KENANGAN SEKOLAH RENDAH

1989 -1994
Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Gunong atau lebih dikenali sekolah omputih.

Masuk darjah 1, ayah hantar sampai kelas dan terus balik
Masa tu rambut panjang, emak akan ikat tocang 2.
Ada seorg budak laki tu slalu tarik tocang cheq, balik ngadu kat mak.
Esoknya mak potong rambut. Habis cite....
Darjah 1, cheq diletakkan di bangunan kayu...boleh nmpk ikan berenang-renang kat bawahnya. Kalau duit syiling jatuh mmg takdak harapan la nk dapat balik.
Sapa sanggup redah air kat bawah tu.

Masuk darjah 4, cheq kena turun kelas...hehehe
Banyak sgt main.
Tapi pastu tiap-tiap hujung tahun cheq akan naik pentas amik hadiah atas kecemerlangan akademik.
Cheq pn ada wakil sekolah dalam acara olahraga, bola jaring dan bola baling.
Sampai darjah 4 cheq pakai uniform skirt blue black tu...darjah 5 baru pakai baju kurung, tudung pn pakai time pelajaran Agama. Kalau tak kena cubit kt perut dengan ustazah.
Cheq ni masuk koir tapi bab menari ja sampai wakil sekolah...
Mmg time tu badan lembut lagi...

Pelakon Zulkifli Ismail pn satu sekolah dengan cheq tau tp dia senior la...

Masa ni cheq baru darjah 2... cheq duduk dibarisan kedua, nombor 3 dari kanan..sebelah sir Wong.  Maintain comei sampai sekarang.

Tahun 1994 - darjah 6, brrsama dengan ustaz Satir. Cheq betul2 belakang ustaz. Ustaz ni kalau nk buat apa-apa contoh mesti guna kakak cheq...sebenarnya dia suka kakak cheq tp kakak cheq dh kawin dgn org len. Frust la dia....

Tiap-tiap pagi ayah cheq akan hantar ke sekolah cuma time balik jer cheq naik bas.
Zaman tu bawak p sekolah pn 80 sen je...cukup jer
Keputusan UPSR boleh la cukup2 makan...
6 tahun di  sekolah rendah mmg banyak kenangan  manis dan pahit...
Kalau boleh nak ulang balik ke zaman sekolah rendah...

Kalau boleh la....

No comments:

Post a Comment

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.