn...

      Delete
  3. alaaaa mama 3farhanah kalau bagi lebih pun tak apa.. tq sebab join sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke bagi lebih...kang kena tolak markah plak. Hihihihi

      Delete
  4. ayu datang dari segmen yang sama.. ada masa singgah la ke blog ayu...ayu ade buat segmen sempena UPSR ...nanti boleh la join ye..

    http://www.ayuinsyirah.my/2014/09/segmen-kenal-ke-kita-by-min.html

    ReplyDelete
  5. singgah dari segmen yang sama

    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/10/new-segmen-bloggers-20-facts-about-me.html

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.