CABARAN NOVEMBER #1 BY KATHY R'BAIN : HARI 1

Sesuai sangat cabaran ni untuk cheq yang kekeringan idea nak menulis. Terima kasih untuk sis Kathy R'bain yang mencipta cabaran ni. Disebabkan bulan November, maka jawapan-jawapan yang diminta pun 11 semuanya. 


Hari : 11 tempat ingin dilawati di Malaysia


1. Cameron Highland
Walaupun dah pernah pergi, masih terkenang-kenang lagi suasana dan permandangan ladang-ladang teh kat sana. Dulu pergi tak dirancang, kali ni pergi kalau boleh nak masuk semua tempat kat sana.

2. Genting Highland
Mungkin cheq suka tempat-tempat sejuk kut. Teringin nak rasa permainan-permainan ekstrem yang ada kat sana.

 

3. Gunung Kinabalu
Nak mendaki sampai ke puncak gunung dan menikmati alam semulajadi dari gunung tertinggi di Malaysia.

4. Kundasang, Sabah
Tengok dari gambar macam ada kat ladang lembu di New Zealand ja. Cantik permandangannya yang mana belum dicemari dengan arus kemodenan.


5. Melaka
Kat sini banyak tempat yang boleh cheq lawati. Banyak tempat-tempat yang bersejarah dan tempat bershopping pun banyak.

6. Pulau Pinang
Rindu dengan pulau ni. Rindu nak naik feri, makan pasembor kat Padang Kota, berkelah di Batu Feringgi, naik keretapi di Bukit Bendera dan berpoya-poya kat shopping kompleks. Tu semua cheq dah buat pada zaman study dulu.


7. Pulau Langkawi
Sentiasa ada halangan nak pergi sini, padahal dah dekat dengan kampung pun. 

8. Pulau Perhentian
Dah lama pergi dulu, seronok berjalan-jalan dipantainya. Dengan angin-angin sepoi bahasa.


9.Legoland
Asyik dengar orang cerita pasal keseronokan dan kehebatan kat situ. Nak jugak sekali masuk ke dalam tu. Bagi anak-anak rasa, selalu main lego kecik-kecik jer.

10. Kuching, Sarawak
Hanya Sarawak dan Sabah ja negeri yang belum dijejaki lagi. Nak jugak rasa naik kapal terbang ke sana.


11. Rumah Emak dan Ayah
Kat sini la tempat yang cheq sangat-sangat nak melawat. Dah lama tak balik kampung sendiri. Rindukan emak ayah dan sanak-saudara. Rindukan bunyi ayam berkokok, katak berbunyi panggil hujan, ikan melompat dalam bendang, masakan emak dan segala-gala yang best di kampung.

Selesai untuk hari pertama.!!!

52 comments:

  1. Sue pun teringin sgt nk bw ank2 main di legoland. Skrg kumpul duit dulu. Ada rezeki insyallah smp la kami ke sana.

    Smg semua impian mama tercapai insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau balik kampung husband, memang dah dekat
      tapi, tu lar kekangan kewangan la plak

      Delete
  2. saya nak sangat g Sabah dengan Sarawak! legoland pun x pernah g lagi. kawan kata, g la dengan family, baru syok sikit... sebab kalau g ngan member, kalau perangai gila2 boleh r. sebab tempat tu kan memang best untuk budak2.. hee

    no 11 tu terbaik kak ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak hanya sabah dan sarawak belum sampai lagi.
      akak mesti la pergi dengan family ke legoland tu, bawak anak-anak.

      no 11 tu sentiasa dihati, tak jemu-jemu walaupun dah banyak kali singgah

      Delete
    2. ye betul. bila balik, rasa tenang je. rasa macam segala masalah lupa kejap. hehe

      Delete
  3. Macam best je challenge ni (^^,) serius, nak balik tempat kelahiran kat sarawak nunn.. Semoga semuanya tercapai ya mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn..semoga zinnirah pun dapat balik ke sarawak

      Delete
  4. hihi mai laaa penang jalan jalan. i am here waiting for you ^^ dulu pi kundasang tu tak pi pun ladang lembu. time tu tak tau pun ada tempat tu hiiish.. skrang tngk kawan2 posing and bajet dah smpai new zealnd hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah sampai penang nanti I calling-calling u.
      Ruginya tak pi tempat ni, maybe masa tu tak pemes lagi kut ;-)

      Delete
  5. Salam.. Kak, yng no.2 tu silap eh.. Ada 2 cameron.. :)
    Cameron best. Sy pnh pergi then tdo sana. Tp x tahan kesejukan mlm smpi xleh tdo.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah diperbetulkan..hehehe
      Siang tak sejuk sangat, malam tu dengan pakai sweater, gebar tebal pun masih terketar-ketar sejuk.

      Delete
  6. Teringin nak pergi cameron highland n legoland jugak...tak tahu bila dapat g..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah boleh pi suatu hari nanti.
      Kumpul duit banyak-banyak dulu, lagi best jenjalan. ;-)

      Delete
  7. Salam pengenalan, Nama saya Jalalboy. Jemput untuk datang ke blog saya.. Jalalboy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan. Tq sudi singgah sini

      Delete
  8. ini yang kak kathy kata tadi
    saya tak sempat lagi tengok =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la join. Takdak tarikh akhir, bila-bila pun boleh tulis.

      Delete
  9. wah.. menarik ni. nak bookmark dulu, then nanti baru join :D

    ReplyDelete
  10. hehehehehe...tq sis sudi sahut cabaran..maaf baru singgah..line intrnet terlalu teruk di sini.. :( follow sekali ke 325..:) salam kenal...

    ReplyDelete
  11. mama baru siap separuh ni..... adeh, bestkan tengok tempat-tempat ni.. kalau ada duit banyak, travel satu Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mama. Ada duit banyak, baru syok bercuti dan jalan-jalan.

      Delete
  12. best gak yer segmen mcm ni, senang jer buat entyr..baru ada idea ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni takdak banyak idea nak menulis, adanya cabaran ni boleh la tulis tiap-tiap hari CN

      Delete
  13. ehh, ingat kg kat kedah. kat kangaq rupanya. ^_^
    sabah sarawak pun cheq tak pernah pi lagi.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq ni anak jati kedah, tapi dah 4 tahun parentas pindah p perlih. La ni kalau balik kampung ke perlih la. ^_^

      Delete
  14. Nakng sabah jugak mama....
    Uihhhh kalu tak ritu dah g honeymoon sane tauuu...
    Tp sbb mase tu musim hujan...
    Tangguh la..
    Last prgnnt lak...
    Hehehehe

    ReplyDelete
  15. Teringin nak pergi semua jugak. Hehe.

    ReplyDelete
  16. Akak dh pi sarawak...langkawi...melaka..penang genting dan cameron...buat masa ni nak repeat genting tp sygnya...genting skrg tgh renovation 2 tahun...indoor je ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknya tempat SA dah pergi. Saya ni bukannya nak repeat, jejak kaki 1st time pun tak pernah ;-)

      Delete
  17. kundasang lah yg sgt2 saya nak pergi . nak rasa kesejukan dan tgk view yg cantik di sana ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lar, tengok dalam gambar, cantik sangat..macam kat luar negara ja.

      Delete
  18. banyak lagi tempat2 kat malaysia parihh blum pergi . huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kumpul duit dulu, pastu baru syok jalan-jalan.

      Delete
  19. Dah lama tak gi Sabah.. Teringin nak daki gunung Kinabalu lagi sekali..
    RosmizaAliDotCom

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya dah pernah daki gunung kinabalu. Teringin sangat nak menikmati permandangn dari tempat tinggi tu.

      Delete
  20. jom gi sabah mama..best jalan2 sini..banyak tempat menarik!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan wana, banyak tempat best-best kat Sabah. Dulu adik ipar ada duk sana, memang dia pun kata best.

      Delete
  21. Yang last tu paling Wajib:)
    Takut lah nak pi Sabah sebab keadaan macam x brapa selamat je.
    Teringin jugak pi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dr.shikin selamatlah disabah.. hehe..

      Delete
    2. Certain-certain tempat jer yang bahaya Dr. Tapi takpa sekarang ni semua dah terkawal.

      Delete
  22. nak p semua tempat tu jugak kak. tak pernah sampai lagi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi asalkan ada duit dalam poket...^_^

      Delete
  23. sis JM teringin sgt nk daki gunung kinabalu tu

    ReplyDelete
  24. Nk try g legoland. Mcm best je kn..hihi

    ReplyDelete
  25. ina pun teringin nak pergi legoland juga.. T-T

    ReplyDelete
  26. Semoga mama dapat pergi ke tempat yang di impikan...amin...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.