NO PHONE !!!!!



Malam ni berjaya menyahkan penggunaan telefon di meja makan. Sebelum keluar makan tadi, cheq dah berbisik kat cik husband supaya jangan guna telefon di meja makan. Ok, dia faham dan ikut cakap...good boy.

Lepas order makan ja, si kakak dan adik dah mula mintak tab nak tengok Frozen katanya. Cheq dengan suara yang lemak merdu bagitau tab tak bawak, duk cas kat rumah. Cerdiknya diaorang ni, mintaknya plak tepon kita ni. Macam-macam alasan dibaginya. Alih cerita, tanya macam-macam soalan kat diorang. Pasal sekolah, kawan-kawan, cikgu... Berebut-rebut nak bercerita. Alhamdulillah sampai selesai makan, langsung diaorang tak ingat dah pasal tab, pasal frozen tu. Boleh pun makan tanpa mengadap tab tu.

Boleh nak ubah budak-budak ni, yang penting mama ngan abah kena tunjuk contoh yang baik la. Pikat hati diaorang dengan bercerita atau bertanya perkara-perkara yang diaorang suka. Dulu pun ajar diorang bertab ni pun sebab nak bagi duk diam, sampai kesudahnya tiap-tiap kali keluar makan nak kena mengadap benda tu.

Ingatkan nak amik gambar buat kenangan sikit. Disebabkan penggunaan telepon diharamkan pada waktu tu, maka takdak la gambar... kita guna kamera tepon jer.

10 comments:

  1. Betul tu...stuju sgt dgn mama..well done!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak kecik ni senang lagi kita nak pujuk, dah besar panjang jadi susah dah...

      Delete
  2. betull mama, hehee, aina dengan adik2 bila time jalan bawa phone main dalam kereta je. turun kereta tinggalkan atau simpan dalam poket. tak main. parents akan merepek kalau tengok kami main. hahaha. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...akak pun nak kena merepek jugak la dgn anak-anak camni. Leh ikuy cakap macam Aina.

      Delete
  3. wahhhh untung kalau ade yang dengar,geram je kadang2 lepak kat meja makan masing2 dok ngadap fon, bile kite bercakap masing2 blur je tak dgr kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...kecik-kecik ni dengar cakap lagi.

      Delete
  4. bagus mama....kak mieja pon setuju cara tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time makan tu la kita nak berkumpul, bersembang tapi masing-masing dengan phone, sakit jiwa...

      Delete
  5. Itu yg sepatutnya ibubapa lakukan. Moga akak berjaya didik mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah...kena kuat dan keraskan hati mengadap anak-anak zaman la ni.

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.