Tournament Bowling Antara Jabatan

Kalau tak kerana perkataan WAJIB HADIR memang cheq takkan pergi ke tournament bowling ni. Cheq bukannya ambil bahagian pun.  Dan bukan jugak cheq tak reti main tapi bagi can kat orang-orang muda...hehehe.

Cheq jarang keluar malam tanpa ditemani cik husband dan anak-anak kecuali la keluar bertugas. Tapi malam ni cheq bawak bodyguard kecik.merangkap beg tangan cheq yang berharga.  Dengan adanya budak kecik ni, ada la alasan nak balik awal.

Tournament antara jabatan-jabatan yang ada dalam jabatan  besar cheq. Masing-masing dengan baju pasukan. Cheq mestilah sokong team CID. Last minit bertukar player kerana ada tugas yang lebih penting.

Tak lama cheq duk dalam tu sebabnya baby Damia dah panas kaki. Habis semua tempat dia jelajah. Risau lak dia pergi berlari atas lane. Untuk keselamatan, kami langkah kaki senyap-senyap dan balik. Padahal sikit jam lagi nak habis games dah. 

Alhamdulillah team kitaorang dapat nombor 5, walaupun banyak bola ke longkang. Tangan masing-masing time kecik dulu tak bedung, jadi gitu la. Sebenarnya bagus jugak bos kita buat gini, dapat merapatkan sillaturahim antara jabatan-jabatan yang mana sebelum ni pakat-pakat sibuk. Jugak dapat la kitaorang release tension.

Team CID
Suasana dalam pusat bowling KB Mall

Pom-pom girl

19 comments:

  1. sme la mama.
    sy pun tak retii nak main bowling sbb da lame tinggal.
    so macam kaku. malu nak main da sbb asyik msuk longkang..
    hahaha

    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time study dulu saya champion bowling tapi bila dah lama tak main, bola yang paling ringan tu pun berat semacam jer.^_^

      Delete
  2. Huhuhuhu... syok syok klu dpt kumpul gini...
    Tp klau jbtn anjurkn gme cmni ayu mesti xkn join
    Hahagpha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni kalau bukan time bekerja, susah sikit nak bagi komited sebab lebih utamakan anak-anak. Ni pun kalau tak wajib memang tak pergi.

      Delete
  3. Dah lama tak main bowling..dulu time study selalu jugak dgn kawan2..hehehe..comey beg tangan mama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..mama kenal bowling pun time study dulu la.
      Beg tangan takdak dijual dimana-mana.
      Limited edition. ^_^

      Delete
  4. Nk tergelak baca statement mama kecik2 tgn x bedung. hehehe...sue pun lama dah x main bowling. Mesti masuk longkang kalo lama sgt x main.

    ReplyDelete
  5. wah bestnyaaaaaaaaa. teringat masa belaja dulu.. wajib join.. walaupon pegi nak xnak dpt no.4.. rasa errrr err bkn asyik masok ke longkang ke ..hahahah.. kire itu first time laa.. lepas tuu tangan terus sakit.. aduyaii..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun masuk round ke 2 ja, jari dah sakit-sakit. Tak pernah menang pun dulu.
      Hehehe

      Delete
  6. haha. pandai akak bawak kawan buat teman XD
    panas kaki xpe kak jgn panas hati. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha
      teman ni kalau taknak bawak pun mesti nak ikut
      tambah-tambah tengok mama dia pakai tudung cantik

      Delete
  7. Zumal pun tak reti main bowling. Reti tengok jew...

    ReplyDelete
  8. Baca entry nih teringat pulak pic tenpin bowling sy dgn jbtn lain..bile ntah nk uodate..adoiii...

    P/s*sy bw guna semakpong jak

    ReplyDelete
  9. tak reti main.. kalau main pun banyak masuk longkang dari kena pin tuh..huhuhu..

    ReplyDelete
  10. IM kalau main kalau tak masuk longkang tu memang senyum sampai ke telinga. Hehe

    ReplyDelete
  11. awat tak maaain kak ^^ CT sukaaa main boling hihi..

    ReplyDelete
  12. main lama2 lenguh jadi tngan . huhuu

    ReplyDelete
  13. alolo comelnya pom2 girl tu. teringat masa dulu main sepatutnya baling bowling tu ke depan tapi sebab berat terlepas ke belakang. habis jadi bahan gelak. haha

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.