Showing posts with label spagetti. Show all posts
Showing posts with label spagetti. Show all posts

WESTERN DINNER

Malam ni tinggal cheq dengan anak-anak ja kat rumah...
Cik husband cheq keja...
Kepala otak mula la duk memikir nk masak untuk dinner nanti...
Klau ada cik husband, dia yang selalu bagi cadangan..

Selongkar peti ais, bahan-bahan lebih untuk jamuan hari raya minggu lepas ada lagi...
Masak tu ja la cuma cheq pegi kedai beli sos prego cabonara...
Anak-anak cheq ni fobia dengan kuah yang berwarna merah..
Maklum la dah jadi orang Kelantan, takut pedas..


Bahan-bahan untuk menyediakan spagetti cabonara.
1. Spagetti
2. Sos prego cabonara
3. Daging kisar/sosej
(Pastikan daging kisar dibasuh hingga hilang bau hanyir)
4. Bawang besar & bawang putih
5. Minyak untuk menumis
6. Carrot (pilihan : taknak buh pn takpa)
7. Perasa ( garam, gula lada sulah)


Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu hingga naik bau.


Apabila bawang dah naik bau, masukkan daging kisar dan biarkan masak. Kemudian masukkan karrot dan kacau.


Apabila dah agak carrot tu lembut dah, masukkan sos prego cabonara. Tambahkan perasa
dan masak hingga kuahnya mendidih...jika kuahnya terlalu pekat, tambah air. Kalau terlalu cair, masukkan air bancuhan tepung jagung..

Inilah hasilnya bila dah siap. Dimasak dan dihidangkan penuh kasih sayang untuk anak-anak tercinta.

Mudah ja sebenarnya nak buatnya...
Bahan pn tak banyak dan cepat siapnya...
Kalau cik husband ada mmg kena masak nasik juga...
Perut dia tu perut orang melayu jawa, kena isi dengan nasik..
Sebab cik husband takde la, cheq masak masakan ni...

SAMBUTAN HARI RAYA

21 Ogos 2014
25 Syawal 1435

Niat cheq pada mulanya nk buat makan-makan untuk anak-anak buah cheq yang tak seberapa tu ja...
Bila dh big boss tanya " jenayah tak buat makan hari raya ke?"...
So, rancang la kami utk buat mkn-mkn panggil semua kt ipd tu...
Pakat-pakat masak dan bawak, sbb nk tempah pn dah last minit...
Penuh meja jadinya bila dah ramai-ramai bawak makanan...
Baru lah meriah cam hari raya...
Bilik jamuan pn tak sempat nk deko-deko...


Cheq dari malam tu dah siapkan 5 loyang puding laici...
Paginya pukul 4 pagi dah bangun buatkan spagetti bolognese...
Tu la yang paling ringkas dan mudah rasanya...
Yang sadisnya bila drive kuah spagetti dlm keta, abis tumpah-tumpah...
Cheq yang lupa kuahnya ada dlm keta, bawak keta macam biasa la...

 Antara juadah-juadah yang ada...yang hujung skali tu cheq punya spagetti. Dah sejuk geding dh

Ni baru 1st batch yang datang makan...

Antara tetamu-tetamu VIP yang datang....

Kamilah diantara tonggak utama dalam majlis ni....

Sambil tu upacara potong kek sempena belated besday my boss...

Inilah keluarga JSJ saya...belum cukup sepenuhnya ni...

Alhamdulillah...niat nak buat makan untuk anak-anak buah dah tertunai...
Walaupn terlebih budget, kiranya cheq sedekah ja...
Puas hati buat makan-makan ni bila tgk diaorng pulun makan..
Hilang penat lelah cheq...
Insyaallah, kalau ada rezeki lebih...cheq nk buat makan-makan semperna hari merdeka pulak....
Semoga murah rezeki cheq sekeluarga...