السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Dua hari lagi kita nak sambut raya. Cheq pulak dah start cuti sejak hari Jumaat lepas. Hajat dihati nak balik berbuka puasa dan sambut raya di kampung. Nampaknya hajat cheq tu kena tunda la.
Cheq dan husband kerja di bawah kementerian yang sama tapi berlainan bos. Ikutkan memang tahun ni turn kami cuti raya, tapi apakan daya, ada orang potong line tengah husband cheq plak. Terima ja la dengan redha walaupun dah berbakul-bakul kata cacian dah keluar.
Insyaallah, raya ke 3 baru bergerak balik ke Perlis. Biskut-biskut raya yang cheq beli untuk mak cheq kat kampung tu terpaksalah dirasmikan kat sini. Sedih tu memang sedih, bertambah sedih tengok blok cheq dah sunyi sepi.
~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~
CUTI RAYA SUAMI ISTERI