CABARAN NOVEMBER #2 BY KHATY R'BAIN : HARI 11 - Gambar Haiwan Kesayangan

Hari 11 : Gambar Haiwan Kesayangan

Sejujurnya sejak cheq keluar berdikari memang cheq tak ada bela apa-apa haiwan.
Tapi, masa kat kampung dulu cheq merasa la bela kucing.
Siap tunggu lagi si ibu kucing nak beranak.

Bela ayam. Daripada ayam kampung sampailah bela ayam katik...(alaaa, ayam yang kecik molek tu )
Reban ayam dulu sebelah rumah ja.
Musim raya jer, mesti ada ayam yang kena sembelih. Buat lauk raya.

Bela arnab. Tak lama pun bela sebab kena curi dengan orang.
Sangkar baru jer beli, tak sempat arnab nak rasmi lagi.

Bela burung. Kegemaran ayah cheq.
Pagi-pagi jer ayah pun akan berkukur dengan burung tu. 
Keliling rumah disangkutnya sangkar burung.

Bela ikan. Dulu masa arwah adik ada dia yang suka bela ikan ni.
Sekarang ni ayah plak yang ambil alih.
Dulu, popular dengan ikan flowerhorn.
Sanggup berhabis duit beli ikan ni.

Sekarang ni haiwan yang ada kat rumah cheq ni semut dengan lipas jer..
Takkan nak letak gambar binatang ni.
Kiranya cheq bela la jugak sebab ada dalam rumah kann..
Hehehe

21 comments:

  1. wana pun dah lama x pelihara arnab sejak arnab wana tu mati..arnab wana tu nama bob..sangat manja..dulu bela time tinggal menyewa..wana selalu lepaskan..so, dia suka ikut mana2 ja wana pegi..penah minum air cola wana pula tu..kuat merajuk.kalau merajuk suka sorok belakang almari..mati sebab rindu wana kot sebab tinggalkan dia di kampung..sedih bila ingat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sediahnya...naluri seekor haiwan, diaorang pun tahu perasaan rindu.

      Delete
  2. banyak betul haiwan yang pernah dibela noh. awat tak tunjuk gambaq sekali?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang lama-lama tu dah mati dah. Lipas tak jumpa nak amik gambar dia. Biasala tu bila cari tak jumpa, kalau tak cari dia jengoi la.

      Delete
  3. haha last2 ada semut dgn lipas je mama ye... banyak gak pengalaman bela membela mama ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...
      Keluarga yang bela, saya tolong tengok-tengok ja.

      Delete
  4. salam singgah petang Mama...banyak juga binatang pelihara Mama...last2 tinggal semuat jer yang tinggal...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang bela semut ni tak payah buat sangkar. Nak makan pun pandai cari sendiri..=)

      Delete
  5. Hehehe ayat last tu kelaka la mama...sue geli dgn lipas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun takut lipas, tapi anak pun takut. Kena la beranikan diri. Setakat lalu depan, takpa lagi. Jangan merayap ke kaki sudah la.

      Delete
  6. hahahaha sama la dengan cheq dok kampung meriah dengan kucing, ayam & ayam katik pun pernah bela.. tu tak termasuk nyamuk,cicak,lipas bagai.. tp bila berhijrah duduk pulak umah atas awan... yg dok menumpang kasih cicak ja.. lipas tak di terima. kalau ada sekoq pun ligan sampai dapat hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah cicak. Macamana boleh lupa sekoq lagi haiwana belaan saya ni..hehehe.

      Delete
  7. haha semut dgn lipas. Mengekek ketawa. Hadoyaii hakakkk :'D
    Kite pun same lah.. tambah cicak!

    ReplyDelete
  8. Hahaha..kelakar la mama ni..nasib baik tak letak tikus..ha..haru jadinya..hehhe

    ReplyDelete
  9. Kat rumah sewa IM skrg banyak dgn lalat. Tak tau dr mana. Habis satu kawasan ni byk lalat. Tak pernah jd mcm ni..

    ReplyDelete
  10. Eh2 zumal pun banyak bela semut dengan lipas. Hehe ^-^

    ReplyDelete
  11. lipas ek? cicak xde ke kak?kekeke

    ehh ikan flowerhon.. dlu sgt femes kan.. ikan tuu cantek.. mahal pon iye.. mmg xmampu nak beli. dlu salu beli ikan emas je. hikhik

    ReplyDelete
  12. ahaks...lipas dan semut tu lawak..nasib baik x ckp cicak dan nyamuk

    ReplyDelete
  13. saya pun tak ada bela binatang...hehe
    kalau ada cicak, semut, ulat dsb...tu pun datang sendiri...hehe

    ReplyDelete
  14. Mesti ada cicak juga tu... kan hehe

    ReplyDelete
  15. Ok yg last tu klakooo... ha yela bela lipas tikus ng cicak... jgn ade katak suda...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.