Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

HADIAH : DOMPET BLINK-BLINK


Asaalamualaikum.....

Semalam baru cheq dapat hadiah ni. Sebenarnya hadiah ni adalah kerana nama cheq naik untuk menghadiri majlis jabatan cheq di Kuala Lumpur pada 8 Mac haritu. Aduhhhh, bila nama naik cheq dah tak ketahuan, kat KL tu.. tak sampai hati nak tinggal anak-anak. Dahlah kena bayaran, pastu ada tema Arabic pulak.

Cheq memang tak dapat pergi, jadi minta orang lain gantikan. Dompet blink-blink ni cenderahati untuk sesiapa yang hadir majlis tu. Walaupun cheq tak hadir, diaorang tetap kirimkan hadiah ni, dan pengganti cheq tu pun dapat juga tau.



Comel sangat. Sayang nak guna

handphone muat, bedak lipstik pun muat

zom dari dekat. tabah betul orang yang jahit manik-
manik ni. Cantik.

.......alhamdulillah, bila masa nak guna dompet ni. Maybe untuk next majlis. Nampak macam glamour dan kaya sangat bila guna beg ni, hihihihi............

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

Assalamualaikum 💖💖💖

Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ni dan berpeluang memenangi hadiah yang menarik.

Klik BANNER untuk join

Email : Norihanyusuf.ny@gmail.com

Tarikh tamat : 15 April 2017


Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Klik banner untuk join

Hadiah-Hadiah Giveaway:

Pertama - Tunai RM60
Kedua - Tunai  RM40
Ketiga - Tunai RM30
Keempat hingga Kesepuluh - Top Up Bernilai RM10

Giveaway ini akan berlangsung dari 13 Ogos - 22 September 2016. Senarai pemenang akan diumumkan pada 23 September 2016, pada jam 8 pagi.


Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 16 April 2015 hingga 11.59 malam 30 April 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.
Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
DJH | JULIA | KAKITRAVEL | AZREEN | ANA | SOLEHAH | SALINA | SITI | MASZULL | AZNEY | JAJA | SAYIDAH | QEELA | HIDAYU | PAPAGLAMZ | ENY | FARHANA | ADDA | 
2. Wajib Like Fanpage Sponsor
3. Follow  Instagram Sponsor
DJH | SALINA | NURUL | MASZULL | JAJA | 
SAYIDAH | QEELA | FARHANA | ADDA |
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+julia jamaludin  +Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :



Kredit Untuk +Mia Liana 


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

 Sekian Terima Kasih.


★★ MENANG AWESOME GA BY FD ★★

Assalamualaikum dan salam jumaat.

Alhamdulillah, pembuka rezeki di bulan April.
Cheq salah seorang pemenang untuk Awesome Giveaway By Fatin Diana.


Inilah nombor bertuah cheq

1hb FD umum pemenang, terus cheq hantar detail cheq kat FD.
Nampak begitu rakusnya cheq, hehehe
Siapa tak suka hadiah kannn..
Hadiah disponsor oleh FD sendiri dan diberi pilihan hadiah.
Jadi, cheq pilih cash jer untuk memudahkan FD.
Tak payah nak keluar pergi pejabat pos nak poskan hadiah.
Just, transfer cash by online jer.
 Semuanya dihujung jari.






Duit ni cheq nak biarkan dalam bank jer.
Kut-kut membiak jadi RM30 ribu.
Terima kasih dan tahniah FD kerana berjaya menganjurkan giveaway ni.

Segmen Topup Giveaway by SukaGelak

Tarikh tutup :
5 April 2015

Klik banner untuk join

Hadiah :
Topup RM10 × 3 pemenang
Topup RM5 × 4 pemenang



CABARAN NOVEMBER #2 BY KHATY R'BAIN : HARI 6 - Gambar Header Belog

Hari 6 : Gambar header blog


Dah sebulan lebih menggunakan header ni.
Masa awal berblog, header biasa saja.
Inipun bertukar header selepas join satu segmen yang dianjurkan oleh Dikna.
Dan hadiahnya ialah edit blog.
Memang puas hati dengan hasil kerja tangan Dikna, terutamanya bunga sekuntum tu.
So sweet dengan warna pink, warna kegemaran cheq. 

Itu saja untuk kali ini, sampai kita berjumpa lagi di cabaran seterusnya.

CABARAN NOVEMBER #2 BY KHATY R'BAIN : HARI 5 - Gambar Gajet Kesayangan

Hari 5 : Gambar gajet kesayangan

Dihadiahkan oleh cik husband untuk birthday cheq tahun lepas. 
Sangat penting sebab segala-galanya ada dalam tu.
Of course la telepon untuk hubungi satu sama lain.
Boleh jadi kamera merakam gambar-gambar terutamanya gambar anak-anak.
Jugak jadi jam sebab cheq memang tak pakai jam tangan.
Jadi kalendar, kadang-kadang blur lupa hari apa.
Diary untuk meluahkan perasaan, cewahhh.
Alarm clock, tapi selalunya tutup balik.
Selalunya jadi laptop sebab cheq selalu online melalui telepon.


Samsung Note 2. Semestinya warna pink.
Ihsan : google

Hadiah Lagi ;-)

Petang semalam lagi parcel ni dah sampai ofis. Tapi disebabkan cheq ada kerja kat luar, cheq wakilkan anak buah untuk sign penerimaan hadiah ni.
So, pagini excited masuk ofis bila tengok ada parcel atas meja.




Ni la hadiah untuk pemenang Blogwalking Bersama RedBellas. Buat masa ni belum tahu lagi nak guna untuk apa.
Boleh letak dalam keta, nak balik kampung masukkan baju je dalam tu.
Letak dalam opis pun ok jugak.
Dalam bilik kat rumah pun orait jugak.
Terima kasih RedBellas !!!


Mana Sorang Lagi Ni !!!

Bulan lepas cheq ada jadi sponsor untuk satu giveaway. Dan pemenangnya pun dah diumumkan. Alhamdulillah, 2 peserta dah terima hadiah daripada cheq. Hadiah taklah mahal sangat, hanya sehelai shawl. Pemenang yang dah terima hadiah adalah FUZA MUSA dan  ALIATUL AIMAN. Sis Fuza siap buat entry lagi. Terima kasih sebab sudi join GA dan terima hadiah tak seberapa tu.



Yang musykilnya ni, ada seorang lagi pemenang yang patut terima hadiah ni jugak. Cheq dah tinggal alamat email kat entry GA dia punya dan jugak nombor phone kat Cbox dia. Takdak maklum balas pun. Sapa-sapa yang kenal JAJA ni , boleh la maklum kat dia untuk komen di entry ni. Takut plak nak post banyak kali no phone cheq kat Cbox dia, kut ada admirer secret bagi mesej tengah malam buta. Naya den ngan laki den eaaa.

Kalau boleh, beri maklum balas sebelum habis bulan ni. Cheq nak pergi bercuti bulan depan tanpa ada rasa bersalah berhutang dengan orang. Insyaallah pasni cheq pun ada niat nak buat GA jugak, doa-doakanlah cheq murah rezeki, leh la sediakan banyak hadiah.

Birthday Giveaway By Yana Pink Blossom



Assalamualaikum w.b.t.


Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom secara rasminya dilancarkan hari ni. Giveaway ini adalah bersempena dengan sambutan hari lahir Yana pada 17 November ni. Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menyambut hari lahir pada tahun ni...Insyaallah. 

Giveaway ini akan berlangsung sepanjang bulan November sahaja iaitu pada 1 November 2014 (12.01 am) hingga 30 November 2014 (11.59 pm). Jadi semua bloggerista yang cantik, manis, kachak dan hensem...Yana sukacita menjemput korang untuk join GA ni yer. Bagi menghargai penaja-penaja yang baik hati untuk menaja hadiah-hadiah GA ni, so...korang kena lah ikut syarat di bawah yer :-

SENARAI HADIAH :

Mystery Gift x 1 Top Referral [Yana Afi]
Blog Review x 2 dan Bloglist x 3 [Syira Lokman]
Kain Telekung Sulam x 1 [Hasrul Hassan]
1 Mineral Eye Colour Mary Kay + 1 Free Facial dan 1 Lip Applicator Mary Kay + 1 Free Facial
[Sofuriah Hashim]
Topup RM5 x 2 [Syahira Nadia]
Topup RM5 x 1 [Izwani Eliyana]
Barangan Kosmetik x 1 [Love Lissa]
Shawl x 1 [Amy Shah]
Blog Review & Bloglist x 3 [Wadhihah Hadi]
Novel + Autograf Penulis Eksklusif x 2 [Anies] 

Nak join? Klik Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom.
Good Luck!!!


Top 10 Komentar Oktober

Berakhirlah bulan Oktober. Selamat datang bulan November, semoga segalanya baik-baik saja untuk bulan ni. Hujung bulan ni juga anak cheq yang kedua akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 4 tahun. 

Rata-rata harini, para blogger publishkan entry pasal top komentar. Cheq pun 1st time letak widget ni kat blog, so boleh la tahu siapa yang mempunyai jari-jari yang rajin mengomen. Dengan ini cheq umumkan 10 top komentar bagi bulan Oktober untuk yang rajin bagi komen di blog cheq.



Cheq takdak hadiah nak bagi. Hanya dengan ucapan terima kasih banyak-banyak. Kalau ada rezeki lebih, insyaallah cheq akan sediakan hadiah untuk top pengomen bulan ni. Doa-doakanlah yer. Cheq pun tak pandai nak edit-edit gambar untuk tatapan korang semua, jadi terimalah gambar kucing ni yang cheq ambik dari google.


Hadiah GA Dah Sampai..

Petang semalam masuk ofis, tengok ada 2 parcel atas meja..
Terus senyum suka sebab dah tahu dari mana datangnya parcel tu...
Budak-budak ofis dah marah, pesan jangan beli barangan online..
Ikut suka hati kita la, duit kita nak beli apa pun.!!!!
Acah jer, sebenarnya tak marah pun diaorang tu.
Diaorang tu sayang kat cheq sebab tu diaorang tegur..
Bila bagitahu dapat hadiah, sibuk plak nak tengok sama...hehehe
Cukup dah melalut..


Hadiah pertama datang dari Birthday Giveaway By Shad. Sepatutnya besday dia, kita yang bagi hadiah, tapi ni terbalik plak. Dapat sepasang blouse dari sponsor Rexylla. Sesuai sangat saiz tu dengan cheq. Terima kasih yer


Hadiah ke dua datang dari Birthday Giveaway By Eshazara. Dapat herbal Blend multi-purpose cream keluaran Shaklee. Banyak sangat kegunaannya. Terima kasih.


Terima kasih banyak-banyak dan hadiah-hadiah ni jadi penambah semangat nak join lagi banyak giveaway.

Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 6

Day 6 : 10 Things That You Want To Buy

Sebenarnya ada banyak wishlist yang cheq nak beli. Barang yang dah ada pun, masih lagi ada dalam wishlist tu...nampak tak betapa tamaknya cheq ni. Benda-benda yang cheq nak beli ni, maybe di mata orang lain nampak macam merapu ja, membazirkan duit ja. Dah nama pun keinginan, boleh dapat beli atau tak itu belakang kira... Kalau boleh dengan duit sendiri, dah kira macam reward untuk diri sendiri setelah penat bekerja mencari duit. Ok, sila tengok satu-persatu  yerrr...


1. Set Bilik Untuk Anak Perempuan
Bercita-cita nak decorate bilik anak-anak perempuan cheq lebih kurang gini la. Siap dengan meja study sekali. Katil nak yang 2 tingkat, sorang atas dan sorang lagi kat bawah.


2. Mesin Jahit
Sekarang ni ada mesin jahit mini jer, boleh la setakat nak jahit kain batik...hehehe. Skill menjahit masih ada lagi, rugi rasanya kalau tak guna. Boleh la jahit baju anak-anak dara cheq ni.


3. Dapur
Nak tukar dapur gini yang siap lengkap dengan oven. Kut bertambah semangat nak memasak untuk family.


4. Set Periuk Belanga Vintage
Dah ada dapur baru, nak jugak periuk belanga yang baru jenama Vintage ni. Tengah duk.mengumpul, sekarang ni baru ada periuk dia jer..


5. Pemanas Air
Kesian anak-anak cheq pagi-pagi nak kena mandi air sejuk. Kadang-kadang kalau dah terlampau sejuk, cheq panaskan air dalam periuk campurkan dengan air kolah. Takla menjerit masa mandi air sejuk.


6. Kipas Angin
Yang ni nak letak dalam opis. Sebabnya iar-cond kat opis tu diaorang dah standarlized onn masa opis hour ja. Kalau buat kerja lebih masa, maunya peluh menitik-nitik.


7. Barang Kemas
Dah lama barang kemas cheq ni tak bertambah. Geram tengok design-design yang terbaru. Emas ni pun boleh buat pelaburan jugak bila kita sesak-sesak nanti.


8. Set Playdoh
Boleh katakan tiap-tiap hari anak-anak cheq minta belikan ni. Insyaallah tak.lama lagi dapatlah. Birthday adik pun tak lama lagi. Boleh la buat hadiah untuk dia nanti.


9. Treadmill
Nak berjogging kat luar takdak masa. Lemak pun dah berlebih-lebih dah ni. Boleh la lari-lari dalam rumah sambil tengok tv.


10. Powerbank
Kerap sangat dah telepon cheq ni duk mintak nyawa kalau duk kat luar. Kalau dalam opis senang ja, charger sentiasa ada. Masalahnya bila ada kerja kat luar. Dah ada power bank tapi duk berebut dengan cik husband kita plak.

Selesai cabaran untuk harini. Boleh jugak tengok cabaran-cabaran cheq yang lepas di sini..
|
|
\|/

Blogger Area Mega Give Away


TAMAT !!!

Segmen giveaway yang menawarkan banyak hadiah..
Mana tau, kut ada rezeki
Jom join ramai-ramai



Done, syarat-syarat dah dipenuhi.

Giveaway 2 September 96

DAH TAMAT !!!

Due Date : 5 Okt 2014
Giveaway sempena birthday adik RATU yang ke-18.
Sepatutnya besday girl dapat hadiah tapi dia plak baik hati nak bagi hadiah kat orang. 


Nak join

Ucapan khas buat adik Ratu :
Selamat hari lahir yang ke-18. (Sweet 18 giteww). Semoga panjang umur, murah rezeki, dilimpahi keberkatan, dan semoga tercapai apa saya yang adik ingini. Happy dan senyum sokmo. Takmau sedih-sedih nanti cepat tua.

1st GIVEAWAY RM400 ++ BY ASYA AMIN !

Segmen giveaway untuk hari ini.
 Nak join [ KLIK SINI ]


Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan :

1. RM 100 × 1
2. Dress labuh × 2 - by 7teencollection
3. Beats MP3 Player × 6
4. Gelang Mutiara × 1 - by blogger Miss Boo

SELAMAT BERSEGMEN SEMUA !!

1st Giveaway by Melangkau Garisan With Love

Assalamualaikum. ..
Jom ramai-ramai join segmen ni..
Ada hadiah-hadiah yang menarik..


Nak join sama..

Tarikh tutup : 13 September 2014

SENTIMENTAL VALUE





Entri ja dh tunjuk cincin....eksyennya kauuuu...
Cincin ni dh tak boleh pakai, dh tak muat...
Emak cheq la sibuk suruh cheq pergi tukar yang baru...
Daripada tak pakai, kang hilang plak...
Kiranya gabung 2 cincin ni, tukar amik yang besar...

Tapi cheq tak setuju sbbnya 2 bentuk cincin ni ada sentimental value...
Ke dua-duanya di beli oleh cik husband cheq...
Satunya dpt sebelum nikah, satu lagi dah beranak dua....


Kan dh tak muat. Cincin ni makin mengecil....seksanya nk buang dari jari cheq...


Cincin ni dibeli adalah untuk pertunangan kami....
Beli kt kedai emas Tomei di Bahau...
Cheq sendiri yg pilih...kiranya time tu corak ni la yg terlatest skali....
So, berarak la cincin ni dari noghori sembilan sampai ke Perlis...
Dh selesai majlis pertunangan, adik-beradik pn sibuk la nk belek...
Arwah tok plak tanya "bapa mayam cincin ni?"...
Aduyaiii...time tu berat emas dh kira mayam tok, org dh kira ikut gram...


Hadiah besday cheq yang ke28 tahun...


Yang ni plak beli kat kedai emas Sri Ayu kat Kota Bharu...
Mulanya pergi kedai mas tu utk tebuk telinga si kakak...
Sambil duk tgu kakak cool down pas tebuk telinga, sempat la cheq duk belek-belek cincin..
Cik husband cheq tanya ada yang berkenan tak??? ...dia offer suruh cheq pilih sebentuk cincin...
Tapi semua yang cheq pilih, dia tak berkenan...
Alih-alih amik yang dia suka...cerewet sgt laki I ni...

Itu lah sebab-sebabnya cheq takmau tukar cincin-cincin ni...
Sayanggg...nti leh tunjuk dan cite kat anak-anak...
Turunkan cincin-cincin ni utk anak-anak macam emak cheq buat dulu...
Tapi cincin yang emak cheq bagi tu dh hilang...jatuh dalam air terjun kat Ulu Bendul...
Kot nanti jari-jari cheq dh slim, leh la sarungkan kembali cincin tu...