Showing posts with label dinah. Show all posts
Showing posts with label dinah. Show all posts

BARBER TAK BERTAULIAH



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Bila dah naik darjah satu ni, semua peralatan sekolah serba baru. Benda yang sebelum ni tak pernah guna pun kena beli sebab keperluan untuk darjah satu. 

Salah satunya adalah gunting. Adik Diyanah memang tak pernah ada gunting sebelum ni. Kalau kat tadika memang dia ada guna, tu pun hak tadika punya. Kakak punya gunting pun memang dilarang sama sekali guna kat rumah kecuali ada pemantauan dari cheq atau husband.

Gambar barang kes. Dah habis safety kita cari
gunting untuk depa. Rupanya lepas kejadian
kakak dah buat harta untuk dia sendiri

Tapi si adik ni dah buat eksperimen gunting dia tu ke atas rambut Baby Damia. Masa tu cheq pun ntah sibuk apa ntah, taktau pulak dia guna gunting. Habis copang-caping rambut Baby. Lepas tu mungkin dia takut, adik ni berkurung dalam bilik dengan baby ni.

Mangsa. Hasil tangan barber yang tak bertauliah

Selepas dimakeover. Confuse, boy or girl !!

Bila dah dapat tangkap, tengok rambut Baby dah serupa apa ntah, nak marah pun tak jadi. Boleh gelak ja. Pastu operasi pergi kedai gunting dan repair semula rambut baby.

Ni lah saspeknya yang comel sangat tu.

Nasib gunting rambut Baby takde kena kulit ke, mata ke. Bermulalah pemerintahan kuku besi, gunting dirampas semula. Nak pi sekolah baru ambik. Kalau tak apa lagi nak kena gunting.

Hadir Majlis Konvokesyen

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam kami sekeluarga attend Majlis Konvokesyen Taska dan Tadika Homalee kali ke 27. Sempena si adik Diyanah tamat pembelajaran di taska selama 4 tahun. Baru tamat taska, dah naik pentas ambil sijil. Bangga giler kami suami isteri, tu baru tamat taska...kalau dapat degree, lagi melompat apa. Ketiga-tiga anak cheq diletakkan disini.

Kali ni ketiga-tiga beradik ni ambil bahagian, si mama ngan abah duk dalam dewan dengan eenang-lenang setelah lepaskan mereka ni kat cikgu-cikgu diaorang. Datang pun awal sebab nak duk barisan depan sekali. Excited punya pasal.


Inilah adik Diyanah, susah betul nak bergambar. Sepatutnya ambik gambar dia masa atas pentas tapi dia boleh tidur plak time tu. Bila dah kejut, gamuk-gamuk plak...dahtu tak naik la pentas ambil sijil. Terkebil-kebil mama ngan abah tunggu depan pentas dengan kamera.Lain benor perangai anak no 2 ni.


Persembahan pertama si baby Damia atas pentas. Beria-ia cheq beli baju beropol-ropol untuk baby..heheheh. Cheq pun tak perasan lagu apa yang dia menarikan tu, sebab duk fokus dia menari ja. Pada mulanya risau jugak, kut naik atas pentas nangis ke,...rupa-rupanya baby ni berani, tak peduli orang ramai. Syabas mere bete..


Si kakak Dinah pun ambil bahagian jugak untuk kali ni. Lemah-gemalainya menari lagu Asmaradana. Macam cheq zaman muda-muda dulu la, kalau naik pentas ja mesti menari...hehehe. Last minit dia join group tarian ni, nasib baik dapat catchup step. Semakin berani si kakak ni, walaupun muka macam nak nangis kat atas pentas tu..


Alhamdulillah, dah selesai pun. Insyaallah, 2 tahun lagi datang sini lagi untuk konvo tadika adik dan taska baby. Tu pun kalau mama dan abah diaorang ni tak kena pindah kerja lagi. Tata..titi..tutu..



Cuci Mata Di G-Orange

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Maybe bosan duk kat rumah seharian tanpa ada apa-apa aktiviti menyebabkan anak-anak cheq buat perangai. Abah diaorang balik ja dari kerja si kakak Dinah ajak pergi beli buku, adik Diyanah ajak beli kek dan baby Damia plak, tak sempat lagi abah dia bukak kasut dah mintak dukung.

Cik husband walaupun penat tetap nak tunaikan permintaan anak-anak. Lepas maghrib, keluar lah kami satu family. Dah selesai makan malam dan beli kek, tengok malam masih muda. Pusing-pusing dalam bandar pun tak sampai 10 minit dah selesai. Kalau balik rumah ni, kompom buat perangai lagi anak-anak cheq.

Bergerak la kami tanpa arah tujuan sampai la di hadapan bangunan G-Orange, pusat persbot dan kelengkapan rumah. Saja ajak berhenti, masuk cuci mata, kut-kut ada yang berkenan boleh la terus beli.

Bermacam-macam barangan elektrik ada dijual disini. 
Pelbagai jenis jenama.
Nampak macam sibuk jer memilih, padahal jalan-jalan
cuci mata ja.

Geram tengok perabot yang cantik-cantik ni. Sesuai
dengan harganya.

Masing-masing berangan macam duk rumah sendiri..

Lampu candelier yang sangat cantik. Nanti beli buh kat 
rumah sendiri la.



Terpegun tengok kecantikan  perabot-perabot kat sini dan ternganga plak tengok harganya. Memang datang cuci mata betul, habis pusing bahagian atas dan bawah, terus balik.

Cabaran 30 Hari | Hari #30 : Perkara yang dibanggakan dalam tahun ini



Bangga apabila mencapai suatu kejayaan.
Bangga apabila mendapat kepuasan di atas usaha kita.
Bangga apabila usaha kita dapat pujian dari orang lain.

Banyak perkara yang boleh kita banggakan. Cabaran untuk hari ini adalah perkara yang membanggakan diri cheq. First sekali, cheq bangga apabila saja baru melangkah masuk ke dunia blog ni, dah terima banyak award dari rakan-rakan blogger. Award apa tu???...Liebster award la

Selain tu cheq juga bangga sebab dapat menyelesaikan cabaran ni dah 30 hari walaupun kadang-kadang tak larat nak perah otak.

Bangga dengan si kakak dinah kat sekolah sebab menunjukkan prestasi yang sangat bagus dalam pelajaran.

Bangga dengan si adik diyanah yang dah pandai berkawan dan dah tak malu nak bertanya. Sebelum ni memang payah nak bercakap, mulut tu macam ada emas.

Bangga dengan si baby damia yang dah mula pandai cakap. Pandai cakap loghat klate lagi...

Bangga semuanya la !!!!

##cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Jangkitan Berulang

Petang tadi ambik si adik Diyanah di taska, pengasuhnya bagitahu adik dapat jangkitan kutu. Perghhhh, berulang lagi kejadian lama. Dulu si kakak Dinah yang kena. Berbulan-bulan jugak baru nk hilang sepenuhnya kutu-kutu tu. 

Tiap-tiap hari cheq mandikan adik, gosok rambut dia, keringkan rambut dia, sikatkan rambut dia, tak nampak pulak telur kutu. Padahal hari khamis minggu lepas, bawak adik potong rambut. Takkan dalam masa 2 hari kutu cepat membiak. 

Taknak pikir panjang, pergi farmasi cari ubat kutu. Balik rumah terus lumurkan ubat tu kat kepala adik. Bungkus siap kepala dia tu. Pastu mula la operasi menyikat kutu. Tak cukup dengan sikap, cheq cari cara manual. Selak satu-satu rambut adik. Sah, memang ada kutu. Punyala cheq geram, berjam-jam cheq mengadap kepala adik, sampai nangis la dia. Penat  campur bosan la tu. Sudahnya kepala mama pun dah rasa gatal-gatal. Memang nak kena potong rambut jugak la camni.

Kalau cheq saja yang bersusah payah ubatkan kepala adik ni, tapi emak bapak yang lain kat taska tu tak bertindak, tak guna jugak. Esoknya pergi taska berjangkit lagi. Harap-harap kali ni cepat la hilang kutu-kutu semua ni.

Sempat lagi buat peace, tak padan dengan kutu ada kat kepala tu.