Happy Engagement Bro

Semalam berlangsunglah majlis pertunangan adik ipar bongsu cheq. Nampaknya ada geng la cheq nanti sebab bakal isterinya pun orang Kedah. Kami sekeluarga tak dapat nak ikut sebab cik husband bekerja. Kalau tak bolehlah singgah rumah mak dan ayah.






Ini adalah pertunangan kali kedua buat adik ipar cheq ni. Kali pertama dulu takdak jodoh nak ke pelamin. Mudah-mudahan kali ni menjadi la. Dah lama keluarga sebelah cik husband tak buat kenduri.  Teringin nak makan nasi kenduri ni.

Kalau nak tau, hantaran sebelah lelaki untuk pihak perempuan tu, bakal pengantin lelaki sendiri yang gubah.  Amacam....kakak ipar dia yang ni pun tangan tak kreatif macam dia tau. Perancangan nikah dan kenduri, insyaallah bulan 2 dan 3 tahun depan. Kena apply cuti cepat-cepat la nanti. Kiranya ini kenduri nikah terakhir untuk family cik husband. 

notajarihalus : gambar ni semuanya dari whatsap family kitaorang. Sedih tak dapat nak ikut.

7 comments:

  1. Tahniah, insyaAllah.. Smg bahagia ke akhirnya..😊

    ReplyDelete
  2. Tahniah..

    Untung lah wife dia dapat suami kreatif. Bukan senang nak carik tuh. Semoga bahagia akhir hayat.=)

    ReplyDelete
  3. Tahniah :)

    Semoga berkekalna hingga ke Jannah.. :) Kreatif betul bakal penggantin lelaki tu,,

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Tahniah. Untung tau dpt bakal husband yg kreatif..

    ReplyDelete
  5. semoga berkekalan hendakNya.. amboii kreatifnya dia.. bukan senang nak cari bakal pengantin lelaki yang kreatif macam nih..

    ReplyDelete
  6. Tahniah.. majoriti org kelantan cari org kedah,perak jdi wife... hihihi

    ReplyDelete
  7. Assalam ann,
    moga jodoh mereka kuat AMIN :)

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.