Setiap hujung minggu, akan tinggal la kami 4 beranak terperuk kat rumah. Cik husband memang ambil kontrak mengajar setiap hujung minggu, so dia memang takdak kat rumah. Petangnya baru balik.
Untuk mengelakkan cheq dan anak-anak boring kat rumah, cheq akan sediakan aktiviti untuk kami bersama-sama buat dalam rumah. Nak bawak diaorang keluar jalan macam tak berdaya ja nak kawal 3 beradik ni. Minggu ni try nak buat 3D puzzle. Cheq terjumpa mainan ni semasa nk beli dakwat pen. Murah ja, RM 2 setiap satu.
Tengok dari gambar tu macam mudah ja nak buat. Masing- masing excited nak buat. Tapi bila dah start, makan jam jugak nak sudahkannya. Nak plak semuanya nak tunjuk terror, sampai lunyai jadinya. Kejap pasang, kejap buka balik. Akhirnya siap jugak. Memang puas hati bila dah siap.
Aktiviti Sabtu : 3D Puzzle


