Cuci Mata Di G-Orange

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Maybe bosan duk kat rumah seharian tanpa ada apa-apa aktiviti menyebabkan anak-anak cheq buat perangai. Abah diaorang balik ja dari kerja si kakak Dinah ajak pergi beli buku, adik Diyanah ajak beli kek dan baby Damia plak, tak sempat lagi abah dia bukak kasut dah mintak dukung.

Cik husband walaupun penat tetap nak tunaikan permintaan anak-anak. Lepas maghrib, keluar lah kami satu family. Dah selesai makan malam dan beli kek, tengok malam masih muda. Pusing-pusing dalam bandar pun tak sampai 10 minit dah selesai. Kalau balik rumah ni, kompom buat perangai lagi anak-anak cheq.

Bergerak la kami tanpa arah tujuan sampai la di hadapan bangunan G-Orange, pusat persbot dan kelengkapan rumah. Saja ajak berhenti, masuk cuci mata, kut-kut ada yang berkenan boleh la terus beli.

Bermacam-macam barangan elektrik ada dijual disini. 
Pelbagai jenis jenama.
Nampak macam sibuk jer memilih, padahal jalan-jalan
cuci mata ja.

Geram tengok perabot yang cantik-cantik ni. Sesuai
dengan harganya.

Masing-masing berangan macam duk rumah sendiri..

Lampu candelier yang sangat cantik. Nanti beli buh kat 
rumah sendiri la.



Terpegun tengok kecantikan  perabot-perabot kat sini dan ternganga plak tengok harganya. Memang datang cuci mata betul, habis pusing bahagian atas dan bawah, terus balik.

10 comments:

  1. Hehehe best juga layan cuci mata mcm ni kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak beli tak mampu...semuanya rm2000 ke atas. Mampu tengok je la.

      Delete
  2. Pernah g jugak mama.... abah mertua g beli kipas sane... sume ade kan situ... amboiii posing sakan ye semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata tengok barang-barang kat situ...hehehe, orang tak ramai, tu yang boleh posing sakan.

      Delete
  3. Diana pun suka jalan2 cuci mata ni tengok benda2 yang cantik...lepas tu berangan-anganlah nak beli satu hari nanti...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita...berangan jer la, bila boleh beli ntah le.

      Delete
  4. bestnya jalan2 cuci mata kan..boleh survey2 harga..kalau x dapat beli pon at least dapat juga pegang kan..heheh..

    ReplyDelete
  5. jalan2 cucui mata tak beli pun tak pe boleh hilang stress :-)

    ReplyDelete
  6. G-orange? kat mana? Macam first time dengar je, hihi

    ReplyDelete
  7. beli la kak. ape lagi. hehe.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.