SERABUT !!!!

Tiba-tiba ja  cheq dapat tugasan untuk outstation 2 minggu. Ni gara-gara pegawai yang sepatutnya pergi, bercuti plak. Bos plak petik nama cheq. Dengar ja khabar tu, terus nak menitik air mata. Rayuan pun dah tak diterima. Kalau bagitahu awal-awal, boleh la cheq buat perancangan. Ni esok dah kena lapor diri.

Yang serabutnya, sapa nak jaga anak-anak cheq ni. Abah diaorang plak kerja ikut shift. Kadang-kadang siang, kadang-kadang kerja malam. Lagi satu si baby tu plak masih menyusu badan. Mana la pernah berjauhan dengan si baby ni lagi. 

Pening memikir ni...!!!! Nak minta emak datang sini, tak tergamak plak. Baru ja minggu lepas datang. Tapi kalau bagitau, kompom emak ayah datang. Nak kirim budak-budak ni ke kampung, abahnya tentu tak lepas. Kompom abahnya meroyan tak dapat jumpa anak-anak tiap-tiap hari. 

Arghhhh...cam nak hantuk ja kepala ni ke dinding.

Ya Allah, tolong la hambamu ini.

6 comments:

  1. i feel u mama...ada anak2 & baby tgh menyusu bdn
    smg urusan mama dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak ada anak kecik ni mmg saya elak utk oustation jauh-jauh. Kalau boleh berulang alik pn takpa. Asalkan hari2 dapat tgk muka anak.

      Delete
  2. Sabar yee kak. Semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. saba ye..memang ada anak menyusu ni rasa tak nak jauh je kan dr diorg..semoga Allah permudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis...kalau.boleh nk bawak.diaorg skali.

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.