Showing posts with label November. Show all posts
Showing posts with label November. Show all posts

CABARAN NOVEMBER #2 BY KHATY R'BAIN : HARI 7 - Gambar Tempat Menarik Yang Pernah Dilawati

Hari 7 : Gambar tempat menarik yang pernah dilawati

ICT, Shah Alam
Kota A Famosa, MELAKA
Gambang Waterpark, PAHANG
 Suria KLCC, KL
Lotus Desaru Beach, Kota Tinggi JOHOR
Pantai Batu Buruk, TERENGGANU
Cameron Highland, PAHANG
Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang cheq dah pergi.Tapi gambarnya takda.So, cuci mata dengan gambar yang ada je la.


CABARAN NOVEMBER #2 BY KHATY R'BAIN : HARI 6 - Gambar Header Belog

Hari 6 : Gambar header blog


Dah sebulan lebih menggunakan header ni.
Masa awal berblog, header biasa saja.
Inipun bertukar header selepas join satu segmen yang dianjurkan oleh Dikna.
Dan hadiahnya ialah edit blog.
Memang puas hati dengan hasil kerja tangan Dikna, terutamanya bunga sekuntum tu.
So sweet dengan warna pink, warna kegemaran cheq. 

Itu saja untuk kali ini, sampai kita berjumpa lagi di cabaran seterusnya.

CABARAN NOVEMBER #2 BY KHATY R'BAIN : HARI 5 - Gambar Gajet Kesayangan

Hari 5 : Gambar gajet kesayangan

Dihadiahkan oleh cik husband untuk birthday cheq tahun lepas. 
Sangat penting sebab segala-galanya ada dalam tu.
Of course la telepon untuk hubungi satu sama lain.
Boleh jadi kamera merakam gambar-gambar terutamanya gambar anak-anak.
Jugak jadi jam sebab cheq memang tak pakai jam tangan.
Jadi kalendar, kadang-kadang blur lupa hari apa.
Diary untuk meluahkan perasaan, cewahhh.
Alarm clock, tapi selalunya tutup balik.
Selalunya jadi laptop sebab cheq selalu online melalui telepon.


Samsung Note 2. Semestinya warna pink.
Ihsan : google

CABARAN NOVEMBER #2 BY KHATY R'BAIN : HARI 4 - Gambar Penyanyi Kesayangan

Hari 4 : Gambar penyanyi kesayangan

Penyanyi Malaysia - Dato Siti Nurhaliza

Penyanyi antarabangsa - Celion Dion

CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 11

Hari 11 : 11 jenis sikap yang dibenci 

Cabaran terakhir untuk episod pertama. Lepas ni masuk episod yang seterusnya.



Ini sikap yang cheq tak suka ada dalam diri cheq.

1. Suka tangguh-tangguh buat sesuatu kerja.
2. Mudah percayakan orang
3. Kuat makan
4. Malas excercise walaupun dah niat nak kurus
5. Boros

Sikap yang tak disukai pada orang lain.

6. Penipu
7. Ego
8. Mungkir janji
9. Talam 2 muka
10. Panas Baran

CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 10

Hari 10 : 11 jenis bunga yang disukai.



1. Bunga Cempaka Kuning - ingat arwah tok dulu, selalunya kutip akan masukkan dalam poket baju. Semerbak bau baju kita.
2. Bunga Ros 
3. Bunga Raya
4. Bunga Dahlia
5. Bunga Lavender
6. Bunga Tulip
7. Bunga Matahari
8. Bunga Tanjung
9. Bunga Melur
10. Bunga Tahi Ayam
11. Bunga Kertas

Time kecik-kecik dulu kutip bunga buat main masak-masak. Siap potong dan campur. Cheq pun pernah rasa mandi bunga. Memang segar dan wangi ja.

CABARAN NOVEMBER #1 BY KHATY R'BAIN : HARI 9

Hari 9 : 11 buah novel yang ingin dibaca

Sejujurnya dah lama benar tak baca novel. Rasanya semenjak keluar anak ke tiga ni. Sebabnya baca novel ni memerlulan komitmen yang lama, kalau dah baca kenala sampai habis kann..
Novel-novel lama kat rumah ni pun dah makin berkurang. Sekali adik dan anak sedara datang, diaorang akan angkut bawak balik ke kampung.
Lapang la space rak buku, diganti dengan buku-buku kakak dinah plak.

Sekarang ni cheq kurang berminat nak baca novel, maybe dah kurang feeling kut. Hehehe...
Kalau boleh cheq nak baca balik novel bertajuk 5 Sekawan hasil tulisan Enid Balton.
Memang minat giler novel ni dari zaman sekolah dulu.
Kisah penyiasatan dan misteri. 
Nak sangat baca, dulu ada koleksi buku ni.
Tapi dah berpindah-randah dengan banjir besar kat kampung, tak dapat diselamatkan.
Rasa jiwa muda kalau dapat baca novel ni.


CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 8


Hari 8 : 11 petikan quotes yang membawa erti.












Bacalah, fahamilah dan hayatilah.
Tiada kena-mengena antara hidup dan mati sesiapa.





CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 7

Hari 7 : 11 blog yang selalu disinggahi




Untuk cabaran harini, kalau boleh nak senaraikan semua sekali blog yang ada dalam senarai cheq ni. Tapi sejak seminggu 2 ni, cheq jarang dapat berblogwalking. Sempat buat satu entry dan publish. Kadang-kadang komen kawan-kawan pun tak sempat nak baca. Sibuk hujung-hujung tahun ni.

Inilah antara-antara blog yang cheq akan singgah dan diorang pun rajin singgah juga blog cheq ni.

http://hidayuayumie.blogspot.com
http://coretancikfafa.blogspot.com
http://ceriteracintabalqis.blogspot.com

Jom lah terjah blog diaorang. Macam-macam cerita ada. Ada cerita personal, masakan, kesihatan, toturial, pengajaran, keislaman , nasihat, parenting dan macam-macam lagi la. Tak rugi kenal diaorang ni.

CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 6

Hari 6 : 11 jenis buah yang digemari

Cheq adalah seorang penggemar buah tapi lebih kepada buah-buahan yang manis. Buah yang masam kurang gemar. Walaupun suka makan buah tapi cukup malas nak mengupas kulit buah. Dulu kalau kat kampung emak akan kupas banyak-banyak buah masukkan dalam peti sejuk. Sekarang ni ja cheq jadi rajin sebabnya nak bagi anak-anak makan. Lagi satu anak-anak cheq ni memang ada masalah pelawasan selepas berhenti minum susu badan, so dengan bagi makan buah ni boleh la bantu diorang membuang dengan baik. 

Masa cheq duk kat Mantin, Negeri Sembilan dulu, kalau musim buah memang tak payah nak beli dah. Ada ja penduduk kampung kat situ yang hulurkan. Maklumlah keliling rumah semuanya kebun buah-buahan. Sampai tak termakan pun ada. Dah melalut panjang dah. Jom, cekedaut buah-buahan kegemaran cheq..


1. Raja segala buah - DURIAN
2. Buah apa yang ada rambut - RAMBUTAN
3. PISANG emas dibawa belayar.
4. Kucing yang buta - MATA KUCING
5. Kulit hijau, isi merah - TEMBIKAI
6. Hitam-hitam si tampok MANGGIS
7. Mempelam, pauh atau MANGGA
8. ANGGUR - lebih suka yang takdak biji
9. DOKONG -orang ada sakit gout jangan makan yer
10. CEMPEDAK -goreng pun sodap
11. JAMBU BATU - boleh menambahkan dan memekatkan susu badan

Sekian, selesai cabaran hari ke 6.

CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 5

Hari 5 : 11 orang artis yang diminati

Time-time kecik dulu ada la jugak berangan nak jadi retis. Dah try menyanyi solo atas pentas depan orang ramai, tapi keluar suara mengigil. Terus baling jauh-jauh angan-angan tu...hehehe. Itu zaman budak-budak yer.


1. Tan Sri P. Ramlee
2. Dato Siti Nurhaliza
3. Hafiz
4. Shila Hamzah
5. Remy Ishak
6. Lisa Surihani
7. Shah Rukh Khan
8. Ben Affleck
9. Stephen Chow
10. Semua ahli Running Man
11. Rain

CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 4

Hari 4 : 11 buah filem yang disukai



Dah lama benar cheq tak masuk panggung wayang. Tapi sekarang ni tak susah dah nak tengok filem-filem baru, tunggu ditayangkan kat Astro First ja. Kalau zaman muda-muda dulu sanggup tunggu 3 jam tengok gambar hindustan, sekarang ni dah kurang. Selalunya cheq akan record dan tengok ulang-ulang. 

Berikut adalah 11 buah filem yang cheq suka :-

1. Kuch-kuch hota Hai - mestilah sebab SRK dan lagu-lagu yang merdu.
2. Avengers - gabungan hero-hero menyelamatkan dunia
3. Iron Man - minat giler dengan hero hensem Tony Stark.
4. Pee Mak - gambar dari Thailand, seram + lawak
5. The Mummy - semua sequel cheq tengok
6. The Lord Of The Rings - sanggup ponteng kelas semata-mata nak tengok sequel yang terakhir kat cinema.
7. 8 jam - lakonan Shaheizy Sam
8.  Armageddon - lakonan Ben Affleck
9. The Hunger Games - Lakonan si cantik manis Jennifer Lawrence
10. Shoalin Soccers - Lawak dan tak masuk akal filem ni.
11. Kungfu Hustle - juga filem dari Stephen Chow

Selesai sudah cabaran hari keempat ini. 

CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 3

Hari 3 : 11 nama yang disukai

Sumber dari google

Rasanya setiap manusia kat dunia ni ada nama. Ada jugak ke yang takdak nama ??? Macam kita orang Islam, mestilah memilih nama-nama Islam yang mempunyai maksud yang baik. 

Masih ingat lagi kali pertama nk bergelar ibu, baby masih dalam perut tapi dah sibuk duk pilih nama. Habis semua buku-buku berkaitan nama dikhatamkan. Begitu teruja dan seronok sekali, maklum la kali pertama kannn. Sebenarnya banyak nama yang tersenarai untuk anak cheq, kami suami isteri dah berebut-rebut bagi pilihan sendiri. Time tu la, keluar nama ex-boypren, ex-girlpren, nama makwe tak jadi, nama pak mentua tak sempat dan macam-macam lagi la.  Akhirnya capai kata sepakat untuk pilih nama anak-anak kami.

Berikut adalah senarai nama-nama yang disukai :

1. MUHAMMAD - kalau dapat anak lelaki memang akan letak nama di permulaan nama nya sempena nama Nabi Muhammad.

2. NUR - bermakna cahaya. Nama anak-anak dara cheq memang bermula dengan Nur.

3. FARHANAH - ni gara-gara lagu Jinbara la, Farhana tengah popular time cheq peknen anak pertama. Cik husband memang nakkan nama ni untuk anak dia. Maka setiap anak cheq memang ada nama ni di penghujung nama yang bermaksud Riang Gembira.

4. DINAH - ini adalah pilihan cheq untuk anak pertama. Bermakna ketaatan.

5. DIYANAH - disebabkan anak pertama bermula dengan huruf D, anak no 2 pun nak serupa jugak. Bermakna Agama.

6. DAMIA - nama untuk anak keempat. Bermaksud Kebijakan.

7. AMSYAR - nama di terbit masa mengandung anak ke empat. Kalau dapat baby boy memang nak letak nama ni. Bermaksud Yang Cergas.

8. DANISH - Bermaksud Pengetahuan, Bijak

9. DANIAL - Nabi Allah SWT

10. DALILAH - Bermaksud Petunjuk.

11. SITI KHADIJAH - Ini adalah nama anak cheq yang ketiga. Hanya sempat 6 bulan berada dalam perut dan langsung tak sempat lihat dunia. Allah lebih sayangkan dia. Sempena seorang isteri yang setia sanggup berkorban untuk Rasullullah saw. 

CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 2

Hari 2 : 11 tempat yang ingin dilawati didunia

Menyahut cabaran di hari kedunia. Kalau ikutkan hati memang nak berjalan dan bercuti sekerap yang mungkin. Nak jelajah ke negara-negara luar. Tapi kerana kekangan masa dan fulus kena pikir banyak kali. Boleh dijadikan plan jangka masa panjang.



1. MEKAH
Tempat yang diidam-idamkan oleh semua umat Islam. Insyaallah, semoga suatu hari nanti kita semua berjaya sampai ke sana.

2. PIRAMID
Antara 10 benda ajaib di dunia. Nak pergi cari mumia, hehehe


3. PULAU JEJU
Gara-gara terpengaruh dengan cerita Running Man. Tapi memang serius cantik dengan kepelbagaian musimnya.

4. PULAU MALDIVES
Bayangkan berlari-lari di atas pasir yang putih.


5. DISNEYLAND
Ni semestinya untuk anak-anak. Mesti diaorang rasa seronok bila jumpa watak-watak kartun kat sini.

6. TEMBOK BESAR, CHINA
Ni pun antara benda ajaib di dunia. Rasanya mahu berpeluh jalan dari hujung ke hujung.


7. BALI
Terletak di Indonesia. Tengok gambar-gambarnya saya buat hati teruja nak kesana.

8. VENICE
Kota yang penuh cinta. Naik gondola bersama tersayang menyusuri sepanjang sungai sambil diiringi muzik yang romantik... (berangan lebih)


9. EIFFEL TOWER, PARIS
Berkelah sambil berlatar belakangkan menara ni.

10. KOH SAMUI
Terletak di Thailand. Antara salah satu pulau dengan pasir yang sangat cantik.


11. UNIVERSAL STUDIO SNGAPORE
Yang paling dekat. Nak rasa adventurenya masuk ke dalam sana.

Selesai sudah cabaran hari ini..






CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 1

Sesuai sangat cabaran ni untuk cheq yang kekeringan idea nak menulis. Terima kasih untuk sis Kathy R'bain yang mencipta cabaran ni. Disebabkan bulan November, maka jawapan-jawapan yang diminta pun 11 semuanya. 


Hari : 11 tempat ingin dilawati di Malaysia


1. Cameron Highland
Walaupun dah pernah pergi, masih terkenang-kenang lagi suasana dan permandangan ladang-ladang teh kat sana. Dulu pergi tak dirancang, kali ni pergi kalau boleh nak masuk semua tempat kat sana.

2. Genting Highland
Mungkin cheq suka tempat-tempat sejuk kut. Teringin nak rasa permainan-permainan ekstrem yang ada kat sana.

 

3. Gunung Kinabalu
Nak mendaki sampai ke puncak gunung dan menikmati alam semulajadi dari gunung tertinggi di Malaysia.

4. Kundasang, Sabah
Tengok dari gambar macam ada kat ladang lembu di New Zealand ja. Cantik permandangannya yang mana belum dicemari dengan arus kemodenan.


5. Melaka
Kat sini banyak tempat yang boleh cheq lawati. Banyak tempat-tempat yang bersejarah dan tempat bershopping pun banyak.

6. Pulau Pinang
Rindu dengan pulau ni. Rindu nak naik feri, makan pasembor kat Padang Kota, berkelah di Batu Feringgi, naik keretapi di Bukit Bendera dan berpoya-poya kat shopping kompleks. Tu semua cheq dah buat pada zaman study dulu.


7. Pulau Langkawi
Sentiasa ada halangan nak pergi sini, padahal dah dekat dengan kampung pun. 

8. Pulau Perhentian
Dah lama pergi dulu, seronok berjalan-jalan dipantainya. Dengan angin-angin sepoi bahasa.


9.Legoland
Asyik dengar orang cerita pasal keseronokan dan kehebatan kat situ. Nak jugak sekali masuk ke dalam tu. Bagi anak-anak rasa, selalu main lego kecik-kecik jer.

10. Kuching, Sarawak
Hanya Sarawak dan Sabah ja negeri yang belum dijejaki lagi. Nak jugak rasa naik kapal terbang ke sana.


11. Rumah Emak dan Ayah
Kat sini la tempat yang cheq sangat-sangat nak melawat. Dah lama tak balik kampung sendiri. Rindukan emak ayah dan sanak-saudara. Rindukan bunyi ayam berkokok, katak berbunyi panggil hujan, ikan melompat dalam bendang, masakan emak dan segala-gala yang best di kampung.

Selesai untuk hari pertama.!!!

Top 10 Komentar Oktober

Berakhirlah bulan Oktober. Selamat datang bulan November, semoga segalanya baik-baik saja untuk bulan ni. Hujung bulan ni juga anak cheq yang kedua akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 4 tahun. 

Rata-rata harini, para blogger publishkan entry pasal top komentar. Cheq pun 1st time letak widget ni kat blog, so boleh la tahu siapa yang mempunyai jari-jari yang rajin mengomen. Dengan ini cheq umumkan 10 top komentar bagi bulan Oktober untuk yang rajin bagi komen di blog cheq.



Cheq takdak hadiah nak bagi. Hanya dengan ucapan terima kasih banyak-banyak. Kalau ada rezeki lebih, insyaallah cheq akan sediakan hadiah untuk top pengomen bulan ni. Doa-doakanlah yer. Cheq pun tak pandai nak edit-edit gambar untuk tatapan korang semua, jadi terimalah gambar kucing ni yang cheq ambik dari google.


Segmen : Blogwalking By Dayang Deno #2

TAMAT !!!


Pembuka tirai di bulan November

2 peserta bertuah yang terpilih akan menerima doodle art
Due date : 20 November 2014