Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Cabaran 30 Hari | Hari #19 : Resepi Kegemaran

Harini punya cabaran bab masak-memasak yang sangat sinonim dengan wanita. Cheq ni tak ler terror sangat bab-bab memasak ni. Resepi yang cheq suka masak adalah makanan yang bersup. Tak kira la sup ayam ke, sup daging ka, bihun sup ka...asalkan ada kuah sup tu. Sebabnya anak-anak ngan cik husband memang suka makan jenis-jenis sup ni. Lebih-lebih lagi anak-anak, makan nasi dengan sup ja. Takyah lauk-lauk tambahan lain dah. 

Lagipun sup ni mudah nak dibuat. Kalau malas sangat beli perencah jer masuk dalam air. Renehkan ja, dah siap untuk makan.

Salah satu resepi yang cheq buat untuk anak-anak.

Selesai cabaran untuk hari ke 19. Ringkas jer kannn.. 

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran 30 Hari | Hari #9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Mama3Farhanah

Cabaran ni memang sakit kepala otak memikirnya. Cheq akan bagi jawapannya tapi tak tahu la betul ke tak. Inilah calon-calon 5 lelaki yang menarik perhatian cheq.

1. Romantik
Sifat ni ada pada cik husband cheq. Pada mula kenal, cik husband ni tak tergolong dalam senarai lelaki idaman cheq. Kiranya not my taste la.. tapi dia plak yang tertarik kt cheq (ayat takleh blah, hehehe). Sikap romantik dan caring dia tu yang membuat cheq tertarik kat dia sehingga kami disatukan jadi suami isteri.

2. Caring & Ambil Berat
Of course la cik husband cheq jugak. Kalau berjauhan pn ( setakat pergi keja ja pn) akan sentiasa telefon , msg tanya khabar, makan dakgi, anak-anak ok, duit ada tak...hehehe

3. Daddy Care
Abah kepada anak-anak cheq. Sanggup bersengkang mata tengah malam kalau anak-anak tak sihat. Buatkan susu, mandikan baby...

4. Pandai Masak
Selalu masakkan untuk cheq dan anak-anak. Memahami apa yang cheq suka makan. 

5. Suka Buat Lawak & Bergurau.
Meriuhkan suasana. Kadang-kadang sampai menangis anak-anak bila bergurau dengan abah diaorang ni. 




Inilah lelaki yang telah berjaya menarik perhatian saya tu. Suami cheq dan juga abah kepada puteri-puteri cheq. Tak kisah la apa orang nak kata tentang dia pn, selama ni dia menjaga kami anak-beranak dengan  baik. Semoga kami kekal bahagia..

Tak Jadi Macam Emak Punya

Hari minggu haritu emak ada buat keowtaw goreng...
Walaupun emak dah sampai kampung, mulut ni masih teras lagi kesedapan keowtaw tu...
So, cheq pun try la buat sbb bahan-bahannya  masih ada lagi, balance aritu punya...
Jadi la keowtaw goreng tu tapi tak sesedap emak cheq yang buat la..

Nampak cam sikit jer cheq makan, padahal 3 kali tambah. 
Sayur yang banyak sebab memang nak habiskan semua.
Jenuh anak-anak cheq pilih buang sayur ni..

Rasa bersalah plak makan sampai 3 pinggan. Habis diet cheq.
Cheq bagi 5 bintang...

Alhamdulillah, cheq ni bukannya pandai masak sangat pun.
Pas kahwin baru la belajar masak....terpaksa nak jaga suami la katakan
Masa duk ngan emak ayah, cheq anak manja..ada kakak-kakak yang buatkan..
Sampaikan sambil masak tepon mak tanya cara nk masak.
Dapat plak cik husband yang pandai dan rajin masak..
Belajar dengan cik husband la...free of charges..
Sekarang ni alalhamdulillah,  dah pandai masak..
Tak tahu la sedap ke tak...
Sedap la kut sbb cik husband tak pernah komplen..

WESTERN DINNER

Malam ni tinggal cheq dengan anak-anak ja kat rumah...
Cik husband cheq keja...
Kepala otak mula la duk memikir nk masak untuk dinner nanti...
Klau ada cik husband, dia yang selalu bagi cadangan..

Selongkar peti ais, bahan-bahan lebih untuk jamuan hari raya minggu lepas ada lagi...
Masak tu ja la cuma cheq pegi kedai beli sos prego cabonara...
Anak-anak cheq ni fobia dengan kuah yang berwarna merah..
Maklum la dah jadi orang Kelantan, takut pedas..


Bahan-bahan untuk menyediakan spagetti cabonara.
1. Spagetti
2. Sos prego cabonara
3. Daging kisar/sosej
(Pastikan daging kisar dibasuh hingga hilang bau hanyir)
4. Bawang besar & bawang putih
5. Minyak untuk menumis
6. Carrot (pilihan : taknak buh pn takpa)
7. Perasa ( garam, gula lada sulah)


Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu hingga naik bau.


Apabila bawang dah naik bau, masukkan daging kisar dan biarkan masak. Kemudian masukkan karrot dan kacau.


Apabila dah agak carrot tu lembut dah, masukkan sos prego cabonara. Tambahkan perasa
dan masak hingga kuahnya mendidih...jika kuahnya terlalu pekat, tambah air. Kalau terlalu cair, masukkan air bancuhan tepung jagung..

Inilah hasilnya bila dah siap. Dimasak dan dihidangkan penuh kasih sayang untuk anak-anak tercinta.

Mudah ja sebenarnya nak buatnya...
Bahan pn tak banyak dan cepat siapnya...
Kalau cik husband ada mmg kena masak nasik juga...
Perut dia tu perut orang melayu jawa, kena isi dengan nasik..
Sebab cik husband takde la, cheq masak masakan ni...