Showing posts with label peramah. Show all posts
Showing posts with label peramah. Show all posts

Liebster Award Tagged by UmmuAqillah

Liebster Award lagi. Kali ni ditag oleh adik Ummu Aqillah. Soalannya simple macam tuan punya diri jugak. So, akak ni pun takyah nak perah otak sangat. Ni pun dah lama ditag. Takut lama-lama nanti terlupa terus, kecil hati adik ni. 


Inilah soalannya :-


1. Apakah jenis telefon yang anda sedang gunakan dan berapa harganya ?
    Samsung Note II. Tak tahu harga sebab orang hadiahkan pada saya.

2. Apakah makanan kegemaran anda apakah sejarahnya ?
    Ayam masak merah. Sejarahnya, hmmmmmm....saya dah habiskan semangkuk a
    ayam masak merah tu tanpa tinggalkan untuk orang lain. (tamaknya, hehehe)

3. Kalau anda memenangi wang tunai sebanyak RM 2 juta, apakah yang anda akan lakukan 
    dengan wang tersebut ?
    Bayar hutang dulu. Bantu adik-beradik.

4. Hidup anda bergantung kepada ?
    Oksigen untuk bernafas.

5. Apakah nama sahabat baik anda dan adakah kamu menyanyanginya ? Berikan sebab ?
    Halim b. Mohd Ali. Ya, saya memang sayang saya sebab dia adalah suami saya dan 
    abah kepada anak-anak saya.

6. Anda mempunyai hobi pelik ? Nyatakan ?
    Takde yang pelik. Biasa ja.

7. Adakah anda meminati Korea ? Nyatakan.
    Ya, saya minat giler dengan Running Man sebabnya diaorang ni hensem-hensem... 
     (tahunya ke laki den, maunya dia merajuk seminggu ni)

8. Berikan saya 2 fakta tentang diri anda.
     ● muka nampak cam sombong tapi ramah bila dah kenal
     ● simple tapi bukan selekeh

9. Apakah benda yang paling anda sayang ?
    Harta jiwa saya. Anak-anak dan family.

10. Jikalau muka anda ditumbuhi jerawat, apakah anda akan lakukan ?
      Lantak la, malas nak layan. Nanti naik lagi banyak.

11. Apakah perkara yang pertama yang anda akan lakukan sekiranya anda memenangi  
      sesebuah pertandingan sukan ?
      Naik pentas, amik hadiah.

Selesai sudah. Diharap adik berpuas hati dengan jawapan akak ini. Lain kali jangan lupa tag akak lagi.


Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger !

Assalamualaikum. ..
Pepagi ni cheq dah skodeng blog, jumpa segmen terbaru anjuran cheq punya favourite blogger brader Ben Ashaari
Apalagi, mesti la kena join...
Jom la join ramai-ramai..

Nak join [ KLIK SINI ]

Pastu kena jawab soalan-soalan yang ringkas ni.

1. Latar belakang
Seorang perempuan, isteri dan mama kepada 3 orang puteri. Dilahirkan di Alor Star, Kedah...merantau ke Noghori Sembilan dan sekarang cari makan di Klate. Nampak macam pemalu, tapi takla malu sangat. Cuma malu nk mulakan dulu ja, bila dah mula borak, payah nk berhenti. Bekerja sebagai penguatkuasa undang-undang.

2. Kelebihan blog
Tiada yang istimewa tentang blog saya ni.  Saya seorang yang biasa dan apa yang saya coretkan dalam blog ini adalah mengenai kehidupan saya sekeluarga.

3. Impian jadi blogger
Menceburi bidang blog adalah untuk menambahkan kenalan. Supaya dapat menambah ilmu dengan pembacaan yang bermanfaat.

Selesai sudah. Cepat-cepat la join sbb tarikh tutup pada 11  September 2014 jam 8 malam.
Good Luck pada semua..

Cabaran 30 Hari | Hari #1 - 5 Fakta Tentang Mama3Farhanah

Cabaran 30 hari dalam bulan September.
Maknanya sehari satu entry..
Tapi cheq dah terlajak ni, tak kira nak join jugak...

1st sekali masukkan gambar terbaru..
Ni la gambar terbaru cheq, diambil berselfie pada malam merdeka...
Tengah bosan tunggu order makan malam tak sampai-sampai lagi..

5 FAKTA TENTANG DIRI MAMA3FARHANAH

#1. Dilahirkan di Alor Setar, Kedah...merantau cari makan di Negeri Sembilan dan sekarang sambung kerja di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.

#2. Bernikah pada usia 24 tahun dengan jejaka Johor. Mendapat anak pertama pada usia 25 tahun dan sekarang mempunyai 3 orang anak perempuan yang comel-comel.

#3. Pada mata kasar orang lain,  nampak sombong tapi bila dah kenal saya seorang yang peramah.

#4. Pantang boring atau stress, mesti nak menghabiskan duit dengan pergi bershopping. Kiranya suka bershopping. Selalunya shopping barang anak-anak.

#5. Cepat sentap a.k.a mudah merajuk...

Ok, dah selesai cabaran #1, pasni sambung cabaran #2 plak...makin lama makin susah cabarannya..

FAKTA ANAK KE 4


Assalamualaikum, peace upon you....


1. Banyak buat orang ketawa dan banyak buat orang menangis.
2. Selagi dia boleh buat sesuatu perkara, dia takkan minta orang lain membantu. Tak suka susahkan orang lain. > baguskan perangai dia <
3. Orang nampak dia macam SOMBONG, tapi bila dah tegur. Ha.....ambik kau!! Bercakap tak berhenti pula^^
4. Senang percayakan orang. Kadang-kadang baru jer kenal dah share all story pasal diri dia kat orang.
5. Pantang bila dia minta sesuatu barang tu orang tak bagi, then bila dia dah taknak, baru terhegeh-hegeh nak bagi.
6. Kalau dah suka sesuatu lagu, dia akan ulang-ulang banyak kali.
7. Kalau orang sedih mesti cari dia.
8. Sangatlah peramah. Orang tanya sepatah, berpatah-patah dijawabnya.
9. Tak pandai memujuk! Memang FAILED bab-bab memujuk ni^^
10. Mudah risau dan suka paksa-paksa orang. Orang lain paksa dia tak boleh.
11. Cepat rasa kesian dengan orang lain.
12. Suka menolong selagi dia boleh tolong. Dia akan tolong dengan sungguh-sungguh.
13. Cepat sangat terasa. Kadang-kadang orang tak cakap pasal dia pun, dia tetap terasa jugak. Awas!!
14. Kalau lepak dengan dia, tak sah kalau tak gelak.. sikit-sikit gelak.
15. Mempunyai suara yang sedap. Kalau dapat mic tak lepas punyalah. Mula-mula ja segan nak nyanyi.
16. Sangat memahami perasaan seseorang, tak bileh tengok orang dalam keadaan susah. Mesti nak tolong.
17. Sesetengah orang ja boleh faham anak ke 4 ini.
18. Bila kawan dia tengah sedih, dialah yang gembirakan kawan dia dengan lawaknya.
19. Pendiam bila ada masalah. Kalau tak dialah yang paling murai. Pot pet pot pet......
20. Sangat pemalas! Benda yang ada depan mata pun nak suruh orang ambilkan.
21. Tidurlah lewat malam pun, kalau set alarm mesti sedar punya.
22. Suka tidur lewat, bangun pun lewatlah jadinya.
23. Kalau dia tidak mampu ucap dengan kata-kata, airmata ja yang jadi peneman.
24. Kalau orang tak kacau dia, dia takkan kacau orang tu melainkan dia hanya bergurau (sakat -menyakat).
25. Kalau dah sayangkan someone or something, dia akan jaga dengan baik.
26. Paling pantang bila moody orang tanya soalan berulang, time tu hanya kaki ja mampu bercakap.
27. Pandai jaga hati orang, hati dia luka takpa...asalkan dapat puaskan hati orang lain.
28. Kalau bercakap susah nak berhenti, kalau tak percaya try le sembang dengan dia.
29. Bila parents suruh buat sesuatu kerja "sekejap" "sekejap". Lastly, buat pun tak! Lupalah katakan.
30. Suka ingat tarikh, lagi-lagi tarikh penting.
31. Apa yang dia cakap, dia akan buktikan or buat. Jangan sesekali cakap dia penipu !!!
32. Kalau dia banyak duit, dia akan belanja kengkaqan dia. But kalau dia takda duit, jangan cakap dia KEDEKUT okay !
33. Kalau takda mood, hanya orang tertentu sahaj yang boleh kembalikan mood dia.
34. Bila ada makanan, pandang pun tak! Bilantakda makanan mulalah mencari.
35. Bersabar sselagi mampu, and kalau tahap kesabaran dia dah melebihi had, dia akan luahkan segala-galanya.
36. Tak suka dipaksa, lagi-lagi kalau time makan ubat!
37. Tetap happy walaupun tengah bersedih.
38. PELUPA!! kekadang dia cari satu benda tu sampai mengamuk habis, padahal benda tu depan mata ja.

Pssssttttt.....kebanyakannya memang betul tapi yang bab makanan tu tak betul. Sebetulnya kalau ada makanan depan mata, cheq rembat ja..

PEACE YAWWW.