Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

WW : KERETA KEMEK


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kereta kemek ni sebabnya oleh cheq sendiri. Pergi raya rumah emak saudara sepupu, cheq bawak kereta sendiri sebab husband cheq pergi tengok bola kat stadium.

Masa nak balik tu, reverse kereta boleh plak pergi langgar tiang lampu. Sebelum ni takdak, rupanya 2, 3 hari sebelum raya  tu baru dicacaknya tiang tu. Lampu pun takdak lagi. So, bukan salah cheq tau. Salah orang yang pi tanam tiang tu la.




Dah la baru lepas raya dan balik kampung, dah guna banyak duit. Tak pasal-pasal nak keluarkan duit nak perbaiki kereta pulak.

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 5

Day 5 : 10 Favourite Song

Dah sampai separuh jalan dah. Harini cabarannya, senaraikan lagu-lagu kegemaran cheq. Ikutkan tiap-tiap hari berkerja cheq akan dengar radio dalam kereta on the way ke tempat kerja. Kali ni cheq senaraikan secara pukal ja. Lagu-lagu ni pun cheq minat gitu-gitu jer, takdak fanatik sangat. Tapi boleh la ikut menyanyi sekali kalau dengar kat radio. Jom tengok..



1. Once - Dealova
Lagu tema percintaan kami suami isteri.

2. Aizat - Pergi
Bila dengar lagu ni memang akan mengali air mata. Terkenangkan arwah adik.

3. Hazama - Ku Relakan Jiwa

4. Hafiz -Matahari

5. Siti Nurhaliza - Jaga Dia Untukku

6. Jinbara - Farhana
Lagu anak-anak cheq.

7. Kaka Azraff - Terpulanglah

8. Bruno Mars - When I Was Your Men

9. Magic - Rude

10. Katy Perry -Unconditional

Udah selesei task ke 5. Esok jumpa di cabaran seterusnya.

Sebelah Tangan Pun Boleh

Sejak dapat anak ke tiga ni, baby Damia...segala benda cheq buat dengan sebelah tangan ja. Manja sangat, tak boleh berenggang jauh. Tak nampak muka cheq ni, mula la dia meraung. Anak bongsu memang camtu kan....??? (bongsu ke??, setakat ni masih bongsu lagi)

Fisrt time bawak baby naik kereta, cheq yang drive...letak sebelah dalam baby seat. Seminit, 2 minit, 3 minit masuk minit ke sepuluh, dia dah mula mengeliat. Pastu meraung tak ingat dunia. Hilang fokus cheq bawak kereta. Terpaksa la berhenti kat tepi angkat dia letak atas riba. Boleh plak berhenti nangis, try balik letak kat baby seat, meraung balik....alih-alih drive sambil riba dia sampai la dah besar ni. Sekarang ni kalau ada kakak atau adik dalam kereta, dia dah mula nak duduk dan berdiri sendiri. Sekarang ni pun cheq dah terror bawak keta sebelah tangan, kadang-kadang baby siap tidur lena atas riba sambil menyusu.




Kat rumah plak, kalau time dia meragam, cheq masak sambil dukung baby. Memang la bahaya, takut terpercik minyak ke tapi nak buat camna, nanti satu keluarga tak dapat makan. Bayangkan nak potong bawang dengan sebelah tangan, memang tak boleh. Memang start dari tu, bawang semuanya pakai blend ja, senang.

Kalau makan kat luar, nampak orang pelik-pelik sikit duk perhatikan dia, mula la melompat naik atas riba cheq ni. Makan dengan sudu guna sebelah tangan, memang banyak jatuh ke bawah la.

Memang banyak songeh sikit yang kecik ni tapi dia la penghibur hati kami sekeluarga. Ada ja benda lucu yang dia buat. Sekarang ni baby tengah training menari untuk persembahan masa konvokesyen adik nanti.



Kesian Anak-anak Mama

Dah hari Jumaat pun harini. Hari Ahad ni sekolah dah bukak. Kakak dah merungut, cuti sekolah ni tak pergi jalan mana-mana pun. Pagi ke taska sampai ke petang. Balik rumah muncung, siap-siap bagitau esok tak mau pergi taska dah. Sebabnya kawan-kawan dia ramai dah balik kampung. Mama ngan abah asyik kerja ja. Cuti sekolah pun sama ja macam hari sekolah. Pagi-pagi dah bangun, bersiap pergi taska.

Hmmmm....kesian anak-anak mama ni. Nak buat camna. Time cuti sekolah la, cuti mama ngan abah kena beku. Pagi-pagi mama hantar kakak, adik dan baby ke taska. Sebelah petangnya abah yang ambil. Dalam seminggu ni, time dalam kereta tu la kami nak bersembang pun. Malamnya,  mama balik dah letih. Kadang-kadang masak, kekadang beli luar ja. Pastu masuk tidoq.

Takpa, anak-anak mama ni kuat. Lepas habis kerja mama ngan abah, kita pergi bercuti. Rata-rata kakak nak pergi bercuti nanti. Nak pergi petik strawberry la, nak naik kuda la, nak naik bot la...demand betul kakak ni. Tak kisahlah mana pun, asalkan kita satu family pergi holiday bersama-sama.