Proton VS Perodua

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nak pergi kerja pagi ni, tengok minyak kereta dah lampu menyala merah. Alahaiiii, malasnya nak berhenti isi minyak. Turun kereta cheq, naik kereta satu lagi. Tinggalkan kereta takdak minyak tu kat cik husband. Nampak tak betapa bijaknya cheq...



Sebenarnya cheq nak cerita pasal perbezaan antara 2 kereta ni. Sebijik kereta jenama perodua dan sebijik lagi jenama proton. Cheq dah terbiasa bawak kereta perodua kancil ni sebab kecil comel macam cheq. Lagi pun cheq yang hantar, ambil anak-anak...kiranya senang nak parking.

Bila dah selalu bawak kereta perodua ni, sekali-sekala bawak kereta jenama proton ni jadi kekok. Terutamanya bila nak masuk simpang, nak pasang signal. Signal kereta proton kan sebelah kiri, manakala signal perodua sebelah kanan. Selalunya kalau dah bertukar kereta ni, nak pasang signal, sekali wiper yang bergerak...dah kelam-kabut sampai terlepas simpang. (Ok, tu yang cheq pernah alami, hehehe).

Satu laginya, tank minyak pun satu sebelah kanan, satu lagi sebelah kiri. Kalau singgah stesen minyak, dalam kepala otak dah set tank minyak sebelah kiri. Dah parking cantik sebelah pump minyak, sekali tank minyak sebelah kanan plak. Kena tarik la paip minyak tu nak sumbat dalam tank. Pernah jugak paip minyak tu tak sampai, kena parking adjust balik. Orang ramai duk tengok jer, pesal la pompuan ni...1st time mai isi minyak kot.

Itulah perbezaan yang paling ketara bagi cheq. Kalau orang lain maybe perbezaan bab tayar, lampu atau penggunaan minyak. Bab-bab gitu cheq tak pandai nak kira, cheq kira pagi-pagi start kereta pergi kerja, balik kerja ja.


9 comments:

  1. ingatkan nak compare pasal minyak tadi. hehe

    ReplyDelete
  2. antra dua jnma ni, perodua dgn proton mana lagi worth beli? hehe...

    ReplyDelete
  3. produa tetap dihati..
    hehhehe dah rase pakai dua2 jenis kereta..

    ReplyDelete
  4. best nye ade kenderaan sendiri..

    ReplyDelete
  5. ooo... rupanya kereta proton memang belah kiri ye signal dia kak. baru tahu. hmm

    maknanya kawan dah tipu saya selama ni -.-

    ReplyDelete
  6. Xsume signal proton belah kiri. Klau kete proton terkini belah kiri. Kete lma blah knan. Sy kdng pun cmtu jgk.. Tersilap jgk kdng tu..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.