Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts
Hadiah GA Dah Sampai..
Petang semalam masuk ofis, tengok ada 2 parcel atas meja..
Terus senyum suka sebab dah tahu dari mana datangnya parcel tu...
Budak-budak ofis dah marah, pesan jangan beli barangan online..
Ikut suka hati kita la, duit kita nak beli apa pun.!!!!
Acah jer, sebenarnya tak marah pun diaorang tu.
Diaorang tu sayang kat cheq sebab tu diaorang tegur..
Bila bagitahu dapat hadiah, sibuk plak nak tengok sama...hehehe
Hadiah pertama datang dari Birthday Giveaway By Shad. Sepatutnya besday dia, kita yang bagi hadiah, tapi ni terbalik plak. Dapat sepasang blouse dari sponsor Rexylla. Sesuai sangat saiz tu dengan cheq. Terima kasih yer
Hadiah ke dua datang dari Birthday Giveaway By Eshazara. Dapat herbal Blend multi-purpose cream keluaran Shaklee. Banyak sangat kegunaannya. Terima kasih.
Terima kasih banyak-banyak dan hadiah-hadiah ni jadi penambah semangat nak join lagi banyak giveaway.
Liebster Award Tagged by UmmuAqillah
Liebster Award lagi. Kali ni ditag oleh adik Ummu Aqillah. Soalannya simple macam tuan punya diri jugak. So, akak ni pun takyah nak perah otak sangat. Ni pun dah lama ditag. Takut lama-lama nanti terlupa terus, kecil hati adik ni.
Inilah soalannya :-
1. Apakah jenis telefon yang anda sedang gunakan dan berapa harganya ?
Samsung Note II. Tak tahu harga sebab orang hadiahkan pada saya.
2. Apakah makanan kegemaran anda apakah sejarahnya ?
Ayam masak merah. Sejarahnya, hmmmmmm....saya dah habiskan semangkuk a
ayam masak merah tu tanpa tinggalkan untuk orang lain. (tamaknya, hehehe)
3. Kalau anda memenangi wang tunai sebanyak RM 2 juta, apakah yang anda akan lakukan
dengan wang tersebut ?
Bayar hutang dulu. Bantu adik-beradik.
4. Hidup anda bergantung kepada ?
Oksigen untuk bernafas.
5. Apakah nama sahabat baik anda dan adakah kamu menyanyanginya ? Berikan sebab ?
Halim b. Mohd Ali. Ya, saya memang sayang saya sebab dia adalah suami saya dan
abah kepada anak-anak saya.
6. Anda mempunyai hobi pelik ? Nyatakan ?
Takde yang pelik. Biasa ja.
7. Adakah anda meminati Korea ? Nyatakan.
Ya, saya minat giler dengan Running Man sebabnya diaorang ni hensem-hensem...
(tahunya ke laki den, maunya dia merajuk seminggu ni)
8. Berikan saya 2 fakta tentang diri anda.
● muka nampak cam sombong tapi ramah bila dah kenal
● simple tapi bukan selekeh
9. Apakah benda yang paling anda sayang ?
Harta jiwa saya. Anak-anak dan family.
10. Jikalau muka anda ditumbuhi jerawat, apakah anda akan lakukan ?
Lantak la, malas nak layan. Nanti naik lagi banyak.
11. Apakah perkara yang pertama yang anda akan lakukan sekiranya anda memenangi
sesebuah pertandingan sukan ?
Naik pentas, amik hadiah.
Selesai sudah. Diharap adik berpuas hati dengan jawapan akak ini. Lain kali jangan lupa tag akak lagi.
Cabaran 30 Hari | Hari #14 : Cerita Kasut Saya
Cabaran harini pasal kasut. Kasut cheq ni takla banyak sangat sampai kena ada rak sendiri. Kat rumah ni cik husband cheq la pengemar kumpul kasut. Kalau time kecik-kecik dulu, kami adik-beradik pompuan mesti kasut serupa. Dah besar ni ada duit sendiri, leh pilih pilihan sendiri.
Kasut kegemaran
Ni la selipar kegemaran cheq, dah bertahun-tahun cheq pakai. Sedap bila pakainya. Ringan, nipis dan seksi. Murah ja tak sampai RM20 pn. Tapak dan talinya memang tahan cuma kain alas tu ja yang dah koyak-koyak. Kalau pakai ni jalan pn kena slow-slow sbb tapak dah haus, licin Sekarang ni selipar ni tersimpan dalam rak kasut, nk buang sayang.
Kasut Baru
Baru ja beli hari Khamis lepas. Beli pun semata-mata nk pergi kerja outstation. Jenama pn ntah apa-apa ja. Cheq tak mementingkan jenama asalkan sedap dipakai. Harga pun murah sepadan dengan jenama la. Pas habis oustation, kasut ni pun masuk dalam kotak balik la. Bukannya nk pakai sangat pun.
#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari
FAKTA ANAK KE 4
Assalamualaikum, peace upon you....
1. Banyak buat orang ketawa dan banyak buat orang menangis.
2. Selagi dia boleh buat sesuatu perkara, dia takkan minta orang lain membantu. Tak suka susahkan orang lain. > baguskan perangai dia <
3. Orang nampak dia macam SOMBONG, tapi bila dah tegur. Ha.....ambik kau!! Bercakap tak berhenti pula^^
4. Senang percayakan orang. Kadang-kadang baru jer kenal dah share all story pasal diri dia kat orang.
5. Pantang bila dia minta sesuatu barang tu orang tak bagi, then bila dia dah taknak, baru terhegeh-hegeh nak bagi.
6. Kalau dah suka sesuatu lagu, dia akan ulang-ulang banyak kali.
7. Kalau orang sedih mesti cari dia.
8. Sangatlah peramah. Orang tanya sepatah, berpatah-patah dijawabnya.
9. Tak pandai memujuk! Memang FAILED bab-bab memujuk ni^^
10. Mudah risau dan suka paksa-paksa orang. Orang lain paksa dia tak boleh.
11. Cepat rasa kesian dengan orang lain.
12. Suka menolong selagi dia boleh tolong. Dia akan tolong dengan sungguh-sungguh.
13. Cepat sangat terasa. Kadang-kadang orang tak cakap pasal dia pun, dia tetap terasa jugak. Awas!!
14. Kalau lepak dengan dia, tak sah kalau tak gelak.. sikit-sikit gelak.
15. Mempunyai suara yang sedap. Kalau dapat mic tak lepas punyalah. Mula-mula ja segan nak nyanyi.
16. Sangat memahami perasaan seseorang, tak bileh tengok orang dalam keadaan susah. Mesti nak tolong.
17. Sesetengah orang ja boleh faham anak ke 4 ini.
18. Bila kawan dia tengah sedih, dialah yang gembirakan kawan dia dengan lawaknya.
19. Pendiam bila ada masalah. Kalau tak dialah yang paling murai. Pot pet pot pet......
20. Sangat pemalas! Benda yang ada depan mata pun nak suruh orang ambilkan.
21. Tidurlah lewat malam pun, kalau set alarm mesti sedar punya.
22. Suka tidur lewat, bangun pun lewatlah jadinya.
23. Kalau dia tidak mampu ucap dengan kata-kata, airmata ja yang jadi peneman.
24. Kalau orang tak kacau dia, dia takkan kacau orang tu melainkan dia hanya bergurau (sakat -menyakat).
25. Kalau dah sayangkan someone or something, dia akan jaga dengan baik.
26. Paling pantang bila moody orang tanya soalan berulang, time tu hanya kaki ja mampu bercakap.
27. Pandai jaga hati orang, hati dia luka takpa...asalkan dapat puaskan hati orang lain.
28. Kalau bercakap susah nak berhenti, kalau tak percaya try le sembang dengan dia.
29. Bila parents suruh buat sesuatu kerja "sekejap" "sekejap". Lastly, buat pun tak! Lupalah katakan.
30. Suka ingat tarikh, lagi-lagi tarikh penting.
31. Apa yang dia cakap, dia akan buktikan or buat. Jangan sesekali cakap dia penipu !!!
32. Kalau dia banyak duit, dia akan belanja kengkaqan dia. But kalau dia takda duit, jangan cakap dia KEDEKUT okay !
33. Kalau takda mood, hanya orang tertentu sahaj yang boleh kembalikan mood dia.
34. Bila ada makanan, pandang pun tak! Bilantakda makanan mulalah mencari.
35. Bersabar sselagi mampu, and kalau tahap kesabaran dia dah melebihi had, dia akan luahkan segala-galanya.
36. Tak suka dipaksa, lagi-lagi kalau time makan ubat!
37. Tetap happy walaupun tengah bersedih.
38. PELUPA!! kekadang dia cari satu benda tu sampai mengamuk habis, padahal benda tu depan mata ja.
Pssssttttt.....kebanyakannya memang betul tapi yang bab makanan tu tak betul. Sebetulnya kalau ada makanan depan mata, cheq rembat ja..
PEACE YAWWW.
Subscribe to:
Posts (Atom)







