FAKTA ANAK KE 4


Assalamualaikum, peace upon you....


1. Banyak buat orang ketawa dan banyak buat orang menangis.
2. Selagi dia boleh buat sesuatu perkara, dia takkan minta orang lain membantu. Tak suka susahkan orang lain. > baguskan perangai dia <
3. Orang nampak dia macam SOMBONG, tapi bila dah tegur. Ha.....ambik kau!! Bercakap tak berhenti pula^^
4. Senang percayakan orang. Kadang-kadang baru jer kenal dah share all story pasal diri dia kat orang.
5. Pantang bila dia minta sesuatu barang tu orang tak bagi, then bila dia dah taknak, baru terhegeh-hegeh nak bagi.
6. Kalau dah suka sesuatu lagu, dia akan ulang-ulang banyak kali.
7. Kalau orang sedih mesti cari dia.
8. Sangatlah peramah. Orang tanya sepatah, berpatah-patah dijawabnya.
9. Tak pandai memujuk! Memang FAILED bab-bab memujuk ni^^
10. Mudah risau dan suka paksa-paksa orang. Orang lain paksa dia tak boleh.
11. Cepat rasa kesian dengan orang lain.
12. Suka menolong selagi dia boleh tolong. Dia akan tolong dengan sungguh-sungguh.
13. Cepat sangat terasa. Kadang-kadang orang tak cakap pasal dia pun, dia tetap terasa jugak. Awas!!
14. Kalau lepak dengan dia, tak sah kalau tak gelak.. sikit-sikit gelak.
15. Mempunyai suara yang sedap. Kalau dapat mic tak lepas punyalah. Mula-mula ja segan nak nyanyi.
16. Sangat memahami perasaan seseorang, tak bileh tengok orang dalam keadaan susah. Mesti nak tolong.
17. Sesetengah orang ja boleh faham anak ke 4 ini.
18. Bila kawan dia tengah sedih, dialah yang gembirakan kawan dia dengan lawaknya.
19. Pendiam bila ada masalah. Kalau tak dialah yang paling murai. Pot pet pot pet......
20. Sangat pemalas! Benda yang ada depan mata pun nak suruh orang ambilkan.
21. Tidurlah lewat malam pun, kalau set alarm mesti sedar punya.
22. Suka tidur lewat, bangun pun lewatlah jadinya.
23. Kalau dia tidak mampu ucap dengan kata-kata, airmata ja yang jadi peneman.
24. Kalau orang tak kacau dia, dia takkan kacau orang tu melainkan dia hanya bergurau (sakat -menyakat).
25. Kalau dah sayangkan someone or something, dia akan jaga dengan baik.
26. Paling pantang bila moody orang tanya soalan berulang, time tu hanya kaki ja mampu bercakap.
27. Pandai jaga hati orang, hati dia luka takpa...asalkan dapat puaskan hati orang lain.
28. Kalau bercakap susah nak berhenti, kalau tak percaya try le sembang dengan dia.
29. Bila parents suruh buat sesuatu kerja "sekejap" "sekejap". Lastly, buat pun tak! Lupalah katakan.
30. Suka ingat tarikh, lagi-lagi tarikh penting.
31. Apa yang dia cakap, dia akan buktikan or buat. Jangan sesekali cakap dia penipu !!!
32. Kalau dia banyak duit, dia akan belanja kengkaqan dia. But kalau dia takda duit, jangan cakap dia KEDEKUT okay !
33. Kalau takda mood, hanya orang tertentu sahaj yang boleh kembalikan mood dia.
34. Bila ada makanan, pandang pun tak! Bilantakda makanan mulalah mencari.
35. Bersabar sselagi mampu, and kalau tahap kesabaran dia dah melebihi had, dia akan luahkan segala-galanya.
36. Tak suka dipaksa, lagi-lagi kalau time makan ubat!
37. Tetap happy walaupun tengah bersedih.
38. PELUPA!! kekadang dia cari satu benda tu sampai mengamuk habis, padahal benda tu depan mata ja.

Pssssttttt.....kebanyakannya memang betul tapi yang bab makanan tu tak betul. Sebetulnya kalau ada makanan depan mata, cheq rembat ja..

PEACE YAWWW.

No comments:

Post a Comment

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.