Showing posts with label Beg. Show all posts
Showing posts with label Beg. Show all posts

BEG PUN NAK RAYA JUGAK

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Semalam lepas buka puasa, sesaja jalan kat uptown tengah bandar. Memang takdak niat nak beli apa pun. Tapi bila dah nampak macam-macam benda tu, timbullah pulak niat nak membeli.

Salah satunya niat nak beli beg untuk raya. Teringin jugak cheq nak guna beg yang kecik comel. Boleh kepit kat ketiak atau galas kat tangan ja. Tapi bila dah memilih, beg yang besar juga jadi pilihan hati.



Mungkin disebabkan cheq ada anak kecik. Senang nak sumbat segalanya macam pampers, tisu basah, botol susu, baju salin kalau bertandang rumah sedara musim raya nanti. Dulu cheq pernah ada beg tangan kecil, jadinya beli persalinan anak asing, dahnya asyik tertinggal sebab terlupa bawak banyak beg.

Dengar macam berat ja sebab nak masukkan semua benda. Takpa, lagipun bukannya nak kena galas beg tu sepanjang masa. Memang sesuai beg besar ni untuk cheq yang senang lupa ni.

Ada kelemahan jugak beg besar ni. Masalahnya nanti kalau nak cari keronsang ka, kunci ka..mesti kena punggah keluar dulu semua barang, baru boleh jumpa. Hehehe..

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~