Bos Pun Dah Angkat Kaki...


Cheq kenal bos cheq ni baru 1 tahun 4 bulan, tapi dia dah nak kena tukar tempat tugas disebabkan naik pangkat. Cheq la yang lambat berkenalan dengan dia sebab hari dia mula lapor bertugas, cheq cuti bersalin anak ketiga ni. Maknanya, servis dia kat sini sama baya dengan umur baby cheq. Dia ni walaupun mudah naik angin tapi mudah dibawa berbincang. 

Tengahari tadi, ada majlis serah-menyerah tugas dimana bos cheq ni kenalah berucap bagi amanat kat kitaorang, anak-anak buah dia. Nada suaranya sebak. Sedih plak dengar ucapan dia. Selalu duk dengar suara kuat dia ja.

Kalau bukan disebabkan dia, mungkin cheq dah lama tukar kerja di Kuala Krai. Dia la yang banyak mempertahankan cheq untuk terus bertugas di tempat sekarang ni. Dia la yang sanggup ke hulu ke hilir apabila rayuan cheq ditolak.

Semoga tuan cheq ni dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ini ditempat baru. Cheq takkan lupa jasa tuan kat cheq. Lagipun bos cheq ni bertukar tempat kerja bukannya jauh pun, masih dalam negeri yang sama jer....heheheheh. Ulang-alik nanti duk jumpa jugak.


36 comments:

  1. akk keje dgn unit beruniform yer.

    ReplyDelete
  2. untung dapat bos backup.... bila dia dah takde dekat opis nun mesti rasa sunyi je kan mamafar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah dapat yang baik, yang ok..
      Kejap la plak.

      Delete
  3. best nya ada bos yang boleh backup kita...

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos baru nanti tak tahu la plak macamana peel dia.

      Delete
  4. harap kk dapat bos seperti itu lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan, kalau dapat yang lagi baik pun ok jugak ;-)

      Delete
  5. boss yg backup kita maknanya dia backup team kita, dia ada semangat berkumpulan, team leader and team player :)

    ReplyDelete
  6. Smg lps ni mama dpt bos yg lebih baik dr yg skrg. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn..kalau dapat yang hensem, lagi semangat nak buat kerja..
      Hahaha

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah, setakat ni jumpa bos-bos yang senang dibawa berbincang. Tak ikut kepala dia ja.

      Delete
  8. sama laa dapat bos yang ok..tapi dah banyak tahun dia di sini, risau jugak dia akan bertukar tak lama lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia pergi kerana tuntutan kerja yang lebih penting, kita kena terima jer.. mungkin ada hikmahnya ;-)

      Delete
  9. Untung mama dapat bos yang sanggup backup anak buah :) hope mama dapat bos baru yang baik jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau nak tunggu bos baru sampai. Peel kan lain-lain.

      Delete
  10. semoga bos baru mama lagi bes dari bos lama...insya Allah...^_^

    ReplyDelete
  11. kadang2 orang garang ni hati baik.. cuma tu maybe jenis cepat panas cepat sejuk

    ReplyDelete
  12. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
    Hilang di mata tapi hati tidak lupa
    *sambil taip sambil nyanyi*
    :)

    ReplyDelete
  13. Ssh kan nk dpt bos yg bekup kite..
    Ayu dulu ade cip bekup anak2 buah...
    Mmg sonok sgt keje..xde la stress sgt

    ReplyDelete
  14. biasala tu kawan kawan kerja bertukar.. hihi nanti bos baru mai..

    ReplyDelete
  15. sian boss lama mama tu... bagus betul, masih fikir pasal anak-anak buah even cepat naik angin.. biasalah boss, stress. haha..

    harapnya boss baru okay ler. kan ^^,

    ReplyDelete
  16. kadang kala tak semua org yg baik dgn kita tu baik, kan? dan tak semestinya org yg suka angin2 tu sebenarnya berjiwa macam tu

    ReplyDelete
  17. Bos ni klau grang mna sklipun, nti bila dia bertukar mmng kita akn terkenang2 kn nya..

    ReplyDelete
  18. Berhijrah for a better future kan...good luck 4 him...

    ReplyDelete
  19. xpe bumi kecik je , pusing2 mesti jumpe lagi . hehee

    ReplyDelete
  20. moga bos lepas ni pun macam bos ni jugak. hehe

    ReplyDelete
  21. mudah naik angin?...takut pulak rasanya

    ReplyDelete
  22. Bertuah badan dapat bos baik macam tu :)

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.