Tersalah Orang



Masa cheq kecik-kecik dulu, kalau balik kampung cheq akan selalu salah emak dan tok. Sebabnya tok ngan emak cheq ni memang banyak persamaan. Kedua-duanya rendang, comel lote. Nak plak kalau dari belakang, memang tak cam. Asyik salah peluk ja, pas sedar malu sendiri la...

Tu kisah cheq kecik-kecik, sekarang ni anak-anak cheq yang kecil ni plak yang konpius antara cheq ngan adik cheq. Kalau kami bersama, ada la anak-anak kami tersalah peluk, tersalah pegang, tersalah tarik....hihihi. Cheq selalu biarkan sampai diaorang sedar sendiri. Dah sedar tu, mula la malu-malu kucing. Pastu meraung tak jumpa emak sendiri.

Bukan setakat anak-anak ja tersilap, kawan-kawan cheq pun selalu silap tegur. Yang jadi mangsanya adik cheq la. Dia ja yang kawan-kawan cheq jumpa. Selalunya dia akan bagitau awal-awal lagi yang dah tersilap orang. Tak larat nak jawab banyak soalan katanya.

Dah nama pun adik-beradik, memang la ada persamaan. Tambah plak sekarang ni bentuk badan pun dah sama-sama mengembang. Jangan suami kitaorang yang tersalah sudah la...

Cer teka, mana adik dan yang mana kakak? Sama ka muka kitaorang, korang tafsir la sendiri. Tapi yang penting kami berdua comel gitewww.




10 comments:

  1. xpa salah pun umat islan seangkatan kita juga hihiii jom join GA ni
    http://adna2029.blogspot.com/2014/09/segmen-kenapa-kesihatan-itu-penting.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, ada masa nanti saya join ye..;-)

      Delete
  2. makcik dgn mama dorang sama cantik.. tu yang mendatangkan kemusykilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama diaorang comel lebih sikit...heheheh

      Delete
  3. woooo !! kembaq kaaa...?? memang comey dedua... muka sama jaaa.... cheq pun pernah salah terpeluk mak... pastu nangis cover malu.... wahhahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kembaq. Jangan puji lebih-lebih nanti I terlebih kembang you...^_^

      Delete
  4. mcm kes mak ng makcik ayu jugak laaa... lebih kurang je kalau dr belakang...
    tapi ayu dgm adik bradik semua laen2.. senang nak cam
    tapi dah xtau mane sulong mane bongsu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dengan adik-beradik yang lain berbeza. Tapi muka lebih kurang plak dengan adik ni walaupun umur berbeza 5 tahun.

      Delete
  5. Replies
    1. Kihkihkih...ramai yang dah terkena gara-gara kami berdua.

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.