Showing posts with label keta. Show all posts
Showing posts with label keta. Show all posts

Cabaran 30 Hari | Hari #21 : Tempat Yang Ingin Pergi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Baru ada masa nak update blog ni. Sibuk mengalahkan CEO. Tanpa buang masa cheq teruskan cabaran untuk harini. Memang nak buat seringkas-ringkasnya sebab mata ni dah makin mengecil.


Tempat yang cheq teringin sangat nak jejak kaki di sana. Mekah. Rasanya setiap muslim mesti ada terdetik di hati nak pergi sana. Cheq ni pun tak pasti la bila tahun nak sampai sana tunaikan haji. Lambat lagi nak tunggu giliran. Insyaallah ada rezeki lebih, pergi umrah dulu. 


Tempat yang cheq tak pernah pergi. Kalau oversea tu, ofkos tak pernah kan??? Kira yang dalam Malaysia dah ler. Sabah dan Sarawak ja lagi cheq tak pernah sampai. Satu semenanjung dah pusing, sampai abis kematu punggung duk dalam keta. Teringin nak naik flight merentas laut china selatan... (ye ke laut china selatan, pakai hentam ja tu).  Insyaallah dah ada dalam kalendar perancangan holiday family cheq tahun depan. Kumpul duit banyak-banyak dulu.

That's all. K-bye

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Kalau Takdak Mama Senang Plak..

Dah beberapa kali tinggalkan baby Damia kat abahnya. Tapi time nak keluar tu, cheq akan menyelinap  perlahan-lahan macam orang jahat supaya baby tak nampak. Kalau dia nampak kompom meraung tak ingat dunia. Keluar la cheq dengan berbekalkan tudung dan alat mekap. Bersiap dalam keta.

Pastu baby nak meraung pn kejap ja. Abah dia bagitau mama pegi work, dah ok lah dia. Dh faham apa yang orang cakap.

Bab nak menyusu yang cukup payah. Payah nak minum susu dalam botol. Abahnya lemah bab tu la. Tiap kali nk panaskan EBM, akan call cheq. Padahal dh banyak kali pesan.

Dan setiap kali cheq sampai rumah, baby ni pasti tidoq. Patutla senang ja abahnya jaga, bagi tidoq ja. Nak tidoq pn senang plak tu kata abahnya, tepuk-tepuk ja dh lena. Kalau dengan mama, nak tidoq siap si baby carikan bantal ajak tidoq skali nk menyusu badan. Lastnya sekali dengan mama terlena.. anak-anak ni kalau ada mama memang diaorag akan buat perangai manja-manja. Dengan orang lain, boleh la plak berdikari, berperangai yang sangat baik.





CIK KAN Kena Saman

Baru tinggal 15 minit ja, CIK KAN cheq dh kena saman..
CIK KAN tu adalah singkatan untuk keta cheq KANCIL...
Padahal masa cheq nak masuk parking tu, nmpk orang bandaran tu dh pegi...
Mesti dia patah balik..





Hmmmm...nak sangat parking free...
Kan dh kena bayar berkali-kali ganda...
Cheq tak marah pun, sbb tu memang tugas dia dah...
Denda tetap denda dan kena bayar...
Pasni beringat, nk parking sekejap pn..kena ringankan tangan buh duit dalam mesin tu..

Sambut Malam Merdeka

Rupanya dh tahun ke 4 sambut merdeka kat Kelantan...
Sebelum ni tak pernah tahu pun orang kat sini sambut detik 12 malam kat mana..
Sebabnya cheq sekeluarga bukannya jenis keluar sambut-sambut perayaan ni pn..
Semalam keluar pn sbb tuntut janji dari cheq husband nk bawak kami sekeluarga keluar jalan-jalan...

Lepas makan malam, saja-saja pusing ka Tambatan Diraja Kota Bharu...
Nampak macam happening, rupanya tiap-tiap malam minggu mmg happening pn kat situ..
Ada buskers, kadang-kadang ada bling-bling man, pertunjukan ular, keta kuda...
Tambahan semalam nak sambut merdeka, lagi la meriah..








Ingatkan nak tunggu detik 12 jam, nak laungkan merdeka...
Tapi anak-anak dah meragam, so terus balik...
Sambut kat rumah ja...
Insyaallah tahun depan baby dah besar boleh kita sambut kat luar lagi...
Jangan ada baby baru sudah la...

KEPERIBADIAN MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

Sapa lahir dalam bulan Mei ????
Kita geng la...
Kajian ni dibuat selama 25 tahun oleh Dato Fazillah Kamsah...
Lama tu...
Meh, kita tengok ada tak yang sama dengan sikap kita...




★ kekerasan hati dan degil (laaaa...betul ke?? Cik husband kita selalu kata gitu, ingatkan dia melawak...hihihi)
★ kuat semangat dan bermotivasi tinggi (yesss....)
★ pemikiran yang tajam (kadang-kadang tumpul gak)
★ mudah marah apabila tidak dikawal (yessss...I agreed)
★ pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian (yang ni kena tanya orang lain)
★ perasaan yang amat mendalam (bukan perasan yer)
★ cantik dari segi mental dan fizikal (ehem..ehem..tak perlu kata apa-apa dah)
★ tak perlu dimotivasikan (perlu jugak utk certain perkara)
★ tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain (macam betul ja)
★ mudah dipujuk (sbb suka dipujuk )
★ bersikap sistematik (otak kiri) (orang yang guna otak kiri ni pandai kann...betul la tu)
★ suka berangan (berangan nak jadi kaya)
★ kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu (jangan cuba-cuba nak tipu arrr)
★ bahagian tangan dan leher mudah diserang penyakit ( seingatnya tak pernah lagi)
★ daya khayalan yang tinggi (tak kut)
★ pandai berdebat (berdebat dgn org cerdik pandai ja, yang lain boo layan)
★ fizikal yang baik (hmmmm....kena pikirkan dulu)
★ kelemahan sistem pernafasan (cepat penat)
★ suka sastera, seni dan muzik serta suka melancong (sgt suka melancong dengan keluarga terchenta)
★ tak berapa suka duduk dirumah (kalau takdak anak-anak kat rumah, mmg tak suka...sunyi)
★ tak boleh duduk diam (bolehhh, time tido jer)
★ tak punya ramai anak (3 orang anak tu kira tak ramai la kannn)
★ rajin dan bersemangat tinggi (kadang-kadang ja kut)
★ agak boros (absolutely right)

#cheq karang ni pagi tadi lagi, waktu tengah bermeeting....sekarang ni baru berkesempatan yang publish..

JAMMED DALAM RUMAH

Anak-anak cheq ni dah lama teringin nak berbasikal...
Balik kampung, tumpang main beskal sepupu-sepupu...
Bukannya cheq laki bini taknak beli, tapi pikirkan duk rumah tinggi-tinggi ni..takdak ruang nak main...
Bila diaorang nak, cheq pn pujuk kata nanti dulu la, mama abah takdak duit la..
Sekali-sekala bagi alasan gitu, jalan la jugak...

Bila raya haritu, dapat duit raya banyak...mula la diaorang ajak pi kedai beskal.
Pujuk camna pn dh tak makan, sbbnya kakak yang cerdik pandai tu kata dia ada duit sendiri...
Huhuhuhu...takleh nk kata apa dh dgn budak cerdik ni..
Belikan untuk kakak, mesti ada untuk adik sama...
Iya la beli dengan duit raya diorang, padahal duit raya diaorang dh selamat masuk bank dah...
Duit mama ngan abah jugak la yang terpaksa keluar...

Dah bawak balik rumah, mula lah keciwi masing-masing...
Sampai berlanggar-langgar, rumah kerajaan ni kan sempit...
Jadinya jalan ikut turn, kakak jalan dulu dh pusing...turn adik plak.
Kalau jalan sekali memang jammed la..
Kaki cheq ni dh lali sakitnya sbb selalu kena gelek dengan tayar beskal diaorang...
Si baby tu pn tumpang jugak main dengan keta/lori dia tu...


 Basikal ni diorang yang pilih sendiri. Mesti ada warna pink, maklum la gegurl kan....

Baby pn sibuk jugak dengan keta ka lori dia ni...terjerit-jerit sambil kejar kakak-kakak dia.



Puas hati dapat tunaikan permintaan anak-anak...
Selagi mama dan abah mampu, sedaya upaya mama dan abah akan usahakan.
Tapi jangan mintak yang bukan-bukan dah la.
Sebabnya masa cheq kecik-kecik dulu, tak merasa cheq nak ada beskal sendiri....
Semuanya berkongsi dengan adik-beradik...
Bila dah besar nanti, harap-harap kakak, adik dan baby usaha sendiri untuk mencapai sesuatu...
Jangan terlalu bergantung pada orang lain..
USAHA TANGGA KEJAYAAN


SAMBUTAN HARI RAYA

21 Ogos 2014
25 Syawal 1435

Niat cheq pada mulanya nk buat makan-makan untuk anak-anak buah cheq yang tak seberapa tu ja...
Bila dh big boss tanya " jenayah tak buat makan hari raya ke?"...
So, rancang la kami utk buat mkn-mkn panggil semua kt ipd tu...
Pakat-pakat masak dan bawak, sbb nk tempah pn dah last minit...
Penuh meja jadinya bila dah ramai-ramai bawak makanan...
Baru lah meriah cam hari raya...
Bilik jamuan pn tak sempat nk deko-deko...


Cheq dari malam tu dah siapkan 5 loyang puding laici...
Paginya pukul 4 pagi dah bangun buatkan spagetti bolognese...
Tu la yang paling ringkas dan mudah rasanya...
Yang sadisnya bila drive kuah spagetti dlm keta, abis tumpah-tumpah...
Cheq yang lupa kuahnya ada dlm keta, bawak keta macam biasa la...

 Antara juadah-juadah yang ada...yang hujung skali tu cheq punya spagetti. Dah sejuk geding dh

Ni baru 1st batch yang datang makan...

Antara tetamu-tetamu VIP yang datang....

Kamilah diantara tonggak utama dalam majlis ni....

Sambil tu upacara potong kek sempena belated besday my boss...

Inilah keluarga JSJ saya...belum cukup sepenuhnya ni...

Alhamdulillah...niat nak buat makan untuk anak-anak buah dah tertunai...
Walaupn terlebih budget, kiranya cheq sedekah ja...
Puas hati buat makan-makan ni bila tgk diaorng pulun makan..
Hilang penat lelah cheq...
Insyaallah, kalau ada rezeki lebih...cheq nk buat makan-makan semperna hari merdeka pulak....
Semoga murah rezeki cheq sekeluarga...

TAKUT KERANA SALAH

TAKUT KERANA SALAH...
Perumpamaan ni sesuai sangat dengan saya sejak 2, 3 hari lepas...


Tengok ni....roadtax keta kesayangan saya dah mampus lama dah.


Selama ni cheq bawa keta dengan roadtax yang tak mampus...
Sebelum ni ke hulu hilir saya bawak keta ni tanpa rasa ragu...
Tergerak hati cheq nk tengok roadtax ni masa nak keluar makan petang sebelum tu...
Halamak!!!! Dah mati pada hari raya aidilfitri mulia...
Dan-dan time tu terus rasa takut...

Nasib bek la selama ni cheq bawa keta tak pernah jumpa abang JPJ...
Memang dengan abang JPJ ni tak akan dapat kemaafan..
Kalau dengan abang-abang polis boleh la cheq guna KEKEBALAN cheq....

Memang cheq terlupa habis pasal roadtax ni sbbnya cik husband yang selalu handle bab ni...
Lagi pn time tu hari raya, so lebih tertumpu pada kemeriahan di hari raya la...
So, cheq bawak keta cik husband la datang ke ofis sementara tunggu roadtax baru siap...
Takut cheq, kut-kut terserempak dengan abang-abang JPJ, nanti jadi panjang cite..

Tarra....roadtax dh siap. Setahun takyah pikir. Siap-siap kumpul duit untuk perbaharui roadtax tahun depan...

Lega, roadtax dah siap...
Takde la takut-takut lagi....
Walaupn roadtax dah ada, takut jugak nk ngadap JPJ tengah jalan ni..
Kang macam-macam kesalahan yang keluar...
Biasanya gitulah...dah buat salah mmg takut...