Sayalah Pemenang Ketiga Giveaway Diari Jejaka Hangat

Assalamualaikum..

Ni nak cerita pasal cheq dapat hadiah lagi. Sebelum ni cheq ada join giveaway kat blog jejaka yang hangat di pasaran tu. Alhamdulillah, cheq terpilih menjadi pemenang tempat ketiga. Hadiahnya banyak dan semuanya cheq dah dapat.




Cheq dapat shiseido mask dari blogger Masszull. Pada mula dapat tu cheq naik hairan jugak punyalah banyak shiseido mask tu, rupanya semua tu untuk amaun RM40. Disebabkan terlampau banyak, cheq dah agihkan kepada anak-anak buah cheq kat ofis. Cash RM10 dari Julia Jamaludin dan topup RM10 dari Salina Johari pun dah selamat digunakan. Petang tadi cheq baru dapat keychain yang comel dari Hidayuayumie.





Terima kasih semuanya. Semoga bertambah murah rezeki dan sponsor banyak hadiah lagi. Hehehehe...

13 comments:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.