Assalamualaikum
Pagi tadi kitaorang ada perhimpunan bulanan. Namapun perhimpunan bulanan, so sebulan sekali jer pun nak berdiri lama. Selalunya kat perhimpunan ni bos besar kitaorang akan bagi surat penghargaan kepada pegawai dan anggota yang menunjukkan prestasi tugas yang baik. Tapi hari ni, lain sikit. Bos besar telah memilih orang awam untuk diberi surat penghargaan ni. Ini adalah kerana orang awam ni telah menjadi HERO dengan menyelamatkan seorang budak lelaki yang telah diculik.
Ceritanya begini. Pada 22/5/2015, budak lelaki ni berumur 7 tahun pergi sembahyang Isyak di Masjid Muhammadi bersama ayahnya. Selesai sembahyang si ayah ni tunggu anaknya tak keluar-keluar dari masjid. Selipar budak ni masih ada bersama sebelah selipar ayahnya sepertimana disusun sebelum masuk masjid tadi. Si ayah ni telah meminta bantuan para jemaah untuk mencari si anak ni. Setelah tidak jumpa, si ayah ni datang ke balai buat repot. Pihak polis telah membuka kertas siasatan OH (orang hilang).
Pada 23/5/2015, si budak ni telah dibawa oleh seorang lelaki gelandangan (lelaki yang culik budak ni) ke sebuah pasaraya dan dipaksa untuk meminta sedekah. Si budak ni telah pergi mendekati hero kita ni untuk minta sedekah. Si hero kita ni pulak tengok budak ni menangis dan tanya pasal keluarga budak ni. Lelaki gelandangan ni mengaku yang budak ni adalah adik dia. Hero kita tak puas hati tarik budak ni keluar dan bawak naik motornya. Atas motor, budak ni telah ceritakan kejadian yang sebenarnya. Hero kita ni telah hantar budak ni balik ke pangkuan keluarganya. Alhamdulillah...jumpa balik budak ni dengan emak dan ayah dia. Hero kita ni patah balik dan pergi tangkap lelaki gelandangan ni dan serahkan pada polis.
Dengan tindakan berani hero ni telah menyelamatkan budak lelaki ni. Telah menemukan kemabli budak lelaki dengan emak ayah dia. Rasanya tak ramai yang akan buat macam hero kita ni. Cheq pun kalau budak-budak datang mintak sedekah, terus bagi ja, takdak nak tanya macam-macam dah. Semoga lebih ramai hero dan heroin di muka bumi kita ni. Barulah rasa lebih selamat.
Syukur masih ada hamba Allah yang baik hati mcm brother ni. Semoga Allah berkati kehidupan beliau.
ReplyDeleteBagus orang macam ni. :D
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah...ada terbaca pasal kita budak ni.. semoga kehidupan Hero ni dilindungi Allah S.W.T :)
ReplyDeleteAssalam ann,
ReplyDeleteberderau darah iols baca hokeyh
Alhamdulillah budak tu selamat
Alhamdulilah ada hero mcm ni
ReplyDeleteAllahu Akbar... sib baik jumpa hero ni.
ReplyDeletesian anak tu... kena jadi pengemis plak.
sedih nya...
Allah tu Maha Berkuasa kan...
alhamdulillah :)
ohh ada baca pasal kisah budak yang hilang tuh.. ni laa HERO nya.. alhamdulillah dapat jugak jumpa balik budak tu..
ReplyDeleteYa Allah seramnyaaaa lahai dunia sekarang ni.. nasib budak tu pun cerdik jugak..
ReplyDeleteisk isk apalah nak jadi.. thumbs up untuk hero ni..