WESTERN DINNER

Malam ni tinggal cheq dengan anak-anak ja kat rumah...
Cik husband cheq keja...
Kepala otak mula la duk memikir nk masak untuk dinner nanti...
Klau ada cik husband, dia yang selalu bagi cadangan..

Selongkar peti ais, bahan-bahan lebih untuk jamuan hari raya minggu lepas ada lagi...
Masak tu ja la cuma cheq pegi kedai beli sos prego cabonara...
Anak-anak cheq ni fobia dengan kuah yang berwarna merah..
Maklum la dah jadi orang Kelantan, takut pedas..


Bahan-bahan untuk menyediakan spagetti cabonara.
1. Spagetti
2. Sos prego cabonara
3. Daging kisar/sosej
(Pastikan daging kisar dibasuh hingga hilang bau hanyir)
4. Bawang besar & bawang putih
5. Minyak untuk menumis
6. Carrot (pilihan : taknak buh pn takpa)
7. Perasa ( garam, gula lada sulah)


Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu hingga naik bau.


Apabila bawang dah naik bau, masukkan daging kisar dan biarkan masak. Kemudian masukkan karrot dan kacau.


Apabila dah agak carrot tu lembut dah, masukkan sos prego cabonara. Tambahkan perasa
dan masak hingga kuahnya mendidih...jika kuahnya terlalu pekat, tambah air. Kalau terlalu cair, masukkan air bancuhan tepung jagung..

Inilah hasilnya bila dah siap. Dimasak dan dihidangkan penuh kasih sayang untuk anak-anak tercinta.

Mudah ja sebenarnya nak buatnya...
Bahan pn tak banyak dan cepat siapnya...
Kalau cik husband ada mmg kena masak nasik juga...
Perut dia tu perut orang melayu jawa, kena isi dengan nasik..
Sebab cik husband takde la, cheq masak masakan ni...

2 comments:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.