Riadah Di Cuti Hari Pekerja

Assalamualaikum semua.

Selamat hari bekerja dan selamat bercuti. Cheq tak cuti pun, harini cheq jadi surirumah sepenuh masa. Penat woooo.. Petang tadi cheq sendiri bawak heroin-heroin cheq pergi mandi kolam kat Taman Tunku Anis. Nak tunggu abah diaorang bawak, tak tahu la tahun bila. Asyik last minit ada kerja. Menyampah tauuu..




Bergerak dari rumah jam 5.30 petang. Cuaca panas terik, jadi rasa macam awal ja. Lagipun dari rumah ke taman tu ambil masa 5 minit ja dari rumah cheq. Sampai sana, rupanya orang dah ramai. Nasib baik kereta cheq ni jenis mini, senang selit nak parking.

Nak beli tiket pun kena beratur panjang. Dah naik harga rupanya. Dulu baru RM2 untuk seorang, sekarang ni dah RM3. Kena caj GST lagi. Dah siap beli tiket, nak masuk kolam pun kena tunggu turn jugak, orang terlampau ramai.




Heroin-heroin cheq dah tak sabar nak masuk. Dari rumah dah siap-siap pakai baju mandi. Dapat masuk terus tuju kolam untuk baby, air kolamnya lebih kurang atas buku lali cheq ja. Sepanjang diaorang mandi ni, mata cheq memang tak lepas dari perhatikan dioarang. Al maklum lah cheq sorang nak handle 3 heroin ni dalam orang yang ramai ni. Sampaikan cheq pun turun sekali dalam kolam.






Yang paling seronok dalam mandi, si kecik Damia la. Dia memang pantang jumpa air. Jenuh pujuk nak balik. Mulut dah biru, sejuk terketar-ketar. Tu pun ada hati takmau balik lagi. Akhirnya termakan jugak pujuk bila bagitau nak beli cokelat kat dia. Huhhhh, mama diaorang yang letih.

10 comments:

  1. alahai comel semua nya.
    aida in shaa Allah isnin nak bw anak2 ke bayou lagoon tu hah.
    mandi manda.
    ari ni hingga ahad keje. standby.
    so tak bleh nak ke mana-mana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tengah standby untuk ops jugak, tu yang pergi dekat-dekat ja

      Delete
  2. tak tahu lak dkt taman tengku anis ada kolam... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kolam kat sebelah belakang taman. Jauh jugak nak berjalan dari depan ni.

      Delete
  3. Budak-budak kalau dapat main air memang susah nak ajak balik..hehe..semua comel2 :) geram tengok damia :)

    ReplyDelete
  4. kat tepi jalan tu kan kak..Fidah pun ada gak nak singgah masa balik kg bulan 3 ritu..tapi laki Cheq kata..budak2 banyak la..takkan kami berdua pulak kot nak mandi manda situ hahha

    ReplyDelete
  5. budak-budak dengan air memang suka laa.. nasib laa ada bahan nak pancing ajak balik..

    ReplyDelete
  6. Naik harga dah kolam mandi.sini...

    ReplyDelete
  7. Hahaha g sampai kita nk join mandi kak ann... ekin pun pernah p masa tu tak kahwin lg bawa anak saudara g mndi hihihi... lebih kurang damia la xmau balik

    ReplyDelete
  8. Assalam ann,
    kat penang ni ada taman ayor kolam ghoper itu jugak
    tapi free he3

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.