Sebelah Tangan Pun Boleh

Sejak dapat anak ke tiga ni, baby Damia...segala benda cheq buat dengan sebelah tangan ja. Manja sangat, tak boleh berenggang jauh. Tak nampak muka cheq ni, mula la dia meraung. Anak bongsu memang camtu kan....??? (bongsu ke??, setakat ni masih bongsu lagi)

Fisrt time bawak baby naik kereta, cheq yang drive...letak sebelah dalam baby seat. Seminit, 2 minit, 3 minit masuk minit ke sepuluh, dia dah mula mengeliat. Pastu meraung tak ingat dunia. Hilang fokus cheq bawak kereta. Terpaksa la berhenti kat tepi angkat dia letak atas riba. Boleh plak berhenti nangis, try balik letak kat baby seat, meraung balik....alih-alih drive sambil riba dia sampai la dah besar ni. Sekarang ni kalau ada kakak atau adik dalam kereta, dia dah mula nak duduk dan berdiri sendiri. Sekarang ni pun cheq dah terror bawak keta sebelah tangan, kadang-kadang baby siap tidur lena atas riba sambil menyusu.




Kat rumah plak, kalau time dia meragam, cheq masak sambil dukung baby. Memang la bahaya, takut terpercik minyak ke tapi nak buat camna, nanti satu keluarga tak dapat makan. Bayangkan nak potong bawang dengan sebelah tangan, memang tak boleh. Memang start dari tu, bawang semuanya pakai blend ja, senang.

Kalau makan kat luar, nampak orang pelik-pelik sikit duk perhatikan dia, mula la melompat naik atas riba cheq ni. Makan dengan sudu guna sebelah tangan, memang banyak jatuh ke bawah la.

Memang banyak songeh sikit yang kecik ni tapi dia la penghibur hati kami sekeluarga. Ada ja benda lucu yang dia buat. Sekarang ni baby tengah training menari untuk persembahan masa konvokesyen adik nanti.



9 comments:

  1. alahaii comellnye damia..
    manje yeee...
    aishhhh macam ade cite2 nak tmbh lagi je tu mama
    hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tambah lagi, boboy belum ada lagi...^_^

      Delete
  2. hahaha. yang dok bertinggung atas meja sambil minum guna kole tu yang lawak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam lagi perangai lawak dia ni.... ikut perangai sapa tah !!!

      Delete
  3. Comelnye damia...babywearing mama kalo dkt umah. Guna kain batik lps pun boleh. Boleh bljr cara ikat di youtube.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada beli tapi damia taknak duk dalam tu, rimas kut atau salah ikat...hehehe

      Delete
  4. awat hang comey sangat damia ?? aunty sha gerammmmm..... muka nakal tu bikin gerammmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang budak sorang ni nak kena cubit ja...selalu bagi mama dia pening kepala dengan gelagat dia.

      Delete
  5. Amboi banyak akai damia ni. Hehe. Comel nya damia pakai tudung :)

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.